bab 14

32.9K 1.9K 79
                                    

Gadis itu berjalan di koridor dengan santai.Masih awal untuk masuk kelas.Nasib hari ini Tengku Aaron tidak menganggu  hidupnya.Dia tersenyum sendiri selepas mengingati semula kejadian kelmarin.

Flashback

Selesai sahaja makan di restoran tersebut,Tengku Aaron terus menghantar gadis itu pulang.Dia juga ingin pulang kerana dia sangat letih dan memerlukan rehat yang secukupnya.

Superbike itu berhenti tepat di hadapanya bangunan bilik sewa Amanda.Gadis itu terus melompat turun dan melepaskan helmet.

"Nah."Helmet dihulurkan semula kepada pemilik asalnya"Terima kasih tau sebab dah hantarkan saya dan belanja saya makan."Ucapnya ikhlas.Wajah Tengku Aaron pula hanya mendatar,langsung tidak membalas ucapan daripada Amanda.

"Err...Saya masuk dulu lah,bye."Belum sempat dia membuka langkah,tali begnya ditarik dari arah belakang.

"Tunggu kejap."Kata Tengku Aaron.Berkerut dahi Amanda.Mamat ni nak apa pulak ni.Dia hanya memerhati Tengku Aaron sedang mengeluarkan satu barang dari poket seluarnya.

"Sini,aku nak sapu ubat untuk redakan bengkak kau tu."Tangan Amanda ditarik dengan lembut untuk mendekati ke arahnya.Lelaki itu melabuhkan punggung di atas kusyen motor untuk menyamakan kedudukan dengan gadis itu.

"Arhhh..sakit."Terjerit Amanda apabila Tengku Aaron meletakkan ubat itu di kesan tamparan tersebut.Sakit

"Sabar lah...Kan aku tambah kesan bengkak kan.Kau nak?"Amanda mengelengkan kepala."Dah tu,jangan bising."Kata Tengku Aaron dengan tegas.

Krik..Krikk.Suasana sangat sunyi tambahan pula awan mula mendung.Jarak mereka sangat rapat,jika orang lain memandang dari arah jauh.Tentu mereka akan menyangka mereka berdua sedang bercium kerana Tengku Aaron sedang menundukkan sedikit tubuhnya.

"Hm dah siap."Kata Tengku Aaron lalu menegakkan kembali tubuhnya."Lain kali hati-hati,kalau apa-apa yang berlaku aku jugak yang susah."Pesan Tengku Aaron.

"Aik..kenapa pulak awak yang susah?."

Tengku Aaron mengigit bibir,tersasul pulak"Err...susah lah sebab kuli aku sakit.Nanti tak ada sesiapa yang aku akan buli."Dalih Tengku Aaron.

Amanda hanya meng"O"kan sahaja."Saya masuk dulu lah..Awak pun balik terus tau,hari pun nampak macam nak hujan.Jangan pergi lepak dekat mana-mana.Pergi balik lepastu rehat."Pesan Amanda,dah macam isteri pulak.

"Banyak cakap kau ni..pergi cepat!."Sergah Tengku Aaron.Amanda mencebikkan bibir lalu melangkah pergi.Sikit-sikit nak marah.

"Take care sayang."Sayup-sayup sahaja Amanda mendengar perkataan itu dari arah belakang.Hantu kot

End flasback

Sedang asyik termenung...Tiba-tiba

BUSH.Satu baldi air sabun sudah membasahi dirinya.Seluruh badannya sudah basah.Terhuyung-hanyang dirinya apabila terkena curahan tersebut.Kedengaran satu ketawa yang kuat dari tingkat atas.Dia segera mendongak ke atas.

Dia melihat anak buah Bella sudah ketawa dengan terbahak-bahak.Salah satu gadis yang berada di situ melemparkan baldi yang kosong sehingga terkena kepala Amanda.

Amanda memegang kepalanya yang terasa sangat sakit.Baldi dilemparkan dari tingkat 2.Gila tak sakit.Bengong sekejap.

"How many I tell you.Stay away from Tengku Aaron,you don't hear.Now see what you get."Bella berkata dengan sinis sambil berpeluk tubuh.Dia sudah berada di tingkat 1 dari awal.

Anak jerungnya sudah turun dari tingkat 2,menyertai mummy jerungnya.Sorry bukan jerung tapi ikan selayang.

Bella terus mencengkam lengan Amanda dengan kasar.

"Arhhhh."Dia menjerit kesakitan.Tambahan pula rambutnya ditarik dari arah belakang lalu tubuhnya ditolak sehingga terjatuh.

Tak semena-mena Bella dan anak ikan selayangnya terus menyepak tubuh Amanda dengan kuat.Masing-masing sudah memakai hels yang tinggi 10 inci,maklumlah masing-masing pendek.

"Arhhh...Stopppp."Dia berusaha untuk melindungi dirinya.Tetapi tendangan tersebut masih lagi tidak berhenti.Selepas puas membelasah Amanda.Bella berbisik halus kepada gadis itu.

"This is last warning or you dead.PANG"Pipi mulus Amanda ditampar kuat.Terus mereka berlalu pergi meninggalkan gadis itu.Orang yang melalui kawasan itu hanya memandang begitu sahaja,sudah lali melihat Amanda diperlakukan sebegitu.

Amanda menangis teresak-esak.Tubuh belakang badannya terasa sakit.Dia melihat lengan kanannya yang sudah berdarah kerana dicengkam oleh Bella.Kuku macam hantu langsuir.

"Ya Allah aku sakit."Dia merintih kesakitan.
"Sabar Manda,kau hanya ada beberapa bulan lagi.Lepas ni kau bebas."Dia berkata sambil mengusap dadanya.Tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum dia menamatkan zaman belajarnya.

"Aduh sakitnya bibir."Bibirnya sudah pecah kerana ditampar kuat oleh Bella.Baru semalam Tengku Aaron meletakkan ubat di pipinya.

TING.Telefonnya berbunyi,segera telefon itu diambil yang berada di dalam beg.Nasib telefon itu  kalis air.

TENGKU Aaron(Boss devil)
Kau datang markas aku sekarang.

Satu pesanan ringkas dari lelaki itu.Dia membuang keluhan.Malas untuk membuang masa.Amanda terus berdiri tetapi disaat  berdiri.

"Arhhh,sakitnya."Dia melihat kakinya  sudah bengkak kerana dipijak oleh anak jerung Bella.Beg sandangnya diperbetulkan lalu dia melangkah pergi ke markas milik lelaki itu.Terjongket-jongket dia berjalan.

Malas untuk pergi ke kelas dalam keadaan seperti ini.Dengan basah kuyup,kalau pergi pun nanti kena halau.





*Maaf kalau awak semua rasa part kali ini macam hambar.

*Maaf juga kalau grammar saya tak elok mana

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now