bab 34

30.6K 1.4K 142
                                    

Audi R8 milik Tengku Aaron berhenti di hadapan sebuah tasik.Handbreak ditarik,dan mereka berdua melangkah keluar dari kereta selepas melepaskan selt belt.Suasana di tasik itu sangat sunyi kerana masih pagi dan kurang pengunjung.

"Hubby kenapa datang dekat sini?.Soal Amanda lalu melabuhkan punggung  diatas bangku yang berhadapan tasik tersebut.

"Saja."Jawab Tengku Aaron sepatah,kot baju sejuknya diperbetulkan kerana cuaca sangat sejuk

Amanda hanya mendiamkan diri,tasik yang berada di hadapannya dipandang.Sangat tenang

Dia tersentak apabila tangannya di genggam erat oleh suaminya terus pandangan dialihkan ke arah suaminya

"Hubby nak mintak maaf dengan sayang,sebab tak boleh bawak sayang pergi honeymoon macam pasangan lain.Hubby hanya boleh bawak sayang jalan-jalan dekat tempat macam ini je .Maafkan Hubby kerana tidak boleh menjadi seperti suami orang lain."Tangan isterinya dibawa ke mulut dan dicium lembut.Amanda hanya tersenyum lalu menepuk paha suaminya

"Takpe Hubby,sayang faham.Sayang tak kisah kalau hubby tak bawak pergi honeymoon.Tak penting lah benda macam tu.Yang paling penting,saya bahagia dengan hubby.Saya selesa dengan hubby.Kebahagian saya ada dekat awak."Balas Amanda dengan lembut sambil melentokkan kepala di bahu suaminya

Tengku Aaron terus tersenyum gembira.Dia bersyukur mempunyai isteri seperti Amanda.Tidak pernah merungut jika kekurangan sesuatu benda.

"Hm,sayang."Panggil Tengku Aaron

"Iya."Jawab Amanda.Matanya masih lagi memandang ke arah tasik

"Esok hubby dah start kerja dekat syarikat daddy."Amanda terus mengangkat kepala selepas mendengar kata-kata dari suaminya.

"Sejak bila awak kerja ni?saya tak tahu pun."

Hidung mancung isterinya dicubit manja."Hubby tak ingat nak bagitahu sayang,kita kena stay  dekat selama 9 bulan sebab hubby kena uruskan syarikat daddy.Tapi hubby janji lepas 9 bulan kita balik Malaysia."Kata Tengku Aaron sambil mengangkat tangan seperti bersumpah.

"Hm sayang okey je kan?."Risau dia melihat isterinya yang masih mendiamkan diri.

"Saya okey jelah,dah  memang tugas awak takkan awak naik abaikan."Balas Amanda sambil tersenyum.Tengku  Aaron terus membuka kota baju sejuk itu lalu memasukkan tubuh kecil isterinya di dalam pelukan.

Amanda memejamkan mata sambil menikmati pelukan hangat daripada suaminya.Telinga diletakkan di dada Tengku Aaron,jelas sekali kedengaran degupan jantung Tengku Aaron yang sangat laju.

"Jom kita pergi tempat lain."Ajak Tengku Aaron selepas mereka berada di dalam keadaan itu dengan cukup lama.Lantas tangan isterinya ditarik lalu  mendekati ke arah kereta Audi miliknya.

************************
Pasangan itu melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah yang terkenal di negara itu.Sudah berapa kali Amanda menolak ajakan Tengku Aaron tetapi  Tengku Aaron tetap berkeras untuk pergi.

"Jom sayang,kita pergi beli baju sayang."Tangan isterinya ditarik memasuki gudang pakaian yang berjenama DIOR.

"Hubby saya taknak lah.Baju dekat sini mahal-mahal."Kata Amanda dengan perlahan.Terganga mulutnya melihat harga sehelai baju,boleh  pergi mekkah balik hari.

"Dah tak payah nak tolak.Ambik je sayang apa."Santai saja Tengku Aaron berkata sambil
membelek pakaian untuk lelaki yang berada di situ.Jejaka ini sudah puas melihat design baju seperti ini,boleh dikatakan semua koleksi baju yang berjenama itu dia sudah miliki.

Amanda terus menggelengkan kepala,lagipun dia masih lagi mempunyai baju.Kenapa perlu bazirkan duit?

Tengku Aaron terus mendengus geram.10 helai dress diambil begitu sahaja tanpa melihat harga lalu  dibawa ke arah  kuanter untuk dibayar.Semua baju yang dipilih oleh Tengku Aaron ialah Dress

"35990.30 USD sir."Kata perempuan yang menjaga kuanter tersebut.Terganga besar Amanda  mendengar harga yang perlu dibayar.Rm 150000 Malaysia,sugar daddy betul lah

Tengku Aaron terus menghulurkan satu card yang berwarna hitam kepada penjual perempuan itu.Selesai pembayaran,pasangan itu melangkah keluar dari gedung mewah itu.Tengku Aaron melangkah keluar dengan wajah yang tiada senyuman

"Awak tahu tak membazir beli semua ini,Saya dah banyak baju dekat rumah.Jangan lah macam ni,saya tak suka lah.Saya tak suka menyusahkan awak."

Tengku Aaron terus menoleh ke arah isterinya,bahu isterinya dipegang"Hye listen,hubby tak kisah habiskan duit untuk sayang,lagipun duit hubby banyak lagi.Habiskan duit untuk beli baju macam ini,apa lah sangat.Sayang kena ingat yang sayang tu isteri hubby,itu bermaksud semua keperluan sayang ialah tanggungjawab hubby."

Amanda terharu mendengarkan kata-kata dari suaminya.Tangan kanan suaminya diambil dan dicium lembut."Terima kasih awak."

CUP.

Kali ini pipi kanan Tengku Aaron dicium lembut.Amanda terus melarikan diri cuba untuk menyelamatkan diri.

Tengku Aaron masih lagi tercenggang di situ,pipi kanannya dipegang.Satu senyuman terukir di bibir lelaki itu.Dada kanannya dipegang.Ada satu perasaan bila bersama Amanda.Perasaan gembira dan bahagia.

Dia mengejar isterinya yang sudah mendekati ke arah pintu keluar,lantas pinggang ramping itu dipaut.

"Eh..eh..nak pergi mana pulak ni?."Kalut Amanda bertanya selepas suaminya sedang menarik dirinya memasuki ke gedung berjenama gucci

"Kita pergi beli baju yang berjenama lain pulak."Balas Tengku Aaron bersahaja.Amanda melepaskan satu keluhan kerana dia langsung tidak suka shopping

Hari itu dia hanya mengikuti sahaja tindak-tanduk suaminya yang melangkah masuk ke semua gudang yang berjenama.

Kasut,alat make-up yang berjenama semua dibeli oleh Tengku Aaron.



Maaf kalau bab harga itu salah🙏🏻🙏🏻


Okey tak chapter kali ini,ke rasa annoying😂

My Husband BadboyOnde histórias criam vida. Descubra agora