bab 35

31K 1.4K 37
                                    

"Hmm...bosannya tak ada Aaron."Keluh Adrian yang sedang elok berbaring di atas sofa sambil mendepakan tangan dengan luas

Mereka berempat sedang berada  di banglo milik Kelvin.Bukan Tengku Aaron sahaja mempunyai Villa sendiri di negara ini, kawan-kawannya juga mempunyai rumah masing-masing tetapi mereka lebih gemar berkumpul di kondo milik Tengku Aaron

"Kalau dulu mesti setiap malam-malam kita akan pergi racing."Sambung Ben sambil memandang dinding yang kosong itu

Yang lain hanya mengangguk kepala tanda setuju.Sunyi apabila salah seorang daripada mereka tiada di sini

"Cuba call dia ajak datang ni."Cadang Ezra,lantas Adrian mencapai telefon miliknya.Belum sempat nombor Tengku Aaron ditekan,Kelvin sudah melarang

"Ishh  kau ni,dia tu dah ada isteri.Takkan nak tinggal isteri dia sorang-sorang pulak."

"Dahtu kau nak buat apa?terperap dalam rumah ni macam ayam bakar."Ezra menjeling ke arah Kelvin.Jejaka itu hanya mengangkat bahu lalu menguyah kacang yang berada di dalam balang kaca

"Dah-dah jangan gaduh.Jom kita pergi Villa Aaron,lepak dekat sana."Adrian bangkit  lalu mengambil helmet hitam miliknya yang berada di atas meja makan

"Takpe ke kita pergi Villa dia?Tak menganggu  ke?"Soal Kelvin masih lagi ragu-ragu,yelah Tengku Aaron kan sudah berkhahwin .Mana tahu sekarang mereka sedang bermanja

"Takpe lagipun awal lagi ni,Aaron tak tidur lewat-lewat."Ben berkata lalu jam yang tersarung di tangannya dilihat,baru pukul 9 malam.Tengku Aaron biasanya akan tidur pada pukul 3 pagi

Kelvin hanya menurut cadangan dari kawan-kawannya,lagipun memang dia sedang bosan sekarang

Helmet hitam diambil dan jaket kulit yang berwarna hitam disarungkan di tubuhnya.Mengelakkan daripada terkena kesejukan angin malam

Motorbike milik mereka berempat sudah meluncur keluar dari rumah banglo tersebut

****************************

Pasangan itu  sedang berada di ruang tamu menonton TV.Posisi Amanda sekarang ialah sedang bersandar di dada suaminya sambil  bermain dengan tangan berurat milik Tengku Aaron.Tangan Tengku Aaron pula sedang membelai pipi lembut isterinya.

DING..DONG.Berkerut dahi mereka mendengar loceng yang berbunyi.

"Biar sayang pergi tengok sekejap."Kata Amanda sambil menepuk peha suaminya.Dia segera bangun dan mengatur langkah ke arah depan.

Berkerut dahinya apabila melihat empat jejaka kacak  sedang berdiri di hadapan pintu masuk

"Hai Manda,Aaron ada tak?."Soal  Ezra dengan ramah.

"Eh korang,mari lah masuk.Aaron ada tu depan Tv."Mereka berempat terus melangkah masuk selepas Amanda membuka pintu dengan luas.Kemudian mereka  menuju ke arah ketua mereka yang sedang bersandar di sofa

Terkejut Tengku Aaron apabila melihat kawan-kawannya yang sedang melangkah masuk ke dalam Villa miliknya.Malahan mereka dengan selamba melabuhkan punggung di atas sofa tanpa dijemput

"Korang  dah kenapa datang dekat sini?."Soalnya dengan agak kasar,bukannya dia tidak suka tetapi mereka sudah mengganggu masanya bersama isterinya

Empat jejaka itu terus  mencebikkan bibir,menyampah.Mentang-mentang dah ada isteri

"Saja nak datang,lagi pun kitorang bosan lah kau tak ada.Tak macam dulu."Adrian terus mengadu kepada Tengku Aaron

"Kalau macam tu cari lah isteri senang."Selamba sahaja Tengku Aaron membalas sambil memeluk pinggang isterinya dengan erat.Wajah Amanda sudah merah kerana malu apabila diperlakukan sebegitu.

"Eleh senangnya kau cakap...lagipun single pun tak mati lah."Bidas Ben dengan geram.Walaupun dia kaki perempuan tetapi dia masih lagi belum menjumpai dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri

Gamat ruang tamu itu dengan suara ketawa dari 5 jejaka itu.

"Awak saya masuk bilik dulu,awak borak lah dulu dengan kawan-kawan awak."Pamit Amanda,sebenarnya  tidak selesa kerana dia seorang sahaja kaum hawa disitu.

"Okey...goodnight sayang..nanti aku masuk."Kata Tengku Aaron sambil mencium pipi isterinya.

4 jejaka yang masih single itu menelan air liur melihat perbuataan Tengku Aaron.Mak nak kahwinnnn

"Hm Bro,syarikat daddy kau ada kerja kosang tak?."Soal Kelvin selepas melihat bayangan Amanda sudah menghilang...

Berkerut dahi Tengku Aaron mendengar soalan daripada Kelvin.

"Kenapa kau tanya?."

"Kalau ada,aku nak apply.Bosan tinggal dekat sini 9 bulan tapi tak buat apa-apa.Kalau kerja sekurang-kurangnya ada duit lebih sedikit."Terang Kelvin sambil menyilangkan kaki

"Kau kerja dengan aku jelah,uruskan hal syarikat daddy aku sama-sama.Lagi cepat kerja ni habis,lagi cepat boleh balik dekat Malaysia."Cadang Tengku Aaron,kalau boleh dia nak cepat-cepat siapkan perkara ini.Tidak betah tinggal di sini lama-lama

"Ok Deal."

"Hm Bro,duit untuk kitorang kau tak lupa kan?."Soal Ezra sekaligus  mewakili Ben dan Adrian yang sudah  tersengih.Tengku Aaron menjuihkan bibir.

"Ye,aku tak lupa yang korang punya."Ezra,Ben dan Adrian sudah tersenyum lebar mendengar,mereka tidak berkerja seperti Kelvin yang rajin berkerja kerana duit mereka akan dimasukkan setiap bulan oleh Tengku Aaron

5 jejaka itu terus menghabiskan masa dengan bersembang kosong.Agak sukar untuk mereka bertemu seperti ini kerana esok Tengku Aaron sudah masuk kerja.

Tambahan pula lelaki ini sudah mendirikan rumah tangga.


Kekurangan idea dah ni😂

My Husband BadboyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang