bab 54

38.9K 1.9K 383
                                    

Deruman kereta mewah itu melangkah masuk masuk ke dalam perkarangan banglo tersebut,Adrian melangkah keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah pintu belakang

Pintu dibuka lalu dia mengangkat tubuh Tengku Aaron,dibantu juga oleh Ben.Pintu utama dituju

Mereka berdua memapah tubuh Tengku Aaron lalu merebahkan tubuh sasa itu di atas sofa.Manakala Ezra hanya  mengikuti dari belakang sahaja.Ini lah rutin harian Tengku Aaron setiap malam.Balik dari kerja mesti akan mabuk.

Selepas sahaja bercerai dengan Amanda,lelaki ini seperti tiada arah tuju.Mereka bertiga sudah pening mencari cara untuk mengembalikan Tengku Aaron yang dahulu,bukannnya mereka tidak nasihat tetapi Tengku Aaron langsung tiada mengambil kisah.Sekarang mereka berada di rumah Adrian

"Amanda...Amanda...mana kau sayang,aku rindu kau."Rintih Tengku Aaron dengan mata yang masih lagi terpejam rapat.Tercenggang mereka bertiga mendengar rintihan lelaki itu .

"Aaron..Aaron..bangunlah,kau mabuk ni."Pipi Tengku Aaron ditepuk-tepuk oleh Ben, cuba untuk menyedarkan lelaki itu

"Tak aku tak mabuk!."Tegas dia berkata."Aku rindukan Amanda Bro,rindu sangat.Kalau dulu selepas aku balik kerja mesti aku akan rasa gembira kerana aku dapat jumpa dengan Amanda.Tapi sekarang tak lagi,Villa tu dah jadi sunyi,kosong.Tiada lagi suara merdu Amanda,tiada lagi gurauan dari Amanda.Aku mengaku yang aku bodoh kerana ceraikan dia,aku ego.Aku tipu diri aku sendiri.Aku cakap yang aku tak sayangkan dia,tapi aku tipu Bro.Aku terlalu sayangkan dia.Dia lah permata yang berharga di dalam hidup aku."Luah Tengku Aaron sambil menangis,sungguh sekarang dia berasa sangat menyesal kerana mencerai Amanda

Bukannnya dia tidak pernah mencari pengganti Amanda tetapi sayang semua sikap Amanda tidak di dalam diri wanita lain dan hari ini dia baru sedar yang tiada orang yang boleh mengantikan tempat Amanda di hatinya

Terkejut mereka bertiga melihat Tengku Aaron yang sudah mengalirkan air mata.Hebat betul penangan seorang Amanda sampai boleh buat seorang Tengku Aaron menangis.

"Kitorang mintak maaf Aaron,jika bukan sebab cabaran kitorang pasti kau dah bahagia bersama Amanda."Kata Ezra dengan perlahan sambil menundukkan kepala.Kini mereka sudah sedar dengan kesilapan mereka.Perkara itu memberi impak yang sangat besar kepada Tengku Aaron buktinya tengok lah apa yang terjadi sekarang

Tengku Aaron hanya  tersenyum kelat."Takpe,bukan silap korang pun.Silap aku,aku yang terlalu bodoh kerana terlalu ikutkan ego,aku yang bodoh kerana terlalu ikutkan kata hati.Sekarang kau tengoklah sendiri,akhirnya diri aku sendiri yang terseksa."Dia langsung tidak menyalahi  kawan-kawannya kerana semua ini berlaku kerana dirinya sendiri.Perkara itu boleh ditolak olehnya jika dia betul-betul mencintai Amanda

"Kau dah cari Amanda dekat semua tempat?."Soal Adrian lalu melabuhkan punggung di atas sofa

"Dah.Aku dah cari semua tempat termaksud  bilik sewa dia dahulu tapi  bilik tu dah ada orang lain yang sewa.Aku tak tahu nak cari Amanda dekat mana lagi."Tengku Aaron membuang keluhan yang berat,boleh dikatakan hari-hari dia mencari Amanda,lelaki ini langsung tidak berputus asa

"Takpe Bro,aku yakin suatu hari nanti kau akan berjumpa Amanda.Aku yakin sangat,tapi  sekarang aku nak kau fokus uruskan syarikat daddy kau dulu.Lagi cepat kau habiskan uruskan ni,lagi cepat kau boleh mencari Amanda semula."Kata Adrian yang sedikit memberi semangat.

Tengku Aaron menyeluk telefonya yang berada di dalam poket lalu dikeluarkan,gambar wallpaper telefonnya dipandang.Terpampang gambar Amanda yang diambil olehnya suatu ketika dahulu,gambar itu menunjukkan bekas isterinya yang sedang tersenyum manis.Sumpah dia sangat  rindukan senyuman itu.

"Kau dekat mana sayang?I miss you so much."Rintih hatinya,air mata yang jatuh itu dibiarkan begitu sahaja

Manakala mereka bertiga terus beredar dari situ,biarlah Tengku Aaron melepaskan tangisannya

*************************
Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.Boleh dikatakan sudah lama dia tidak pulang kesini.Bukannya dia tidak mahu pulang,tetapi setiap kali pulang pasti dia akan melihat  bayangan bekas isterinya.

Punggung dilabuhkan di birai katil.Anak matanya tertumpu ke arah sejadah yang elok tersidai di atas palang.Masih hangat lagi di dalam ingatan tentang nasihat Amanda kepada dirinya

Bekas isterinya selalu berpesan kepadanya jangan sesekali tinggalkan solat.Sejahat mana pun kita,solat jangan tinggal.Setiap malam pasti Amanda akan membaca ayat suci Al quran sambil mengusap rambutnya.Arhhh,dia  sangat rindukan waktu itu.

Dia mengaturkan langkah ke arah Almari.Pintu Almari dibuka lalu gaun putih yang tergantung dicapai,gaun itu milik Amanda dan gaun itu juga ialah hadiah pemberian darinya

"Maafkan aku Amanda.Aku menyesal Amanda,aku menyesal kerana ceraikan kau.Aku terseksa sayang,aku terseksa sangat-sangat.Tolong balik semula dekat aku,aku mohon.Aku tak boleh hidup tanpa kau,aku tak kuat Amanda."Ujarnya bersama air mata yang laju mengalir

"Aku janji akan cari semula kau sampai dapat dan time tu aku akan hargai kau betul-betul.Aku Takkan sia-sia kan lagi."Gaun putih itu dipeluk dengan erat lalu badan direbahkan di atas katil.Dibiarkan sahaja gaun itu berada di dalam pelukan.

Biarlah dia tidur bersama wangian Amanda yang masih melekat di gaun itu.







Dah menyesal dah

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now