bab 61

42.1K 2K 110
                                    

Amanda membawa mangkuk yang berisi nasi goreng ke ruang makan untuk dihidangkan kepada keluarga angkatnya.Hari ini dia memang berniat untuk menolong mak timah menyediakan sarapan walaupun berkali-kali wanita tua itu melarang.

Tetapi Amanda tetap berkeras hendak menolong.Lagipun selama  ini dia tidak pernah  menolong wanita itu membuat kerja rumah kerana sibuk kerja dan sememangnya Puan Sri Zaitun melarangnya membuat semua itu.

"Amanda!Siapa  suruh buat semua ni?."Tanya Puan Sri Zaitun dengan tegas.Kepala digelengkan ibu muda ini memang keras kepala,sudah berapa kali dia melarang tetapi nak buat jugak

Manakala Amanda sudah mengaru kepala.Nak jawap apa ni?

"Sorry mummy,Amanda bosan lah duduk je.Kadang-kadang nak lah jugak bergerak."Balas Amanda membela diri.

"Tapi Amanda tu mengandung,tu cuba tengok kaki tu.Dah bengkak dah,mana mummy tak risau."

Belum sempat Puan Sri Zaitun menyambung,satu suara sudah mencelah"Apa yang awak membebel pagi-pagi ni?Sampai atas boleh dengar."Soal Tan Sri Tengku Malik.Suara isterinya sampai tingkat atas boleh dengar.

"Mana saya tak membebel,cuba abang tengok mak buyung ni,tunggu masa je nak beranak je tapi degil nak jugak buat  kerja rumah."Tan Sri Tengku Malik hanya mengeleng kepala.Jika isterinya sudah beleber sampai esok tak habis.

Amanda mendekati wanita itu lalu memeluk lengan Puan Sri Zaitun"Alaaaa...janganlah marah.Amanda janji amanda takkan buat kerja rumah lagi.Amanda akan dengar cakap mummy"Kata Amanda yang sudah mengangkat tangan seperti mengangkat sumpah.

Tergelak kecil Puan Sri Zaitun melihat kepolosan gadis itu"Hm yelah...jom kita pergi makan."Tangan Amanda ditarik mendekati meja makan.

Mangkuk kaca itu diambil lalu mencedok nasi goreng.Tan Sri Tengku Malik sudah lama bersarapan sementara menunggu isterinya habis membebel.

"Danish ada cakap dia flight pukul berapa?."Soal Tan Sri Tengku Malik kepada isterinya.

"Semalam dia ada call,dia cakap flight pukul 9 pagi."Balas Puan Sri Zaitun lalu melihat jam di dindang yang sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi.Dah tak lama.

"Tak sabar saya bang,nak tunggu danish balik.Rindu betul saya dengan dia."Ujar wanita itu dengan nada yang ceria.Ibu mana yang tak rindu kepada anaknya tambahan pula itulah satu-satunya anaknya.

"Hm saya tahu."Balas Tan Sri Tengku Malik ringkas.Hakikatnya dia jugak merindukan anak lelakinya itu.

"Tapi danish cakap,dia tak balik sorang-sorang.Dia balik dengan kawan-kawan dia."Anaknya ada juga memberitahu yang kawan-kawannya juga turut tinggal bersamanya selama mereka menetap di negara asing itu.

Berkerut dahi Tan Sri Tengku Malik"Kawan yang mana pulak ni?"

"Alaaa,kawan danish yang dari kecil tu.5 serangkai tu."Lelaki tua itu hanya mengangukkan kepala.Sudah dapat meneka siapa yang dimaksudkan oleh isterinya.Amanda pula hanya mendiamkan diri,malas untuk masuk campur tentang hal keluarga itu.

"Er..mummy?"Serunya dengan perlahan.Takut pulak nak bagitahu.

"Ye Amanda nak apa?"

"Amanda nak mintak izin keluar barang baby boleh tak?"Tanya Amanda dengan perlahan.Terbeliak mata Puan Sri Zaitun mendengar.

"No!tak boleh.Lagipun barang baby mummy dah beli.Amanda nak beli apa lagi?."Wanita itu bertanya dengan tegas.Dia bukannya apa cuma bimbang tentang kandungan Amanda yang semakin sarat,takut jika berlaku apa-apa.

Mendengar sahaja jawapan dari ibu angkatnya Amanda terus menundukkan kepala,memang semua barang anak-anaknya sudah dibeli oleh Puan Sri Zaitun.Tetapi dia juga mahu membeli menggunakan duitnya sendiri,selama ini dia tidak pernah shopping barang baby kerana sibuk berkerja.

Jatuh kesian Tan Sri Tengku Malik melihat ibu muda itu,isterinya ini terlalu kuat mengongkong.

"Tun,bagi jelah Amanda keluar.Lagipun dia nak jugak merasa membeli barang anaknya.Kesian abang tengok Amanda,terperap je dalam rumah.Sesekali takpe lah."Kata Tan Sri Tengku Malik dengan lembut.

Puan Sri Zaitun melepaskan keluhan,bukannya dia tidak kesian melihat Amanda.Melihat wajah suaminya yang serius,akhirnya dia bersetuju.

"Hm yelah,Amanda boleh keluar tapi dengan syarat pak mat yang hantar."Kepala terus diangkat dan memandang ke arah wanita itu dengan riak wajah yang ceria.

"Betul ke mummy?"Puan Sri Zaitun hanya mengangguk kepala."Tapi hari ini,mummy tak boleh teman Amanda sebab mummy ada meeting dengan persatuan kelab mummy."

"Takpe mummy,Amanda faham.Terima kasih sebab izinkan Amanda keluar."Ujarnya dengan senyuman manis.Tidak sabar untuk shooping barang baby.

"Amanda jaga diri tau"Pesan Tan Sri Tengku Malik dengan lembut.Amanda hanya menganggukkan kepala

Sayang betul mereka kepada ibu muda ini

**********************
Amanda melangkah keluar dari kereta Vellfire tersebut sambil diikuti Pak Mat dari arah belakang.Hari ini dia memakai  baju mengandung yang berwarna hitam,menambahkan lagi seri di wajahnya.

"Pak Mat...Stop."Halang Amanda dan serta merta langkah lelaki tua itu berhenti.Berkerut dahinya memandang ke arah Amanda.

"Pak Mat boleh tinggalkan saya sorang-sorang?Saya nak shooping sorang-sorang kali ni."Kata Amanda sambil mengerlip mata berkali kali.

"Tak boleh..Puan Sri dah pesan dekat pak mat,dia cakap kena ikut Amanda pergi mana-mana."Kata Pak Mat seperti mana Puan Sri Zaitun berpesan kepadanya.

"Alaa...pak Mat boleh lah,kali ni je."

"Tak Boleh!."Amanda membuang keluhan,nampaknya dia harus guna taktik lain.

"Pak Mat tak kesiankan baby Amanda ke?Dah lama dia tak keluar dengan mummy dia."Sayu Amanda berkata."Takpe lah baby,nampaknya pak mat memang tak benarkan kita luangkan masa bersama-sama."Ujar Amanda sambil mengusap perutnya.

Terkesima lelaki tua itu mendengar,kepala yang tidak gatal digaru.Rasa serba salah pulak kerana Amanda sudah menggunakan anaknya.

"Hm,baik lah kalau macam tu.Pak Mat izinkan tapi dengan satu syarat."Terus melebar senyuman Amanda"Amanda,kena janji  jangan bagitahu Puan Sri.Pak Mat takut kena marah."Kata Pak Mat dengan perlahan.

Amanda tergelak kecil"Tentang tu Pak Mat jangan risau,Amanda takkan bagitahu.Janji"Kata Amanda bersungguh-sungguh.Kalau dia bagitahu bukan Pak Mat je yang kena marah.Silap-silap dengan dia sekali yang kena marah

"Lagi satu,lepas je habis shooping jangan lupa call pak mat.Amanda jangan nak pergi ke tempat lain pulak."Pesan Pak Mat dengan nada kerisauan.Amanda hanya mengangguk kepala serta tersenyum manis.

"Amanda pergi dulu,bye Pak Mat."Ibu muda itu terus melangkah masuk dengan hati yang riang.Tak sabar nak shooping barang baby.

*************************

"Sorry korang,flight kita terpaksa ditangguhkan petang ni sebab ada masalah sedikit."Kata Adrian kepada kawan-kawanya sambil mengaru kepala

Mereka semua sudah berada di lapangan terbang Antarabangsa,sampai sahaja disini mereka mendapat berita tentang penerbangan mereka ditangguhkan kerana mempunyai masalah teknikal.

"Arhh...masalah apa pulak!?"Bentak Tengku Aaron dengan kasar.Dari semalam lagi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana memikirkan tentang Amanda dan anak mereka.

"Sabar Bro.....jangan marah.Bukannya kita tak dapat balik."Ujar Ben cuba untuk menenangkan Tengku Aaron.

Tengku Aaron membuang satu keluhan,tempat yang kosong di sebelah Ezra diambil.Mereka 4 hanya memandang satu sama lain.Nak kata lebih-lebih tak boleh,mereka tahu Tengku Aaron sedang memikirkan tentang bekas isterinya.

"Dah jom,kita pergi rehat dulu.Nak tunggu petang,lambat lagi ni."Kata Kelvin,bahu tegap Tengku Aaron ditepuk perlahan.

Agak lama untuk dia bangun kerana tidak senang duduk dan akhirnya Tengku Aaron terus bangkit dan mengekori kawan-kawannya dari arah belakang.

Tambahan pula badannya memang perlukan rehat kerana sudah tidak bermaya.Letih,sedih,menyesal.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now