bab 42

31.1K 1.5K 262
                                    

Tidur Tengku Aaron terganggu selepas terdengar sayup-sayup sahaja suara seseorang yang sedang mengaji.Jam di dinding dikerling sekilas.Sudah angka 3 pagi,kemudian dia melihat tempat di sebelahnya sudah kosong.

Tengku Aaron mendiamkan diri kerana ingin menyakinkan apa yang didengar olehnya sebentar tadi.Suara perempuan yang sangat merdu sedang mengalunkan ayat suci Al-quran,tidak lain tidak bukan itu adalah suara isterinya.Dia memegang dadanya,sudah lama dia tidak mengaji.Solat pula,jangan cakap lah.

Kadang-kadang Amanda pernah menegurnya tentang solat,tetapi dia selalu membuat alasan.Satu perasaan yang hadir selepas mendengar alunan ayat suci Al-quran yang dibaca oleh isterinya.Lampu bilik tidur dibuka.

"Sayang."Seru Tengku Aaron perlahan.Terhenti bacaan Amanda selepas mendengar namanya diseru.Dia menoleh ke arah belakang dan melihat suaminya yang sudah bangun daripada lena.Masih mamai

"Awak,mari dekat sini."Ajak Amanda sambil melambaikan tangan,Tengku Aaron pula terus turun dari katil dan mendekati ke arah isterinya.Badan terus direbahkan di atas peha isterinya yang berlapipkan telekung putih.

"Dah,tidur.Saya nak sambung mengaji."Bahu Tengku Aaron ditepuk lembut sambil meneruskan bacaan yang tertangguh.Tengku Aaron memejamkan mata,menikmati saat-saat yang bahagia ini tambahan pula suara isterinya yang sangat merdu

"Hm sayang,hubby nak tanya satu soalan boleh?."Soal Tengku Aaron selepas bacaan isterinya sudah berhenti.Amanda terus menutup Al-quran tersebut dan dicium lalu diletakkan di atas meja yang berada di sebelahnya

"Tanya apa tu hubby?."Rambut suaminya dibelai sayang.

"Berdosa ke kalau kita tak solat?."Soal  Tengku Aaron dengan perlahan.Amanda mendiamkan diri seketika,dia sudah  dapat meneka soalan yang akan ditanya oleh suaminya

"Mesti lah berdosa awak,tinggal solat ialah dosa yang sangat besar."Tengku Aaron memejamkan mata.Tak tertanggung dosa yang dilakukan olehnya selama ini

"Kalau seseorang itu nak berubah,Allah terima tak?."

"Allah maha pengampun.Allah maha penyayang.Allah akan terima solat kita jika kita ikhlas.Sejahat apa pun kita,solat jangan tinggal.Sejahat-jahat pendosa,jahat lagi orang yang sengaja meninggalkan solat.Tetapi jika seseorang ingin berubah,masih belum terlambat.Pintu taubat masih dibuka."Ujar Amanda dengan lembut,rambut suaminya masih dibelai

"Kenapa awak tanya soalan macam tu?."Soal Amanda.

"Hm,takde apa-apa."Balas Tengku Aaron lalu terus memejamkan mata untuk menyambung tidur.

"Saya doakan semoga suatu hari nanti,hati awak terbuka untuk berubah.Semoga menjadi anak yang soleh dan suami yang terbaik untuk saya."Bisik Amanda di telinga kiri suaminya dengan perlahan dan dahi suaminya dicium lama

"Aku tak janji yang aku boleh jadi suami yang terbaik untuk kau Amanda."Desis hati Tengku Aaron.Sebenarnya dia saja buat-buat tidur dan setiap kata-kata isterinya didengari olehnya.

************************

Amanda hanya memerhati suaminya yang sedang berenang di kolam itu.Hari ini hari minggu jadinya hari ini Tengku Aaron akan meluangkan masa bersamanya.

Dia melabuhkan punggung di birai kolam,kaki dicelupkan di dalam air.Suaminya ada mengajaknya mandi bersama tetapi dia menolak kerana dia tidak pandai berenang.

Tengku Aaron berenang mendekati ke arah isterinya yang sedang termenung.

"Sayang termenungkan apa tu?."Tegur Tengku Aaron sambil memegang kedua lutut isterinya

Amanda hanya tersenyum nipis"Takde apa-apa pun,sayang just tengok hubby berenang je."Dia hanya memandang setiap lekuk tubuh suaminya yang tidak memakai sebarang alas.

"Iye ke?."

"Iye."Balas Amanda sambil mengusap pipi suaminya.Tengku Aaron pula memejamkan mata menikmati sentuhan lembut si isterinya,kepala diletakkan di atas riba isterinya

"Jom sayang,hubby ajar cara berenang."Memang itu niatnya hari ini kerana dia berfikir sampai bila isterinya harus takut dengan air

Amanda mengelengkan kepala"Taknak sayang takut."

"Please sayang.."Rayu Tengku Aaron lembut tetapi Amanda tetap berkeras tidak mahu.

"Okey..okey kalau sayang taknak jom kita berenang sama-sama."Ajak Tengku Aaron sekaligus boleh mengajar isterinya.

"Sayang takutlah."

"Sayang jangan takut,hubby kan ada.Sayang peluk je leher hubby.Boleh ye sayang?."Tanpa berfikir Amanda terus mengangukkan kepala.

Tengku Aaron terus menyelitkan tangannya di celah ketiak isterinya dan dimasukkan ke dalam kolam.Terjerit Amanda apabila terasa dia sudah tenggelam tetapi Tengku Aaron laju bertindak dengan memeluk tubuhnya dengan erat.

"Awak saya takut lah.."Katanya Amanda yang sudah hendak menangis,dia teringat saat dirinya yang hampir mati lemas.

Pelukan di leher suaminya dieratkan,kepala disembamkan di ceruk leher Tengku Aaron..

"Shuh...hubby kan  ada...jom lah kita naik,kesian sayang."Ujar Tengku Aaron lalu berenang sehingga menghampiri birai kolam

Tubuh isterinya diangkat dan diletakkan di atas simen,dia juga melangkah keluar daripada kolam tersebut.

"Dah..jangan nangis."Pujuk Tengku Aaron dengan lembut"Hubby mintak maaf sebab paksa sayang berenang,hubby dah takutkan sayang.I am so sorry sayang."Sambung jejaka itu lalu memeluk erat tubuh isterinya.

"Iye sayang dah maafkan tapi lain kali jangan buat lagi."Dia  memberi amaran dengan nada suara yang agak keras,hampir tergelak Tengku Aaron melihat wajah cemberut si isteri.Comel

"Jom masuk..sayang sejuk lah."Amanda menepuk peha suaminya lalu bangkit dan mengatur langkah ke arah pintu Villa.Badannya sudah menggigil kesejukan tambahan pula bajunya sudah basah..

Hampir sahaja dia membuka pintu,terasa tubuhnya sudah diangkat oleh seseorang.

"Kalau sayang sejuk hubby boleh panaskan."Kata Tengku Aaron dengan senyuman yang nakal.

"Eiii apa ni...turunkan saya cepat."

"No Excuse sayang."Kata Tengku Aaron sambil berlari menuju ke arah bilik tidur mereka.Di dalam ruangan itu hanya kedengaran suara ketawa daripada pasangan itu sahaja
*******************************

Sedar tak sedar sudah 3 bulan dia mendirikan rumah tangga bersama Amanda dan tinggal beberapa hari lagi untuk melepaskan isterinya.

Tengku Aaron mengigit bibir,mana mungkin dia lupakan cabaran daripada kawan-kawanya tetapi dalam masa yang  sama dia tidak boleh lepaskan isterinya

"Wake up Aaron.Wake up.Takkan kau jatuh cinta dengan dia kot.Tak!aku tak jatuh cinta dengan dia."Katanya sendiri,dari tadi lagi dia tidak senang duduk.Sekejap ke kiri sekejap ke kanan

"Ishhh ,tak boleh jadi ni."Terus jaket hitam disambar dan helmet hitam yang berada di dalam almari diambil.Dia harus berjumpa kawan-kawannya.

"Sayang."Seru Tengku Aaron sambil anak matanya meliar mencari kelibat isterinya,Amanda yang sedang mengutip baju kotor untuk dicuci segera menoleh selepas dipanggil oleh si suami.

"Hubby nak pergi jumpa Adrian dan yang lain.Ada perkara penting yang nak dibincangkan."Kata Tengku Aaron dengan manis,kalau boleh dia tidak mahu isterinya bersangka buruk.

Amanda terus mengangguk kepala tanda membenarkan,wanita itu hanya tersenyum manis

"Thanks sayang.Hubby pergi dulu."Dahi dan pipi isterinya dicium lama.Terus Tengku Aaron melangkah keluar,tidak lupa juga kunci superbike nya diambil.

Amanda pula terus melakukan kerja yang tertangguh.Masih banyak lagi kerja rumah yang belum selesai.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now