bab 47

37.2K 1.7K 75
                                    

MALAYSIA

Rumah agam milik keluarganya dipandang dari arah luar.Amanda sudah selamat mendarat tepat pada pukul 8.00 pagi.Nafas ditarik dengan panjang,perasaan takut untuk berjumpa dengan keluarganya wujud di dalam dirinya.

Tambahan pula dia sudah 3 tahun tidak pulang ke Malaysia.Perutnya yang masih kempis diusap lembut,lambat laun rahsia ini akan terbongkar.Tapi jika masih boleh disorok,dia akan sorok.Tanpa menunggu lama loceng  rumah ditekan berkali-kali.

Fokus Aiman Muiz yang sedang bermain PUBG terganggu selepas mendengar loceng rumahnya ditekan berkali-kali.Pada mulanya dia membiarkan sahaja,dia berfikir mungkin itu orang peminta sedekah tetapi lambat laun bunyi loceng semakin kuat

Maklumlah Mama dan papanya tiada di rumah,jejaka itu  mendengus kasar,siapa pulak yang datang ni.Ganggu betul

Punggung diangkat dan terus menuju ke arah muka pintu,lalu  dibuka.Jejaka itu mengecilkan mata untuk melihat gerangan yang sedang berdiri di pintu pagar dan akhirnya dia dapat melihat gerangan tersebut kerana pintu pagar itu agak jarang.

Jejaka itu sudah tersenyum sinis lalu suis  pagar ditekan dan secara automatik pagar tersebut terbuka dengan sendiri.Amanda mengundurkan sedikit badan kerana pintu pagar sudah mula  terbuka dengan luas.

Setelah pintu pagar terbuka dengan sepenuhnya dia menarik bagasinya dan melangkah masuk ke dalam perkarangan banglo tersebut

"Wah budak sial ada balik."Sinis Aiman Muiz berkata."Kau ingat rumah kitorang ni hotel?Tiga tahun tak balik,hari ini tiba-tiba balik kenapa?"Amanda hanya menundukkan kepala mendengar perlian daripada abangnya

"Abang sihat?."Soal Amanda dengan lembut,kepala diangkat untuk membolehkan melihat wajah abangnya

"Penting ke aku jawab soalan bodoh kau tu?Aku nak tanya lah kan.Kenapa kau baru nak balik sini?Aku rasa selama kau belajar kau ada cuti sem kan?Tapi kenapa kau tak balik masa cuti sem tu?"Bertalu-talu Aiman Muiz  bertanya kepada adiknya

"Maafkan Amanda.Amanda kena fokus untuk final Exam."Perlahan sahaja Amanda membalas,takkan dia nak jawab dia tidak mahu pulang ke sini kerana layanan mereka terhadap dirinya

"Eh kau perempuan!Kau tak payah nak tipu lah sial!Kot-kot kau balik dekat sini sebab kau mengandung anak haram lepastu kau nak raih simpati kitorang kan?!"Aiman Muiz menjerkah dengan lantang.Kepala adik bongsunya ditunjal-tunjal kasar.

"Sakit abang...sakit."Rintih ibu muda itu sambil memegang tangan abangnya tujuan untuk memberhentikan tindakan Aiman Muiz,air matanya turut mengalir.

Dalam masa yang sama satu buah kereta Audi hitam meluncur  masuk ke dalam banglo itu.Aiman Muiz sudah tersenyum sinis lalu  berpeluk tubuh.

Terbeliak mata mereka melihat susuk tubuh perempuan yang sedang berdiri di hadapan pintu,laju  sahaja langkah Datin Siti mendekati anak perempuannya.Dia agak terkejut dengan kepulangan anak perempuannya itu"Wah,nampaknya budak sial dah balik."Sinis Datin siti berkata

"Mama."Belum sempat Amanda mengambil tangan mamanya untuk bersalam.Datin Siti segera menepis tangan anak perempuannya itu

"Kau tak layak nak bersalam dengan aku.Tahu pulak kau nak balik dekat sini.Aku ingat nak duduk dekat luar tu sampai mampus.Kalau kau mampus pun aku tak kisah."Amanda menahan air matanya dari mengalir.Sakit bila diperlakukan  seperti itu,dia sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi apabila dia tiba di sini

"Entah-entah dia bawak balik anak haram."Celah Aiman Muiz saja ingin menambah amarah mamanya.

"Hey perempuan,kalau aku tahu balik sini sebab mengandung.Siap kau aku kerjakan.Memang mati anak tu aku bunuh."Lengan Amanda dicengkam kasar,wanita itu memperlakukan anaknya seperti anak tiri

"Arrhh...sa...kit mama."Amanda menyeringai kesakitan.Mana tak sakit kalau kuku mamanya seperti  hantu langsuir.

"Dah,cepat masuk.Tak payah layan budak ni."Dato Azman yang sejak tadi mendiamkan diri tiba-tiba mencelah.Dia juga tidak suka kepada anak perempuannya.Dato  Azman dan Aiman Muiz langsung  melangkah masuk,yang tinggal hanya Amanda dan Datin Siti sahaja

"Kau pergi masuk dan masak untuk kitorang cepat.Kau jangan ingat,kau balik dekat sini.Kau boleh duduk rilex.Kebetulan pembantu rumah dah aku dah pecat,so kau lah jadi pengganti ye."Bahu Amanda dilanggar dengan kasar sebelum  wanita itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Amanda mengelap sisi air matanya.Dia sudah redha jika hidupnya diperlakukan seperti ini.Dari kecil lagi dia sudah dilayan seperti ini.Bagasi diambil lalu melangkah masuk.Bilik tidurnya dituju.

*********************

Ayam masak merah diletakkan di atas meja.Tidak lupa juga air dan nasi putih dihidangkan untuk keluarganya.

"Mama makanan dah siap."Seru Amanda kepada ahli keluarganya yang sedang seronok menonton Tv.Tanpa menunggu lama mereka  bertiga terus mendekati meja makan,masing-masing melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Dah kau pergi masuk bilik,tak selera aku nak makan tengok muka kau."Usir Aiman Muiz,tubuh adiknya ditolak dengan kasar.Amanda hanya akur dengan arahan abangnya.Dia bernasib baik kerana sudah makan.Sebenarnya dia curi-curi makan di belakang.

Ikutkan hati memang dia tidak mahu makan tapi memikirkan di dalam perutnya mempunyai satu malaikat kecil.Terpaksa dia makan walaupun sedikit.

Sampai sahaja di dalam bilik punggung  dilabuhkan di atas katil.Gambar Tengku Aaron yang berada di dalam telefonnya dilihat.

"Baru sehari kita berpisah.Saya dah rindukan awak.Tapi saya tahu awak takkan rindukan saya,mungkin awak dah happy dekat sana."Wanita itu menahan sebak di dada

"Kenapa awak buat sama macam ni?Apa salah saya?Saya percayakan awak tapi sekelip mata sahaja awak musnahkan kepercayaan saya.Awak dah janji takkan tinggalkan saya sorang-sorang tapi kenapa awak ceraikan saya?Saya tak kuat hidup tanpa awak."Tidak boleh lagi menahan air  mata ibu muda itu mengalir dengan laju

"Stop Amanda.Stop fikirkan dia,kau kena teruskan hidup tanpa dia.Sekarang ada kau dan anak kau je."Dia berkata sendiri sambil mengusap perut kempis itu,kali  ini dia sudah nekad untuk melupakan bekas suaminya,lagipun Tengku Aaron juga sudah bahagia dengan hidupnya sendiri

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now