bab 25

32.3K 1.6K 390
                                    

Amanda keluar dari dewan kuliah dengan senyuman yang lebar.Setelah sekian lama,zaman belajarnya sudah tamat.Tidak lupa juga dengan pelajar lain yang turut melangkah keluar dengan senyuman yang puas.

"Finally!!!aku bebas!!!!!!."Adrian menjerit keseronokan sambil mendepakan tangan,semua mata pelajar tertumpu ke arah Adrian.Tengku Aaron dan yang lain sudah menutup muka,malu untuk mengaku kawan.

Anak mata Tengku Aaron terpandang Amanda yang sedang berjalan berseorangan,dia tersenyum lebar.Lelaki itu menepuk bahu Kelvin memberi isyarat yang dia ingin menuju ke arah Amanda.

Kelvin hanya mengganggukkan kepala,dia dan yang lain masih lagi berada di tengah dataran melihat  Adrian yang sedang menari kepuasan diiringi laju DJ

"Hai,happy nampak?."Terhinggut bahu Amanda apabila ditegur secara tiba-tiba dari arah belakang,lantas dia menoleh ke arah kanan

"Ishh,awak nak suka datang senyap-senyap.Terkejut saya."Kata Amanda sambil menjuihkan bibir.Tengku Aaron hanya tergelak kecil melihat wajah comel gadis itu.Dia berjalan seiringi dengan Amanda.

"Hehehe,kau tu.Senyum sorang-sorang dari tadi.Kau ada lelaki lain kan ?."Tuduh Tengku Aaron,nada suaranya sudah bertukar menjadi tegas.Saja mengusik gadis ini.

"Isshh,mana ada.Suka hati je tuduh saya curang."Balas Amanda bersungguh-sunguh sambil menepuk lengan lelaki itu.Dia  menafikan tuduhan Tengku Aaron,mana mungkin dia curang dengan lelaki ini kerana di dalam hatinya sudah terpahat nama Tengku Aaron.

"Hm,jom kita pergi tempat yang tak ada orang,aku nak bincang pasal KITA."Ajak Tengku Aaron,memang itu niatnya apabila bertembung gadis ini.Amanda terus memandang lelaki yang berada di sebelahnya lalu dia menganggukkan kepala

"Jom.kita pergi Taman Bunga."Tengku Aaron hanya mengikuti langkah Amanda yang sedang bergerak menuju ke arah Taman Bunga.

**********************
Bangku yang kosong itu telah di duduki  oleh pasangan itu.Taman Bunga itu memang kurang pengunjung,kerana belum masuk musim bunga.Jika masuk musim bunga pasti tempat ini akan dipenuhi oleh orang ramai.

"Kalau kita menikah minggu depan boleh?."Soal Tengku Aaron  dengan perlahan.Amanda yang dari tadi mendiamkan diri terus tersentak lalu mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Kenapa minggu depan?Kenapa kita tak kahwin dekat Malaysia?."Amanda bertanya dengan keras.Sumpah dia tidak sangka tentang perkara ini.

"Aku nak kita kahwin dekat sini.Mummy and daddy aku dah bagi restu.Satu lagi  aku kena still dekat sini 9 bulan lagi sebab terpaksa uruskan syarikat daddy aku.Aku taknak tunggu lama-lama.Aku sayangkan kau Amanda,aku tak boleh tunggu selama 9 bulan.Aku ikhlas jadikan kau isteri aku."Kata Tengku Aaron dengan yakin sambil memandang tepat ke arah anak mata gadis itu.

Amanda menarik nafas yang panjang."Tapi mama dan papa saya macam mana?Diorang takkan maafkan saya kalau saya buat macam ni."Perlahan Amanda berkata.Jika ahli keluarganya tahu tentang ini pasti dia akan dibuang oleh keluarga,sudahlah hubungannya dan ahli keluarganya tidak baik.Tengku  Aaron mengambil jari-jemari gadis itu dan dipaut kemas.

"Pasal tu,kau jangan bimbang aku ada.Aku janji dengan kau,yang aku takkan tinggalkan kau.Apa-apa cabaran,kita hadapi sama-sama .Tapi please,kau jangan tolak lamaran ini."Suaranya bertukar menjadi sayu,lelaki ini seperti terdesak.

Amanda memandang tepat ke arah anak  mata Tengku Aaron,cukup lama dia memerhati.Sekian lama mendiamkan diri,dia sudah mengambil keputusan.Dia  cukup yakin lelaki ini akan menjaganya dengan baik."Baiklah, saya akan ikut cakap awak kerana saya yakin yang awak boleh jaga saya dengan baik."

Tengku Aaron sudah tersenyum lebar di dalam hatinya sudah melompat gembira.Rancangannya sudah berjaya.

"Terima kasih Amanda,kau jangan bimbang.Semua perkara aku akan settle.Tunggu kau jadi isterinya aku je."Usik Tengku Aaron sambil mencuit hidung gadis itu.Amanda hanya tersenyum kecil.

"Ishh...macam-macam lah awak ni."Amanda tergelak kecil sambil menepis tangan itu.Dia berharap selepas ni dia akan dapat  merasa kebahagian yang sebenar .Cukup lah selama ini  dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ahli keluarganya sendiri,izinkan diri mengecapi kebahagian

My Husband BadboyOù les histoires vivent. Découvrez maintenant