bab 5

35.4K 2K 13
                                    

Amanda baru sahaja  sampai di bilik sewanya.Memakan masa yang agak  lama kerana dia berjalan perlahan sahaja,tambahan pula lokasi Taman Bunga dengan bilik sewanya agak jauh.

"Fuhh,penatnya.Kalau hari-hari macam ni.Memang tinggal tulang aku."Badan dihempaskan di atas katil dengan kasar.

"Dia nak apa dengan aku ni?Macam mana aku nak elak dari berjumpa dengan dia?Tapi  memang aku akan berjumpa dengan mamat tu hari-hari.Takkan setiap kali jumpa aku nak lari?."Bermacam-macam soalan yang berada di dalam kepalanya sekarang.Gadis itu membuang keluhan.

Laci meja dibuka,Dettol antiseptic dan kapas putih dicapai untuk mencuci tempat yang terluka.Setiap kali kapas terkena di bahagian luka,Amanda akan mengigit lidah,menahan sakit.

Selesai mencuci,sisi kapas dibuang ke dalam tong sampah.Kepala dipicit perlahan,penat kerana memikirkan cara untuk melarikan diri daripada Tengku Aaron.

*********************
Meja yang berada di ruang tamu itu ditumbuk dengan kuat.Terhinggut bahu mereka melihat amukan dari ketua mereka.Tidak berani untuk masuk campur.

"Perempuan tu memang nak kena dengan aku."Bentak Tengku Aaron.Tanggan digempalkan sehingga menampakkan urat tangan.

"Ben,esok aku nak kau malukan dia depan orang ramai."Arah Tengku Aaron.Ben terus mengganggukkan kepala.Tidak berani untuk berkata lebih-lebih.

Kring kring kring

Telefon 11 pro milik Tengku Aaron bunyi.Berkerut dahinya melihat panggilan daripada mummynya .Segera dia berdiri dan melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya,tidak mahu kawan-kawannya mendengar apa yang dibualkan oleh mereka.

"Hello mummy,kenapa call ni?."Punggung dilabuhkan di atas sofa yang berada di dalam ruang itu.

"Kenapa?Nak call anak mummy sorang ni tak boleh ke?."Tanya Puan Sri Zaitun semula.

"Hehehhe,takda lah mummy."Kening yang tidak gatal digaru.

"Mummy call ni sebab daddy nak cakap dengan awak lah,sekejap mummy bagi telefon ni dekat daddy."Panggilan beralih kepada Tan Sri Tengku Malik.

"Anak daddy sihat?."Tanya Tan Sri Tengku Malik kepada anak tunggalnya.

"Sihat je daddy.Ni kenapa call ni?Danish nak tidur ni."Nafi Tengku Aaron kerana dia tidak suka berbual lama-lama.

"Daddy cuma nak bagitahu,selepas danish habis belajar.Daddy nak Danish urusan syarikat daddy dekat sana.Tak lama pun,8 bulan je.Lagipun boleh juga Danish belajar selok belok hal syarikat kita.Daddy tahu,tinggal 1 tahun lagi,danish nak habis belajar ."Ujar Tan Sri Tengku Malik.

Badan yang disandarkan  di sofa terus menegak selepas mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Malik."What!apa ni daddy?Taknak lah danish."Tengku Aaron membangkang.Dia kerja,memang tak lah.

"Maaf daddy tidak menerima sebarang bantahan ,ini arahan.Nak tak nak danish kena ikut."Tan Sri Tengku Malik masih lagi berkeras kepala.

Nafas ditarik panjang.Dia tahu walaupun dia menolak beberapa kali.Daddynya tetap akan menyuruhnya menguruskan hal syarikat mereka yang berada di negara ini,kerana dia merupakan anak tunggal di dalam keluarga itu.

"Hm,baik daddy."Dia menjawab dengan perlahan.

"Bagus anak daddy.Danish dekat sana jaga diri,jangan buat hal.."Pesan Tan Sri Tengku Malik sebelum panggilan ditamatkan.

"Aikk,lepas cakap je terus tutup.Nasib kau daddy aku."Tengku Aaron mengomel.Dia melangkah keluar dan menyertai kawan-kawannya yang berada di ruang tamu.

"Kenapa Bro? masam je muka."Adrian menegur.

"Aku nak selepas kita habis belajar,kita semua tinggal dekat sini 8 bulan lagi.Teman aku uruskan syarikat daddy aku dekat sini."Tengku Aaron berkata dengan santai.

"HA!"Mereka menjerit serentak

"Tapi kenapa kitorang yang terlibat sekali sekali?."Ezra bertanya,tidak berpuas hati.Yang lain hanya mengangguk kepala.

"Aku tak kira,aku nak balik dekat Malaysia selepas habis final exam."Bentak Adrian.Sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia.Ini tiba-tiba kena still lagi 8 bulan,memang tak lah.

"Arh,aku tak kira.Korang kena teman aku.Kata kawan."Sinis Tengku Aaron berkata.Dia tahu walau macam mana pun,kawan-kawannya akan mendengar arahannya.

Mereka berempat melepaskan keluhan lemah .Memang itu prinsip persahabatan mereka dari dulu.Tidak boleh meninggalkan salah seorang daripada mereka berseorangan diri.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now