bab 29

30.6K 1.6K 115
                                    

Pasangan itu memilih Taman Bunga sebagai tempat photoshoot mereka,walaupun  perkahwinan mereka tidak seperti orang lain tetapi Tengku Aaron tetap ingin mengambil gambar sebagai kenangan.

"Kelvin,cepat lah ambil gambar kitorang."Arah Ben yang sudah siap membuat gaya,Kelvin hanya menjeling ke arah lelaki itu.Orang lain kahwin,orang lain yang beria.

"Entah ,cepat lah ambil gambar aku yang hensem ni.Aku nak bagi gambar tu dekat girlfriend aku pulak."Celah Adrian dengan angkuh,lelaki itu sudah siap memakai kaca mata hitam.

"Malas aku layan korang.Muka macam tupai buncit."Ben dan Adrian ingin mengejar Kelvin tetapi terbatal apabila melihat jelingan dari ketua mereka.

"Cepat lah,ambik gambar aku.Kesian bini aku.Habis berpeluh."Dahi isterinya dilap menggunakan tapak tangan,Amanda hanya menundukkan kepala langsung tidak bercakap dari tadi

Tanpa melengahkan masa,mata kamera terus  dihalakan kepada pasangan itu."Tak,kau nak ambil gambar tak sebenarnya?."Soal Kelvin

"Nak lah,yang kau tanya soalan bodoh tu dah kenapa?."

"Habistu buat lah gaya,ni tak macam patung yang tak ada nyawa.Kaku je."Selemba sahaja Kelvin mengutuk Tengku Aaron.Tengku Aaron medengus dengan kasar,nak tengok sangat kan.Kau tunggu

Lantas pinggang  ramping Amanda dipaut kemas,terkaku Amanda apabila diperlakukan sebegitu.Dia ingin meleraikan pautan itu tetapi dihalang oleh Tengku Aaron.

"Jangan lepas sayang."Tengku Aaron berkata dengan lembut,pinggang itu diusap lembut.

"Amanda,awak pegang lah dada Aaron tu.Yang keras macam kayu tu dah kenapa?."Kata-kata Ezra terus disahut oleh ketawa yang lain.Terbahak-bahak mereka ketawa

Amanda terus meletakkan tangannya di dada suaminya,agak gugup sebenarnya tetapi dia tetap melakukan.Anak mata  mereka bertembung,Tengku  Aaron terpukau melihat wajah isterinya dari jarak yang sangat dekat.Sangat cantik

KLIK...KLIK......Beberapa keping gambar diambil oleh Kelvin.

"Cantik..Korang buat gaya lain pulak."Arah Kelvin,banyak songeh betul.Tengku Aaron terus membawa tubuh Amanda ke arah depan manakala dia  memeluk isterinya dari arah belakang.

"Cepatlah ambil gambar."Arahnya dengan santai,Amanda memegang tangan suaminya yang berada di perutnya.Kelvin terus menekan butang kamera.Klik..Klik

Kemudian dia melihat semula gambar yang diambil.Sangat cantik,tambahan  pula pasangan itu sama padan.

CUP.Amanda terus memandang ke arah Tengku Aaron yang sudah tersengih,happy kerana  dapat cium pipi isterinya

"Kenapa awak buat macam tu?malu lah saya"Soalnya dengan lembut.

"Aku tak tahan lah tengok pipi kau,so aku cium lah.Malam nanti aku cium bibir kau pulak."Kata Tengku Aaron dengan selamba,pipi kemerahan isterinya diusap lembut.

"Jangan lah cakap macam tu,malu saya."Amanda menyorokkan wajahnya di dada bidang suaminya,Tengku Aaron hanya tergelak kecil lantas memeluk tubuh itu dengan erat

"Dah cepat,tak payah nak sweet sangat.Banyak lagi nak ambil gambar ni."Laung Kelvin dengan kuat,kacau betul.Nasib taman itu tiada orang hanya mereka sahaja.

Bermacam-macam gaya yang dilakukan oleh pasangan itu dan beribu-ribu gambar yang diambil termasuk gambar Adrian,Ben Dan Ezra.Amanda  meletakkan kepalanya di bahu kiri suaminya,dia memejamkan mata.Ambil gambar pun penat.

"Awak,jom kita balik.Saya penat lah."Amanda berkata dengan perlahan,Tengku Aaron yang sedang bercakap dengan kawan-kawanya terus mengalihkan pandangan.Kepala isterinya diusap lembut dan dahi itu dicium sekilas.

"Kau masuk dalam kereta dulu,nanti aku datang.Nah,ambik kunci ini,buka  aircond.Kesian kau panas."Kunci kereta itu diserahkan kepada Amanda.

Amanda terus mengambil kunci dan bergerak ke arah kereta.Dia meninggalkan Tengku Aaron yang sedang rancak berborak bersama yang lain.

"Aaron,bila kau start uruskan syarikat daddy kau?."Soal Kelvin sambil mengatungkan kamera di lehernya.

"Hm lusa kot,penat hari ni pun tak hilang lagi."Dia membalas sambil merengangkan badan

"Kau jangan lupa pulak,transferkan duit setiap bulan untuk kitorang.Upah sebab temankan kau selama 9 bulan ni."Ben berkata sambil menjongketkan kening.

Tengku Aaron menjeling menyampah.Bukannya dia tidak lupa tentang upah untuk kawan-kawannya.Dasar mata duitan

"Dah jom balik,kau pun dah penat tu."Bahu Tengku Aaron ditepuk oleh Adrian.

"Kau balik dekat mana ni?Villa ke kondo kau."Soal Kelvin

"Aku balik dekat villa aku,mungkin aku jarang balik dekat kondo tu.Yelah dah ada isteri kan."Tengku Aaron tersenyum seperti kerang busuk.

"Eleh,pergi mampus lah kau."Ben merengus geram.Mama nak kahwin,jejaka-jejaka di situ melepaskan ketawa besar.

"Kau jangan lupa dengan perjanjian  kita,kau ada masa dengan isteri kau hanya 3 bulan je."Bisik Ezra di tepi telinga kanan Tengku Aaron sebelum berlalu pergi meninggalkan Tengku Aaron yang sudah tercenggang.

Sumpah selepas majlis akad nikah tadi dia sudah terlupa dengan perjanjian itu,Tengku Aaron masih berdiri kaku di situ.

"Ingat Aaron,kau tak boleh jatuh cinta dengan isteri kau."Katanya di dalam hati lalu bergerak ke arah kereta.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now