special chapter 2

45K 2.3K 741
                                    

Langkah dibuka perlahan-lahan mendekati ke arah Tengku Aaron,terkejut dia melihat suaminya sedang mengalirkan air mata sambil matanya tertutup.Bergegas dia berlari naik ke atas katil

"Abang,bangun Abang."Pipi Tengku Aaron diusap lembut,dia masih lagi berusaha mengejutkan lelaki itu tetapi yang hanya dia dapat melihat ialah air mata Tengku Aaron semakin laju mengalir

"Abang bangun."Kali ini Amanda sedikit menjerit sehingga Tengku Aaron tersentak dari tidur.Kelihatan lelaki itu masih terpinga-pinga,peluh memenuhi wajah dan badan Tengku Aaron.Kemudian dia menoleh ke arah sebelah

"Sayang."Tak semena-mena tubuh Amanda dipeluk erat sehingga Amanda boleh rasa yang leher sudah tercekik.Kemudian pelukan itu dibalas erat

"Kenapa abang menangis dalam tidur?Abang mimpi apa?Abang mimpi buruk ke?."Mendengar sahaja soalan dari Amanda dia terus menangis dengan kuat.Dia masih ingat lagi mimpi itu,mimpi yang Amanda dan anak-anak pergi meninggalkannya seorang diri

Dan tangisan itu membuatkan kening Amanda berkerut,sah suaminya bermimpi buruk.Pelukan dileraikan lalu wajah kacak suaminya ditatap lama

"Cuba cakap dekat sayang kenapa abang menangis?Abang mimpi buruk ke sampai menangis ni?."Soal Amanda lagi,peluh suaminya dilap menggunakan tangan.Dia masih lagi menunggu apa jawapan dari Tengku Aaron.

"Abang mimpi yang sayang dan anak-anak pergi tinggalkan abang.Abang takut sangat mimpi itu menjadi realiti dan jika ini mimpi abang sekali ini please jangan kejutkan abang.Biarkan abang terjerumus dalam mimpi indah ini."Berubah wajah Amanda dan tidak lama kemudian dia tergelak kecil.Cuba untuk tidak menguriskan hati suaminya

"Abang ini semua tak mimpi dan sayang dan anak-anak takkan tinggalkan abang seorang diri.Abang ialah jantung hati kami mana mungkin kami akan tinggalkan jatung hati ini.Abang dah lupa yang 2 hari lepas kita berkahwin semula?."Soal Amanda,takkan suami dia lupa kot kejadian bersejarah itu

"Abang takkan lupa dan takkan pernah lupa tapi mimpi tadi itu berasa sangat real.Abang boleh ingat yang abang pergi melawat kubur sayang dan anak-anak.Abang sentuh batu nisan korang."

"Tak abang,itu semua mimpi.Mungkin suatu hari nanti sayang akan pergi meninggalkan abang tapi sekarang sayang masih ada dengan abang.Anak-anak pun ada."Bukan untuk menakutkan suaminya tetapi soal ajal dan maut itu semua di tangan tuhan yang kita langsung tidak tahu

"Sayang jangan cakap macam tu,abang takut."Tubuh Amanda didakap sekali lagi,dia memejam mata.Tidak dapat bayang kalau suatu hari nanti Amanda akan pergi untuk selamanya.

Tubuh belakang suaminya diusap lembut,dia pun takut untuk tinggalkan Tengku Aaron jadi selama waktu masih ada dia akan cuba untuk gunakan sebaik mungkin

****************************
Semenjak mimpi itu Tengku Aaron langsung tidak duduk berjauhan dengan Amanda.Ada kala tu sampai nak ikut masuk di dalam tandas tetapi cepat-cepat Amanda menghalang.

Takkan nak biar Tengku Aaron ikut kut!

"Sayang cepat sikit keluar tandas,abang takut."Laung Tengku Aaron dari luar,dari tadi dia kehulu kehilir menunggu isterinya.Kembar yang sedang tengok papa dia pun naik pening.

Tengku Aaron mendecit,kenapa lambat sangat isteri dia ni?Akibat tidak puas hati dia bergerak ke arah pintu untuk dibuka tetapi belum sempat tombol pintu dipulas pintu bilik air sudah dibuka oleh Amanda sendiri

"Abang ni dah kenapa?Sayang nak mandi pun tak senang tau,sayang mandi je pun bukan pergi mana-mana."Geram betul dia dengan sikap baru Tengku Aaron ni,kalau risau pun tak payahlah sampai macam ni terus.

Dia melangkah masuk ke dalam ruangan wardrobe untuk memakai baju dan langkahnya diikuti oleh Tengku Aaron dari belakang.

"Abang cuma risaukan je sayang."Balas Tengku Aaron pendek,kalau boleh dia nak ikut je Amanda pergi mana-mana.

"Dah keluar sayang anak tukar baju."Tubuh Tengku Aaron ditolak lembut tetapi lelaki itu tidak bergerak sedikit pun malahan sedang tersenyum gatal

"Tukar jelah abang nak tunggu dekat sini."Membulat mata Amanda mendengar,ini bukan risau dah ni,gatal dah ni.

"Keluar kesian anak-anak main sorang-sorang."Tubuh Tengku Aaron ditolak keluar dari ruangan tersebut

"Alah takpe diorang kan kembar so diorang main dengar kembar diorang lah.Sekarang abang nak teman sayang pakai baju."Serentak itu pintu wardrobe ditutup dan sekaligus kedengaran Amanda menjerit memangil namanya

Terkebil-kebil si kembar melihat perlakuan mama dan papanya,tidak lama kemudian dia menyambung bermain sesama sendiri.Nasib Amanda sudah meletakkan mereka di dalam katil bayi,bimbang kalau mereka terjatuh jika diletakkan di atas katil.

*******************************
Langit malam yang dipenuhi dengan bintang ditatap lama.Sekarang dia berada di beranda bilik,saja cari angin selepas selesai menidurkan anak-anak.

Nafas ditarik panjang,sungguh sekarang dia berasa sangat bahagia kerana dikurniakan suami dan anak-anak lelaki yang begitu  cerdik

Tersentak Amanda apabila tubuh dipeluk dari arah belakang.Tanpa menoleh ke belakang dia sudah dapat mengagak siapa itu.Bau haruman sahaja dia sudah tahu

"Sayang buat apa dekat sini hm?."Soal Tengku Aaron,leher terdedah isterinya dicium lama.Tangan kanannya mengusap perut Amanda yang hanya ditutupi dengan bathrobe.

"Saja ambil angin"

"Macam tak percaya kan selepas bermacam-macam dugaan yang kita hadapi dan sekarang kita dapat bersatu kembali."Kata Amanda yang masih belum menoleh ke arah belakang.Tengku Aaron mengangguk kepala tanda bersetuju

"Siapa percayakan yang seorang badboy jatuh cinta dengan budak nerd."Terkekeh Amanda mendengar,lucu betul kalau diingatkan balik tentang mereka waktu dulu.

"Sayang rindu betul sikap abang dulu,walaupun badboy tapi sweet sampaikan  sampai sanggup ceraikan sayang."Terus muncung mulut Tengku Aaron,kenapa Amanda perlu ingatkan perkara dulu

"Please sayang jangan ingat waktu tu,waktu tu abang bodoh lagi sebab ikutkan sangat ego ni.Last-last abang yang menyesal abang yang merayu-rayu meminta peluang kedua.Nasib sayang sudi bagi peluang tu."Amanda memusingkan badan lalu memeluk tubuh Tengku Aaron yang terdedah itu,lelaki itu hanya memakai seluar sahaja

"Amanda sayangkan abang sebab itulah sayang bagi peluang kedua.Walaupun dahulu sayang selalu cakap yang sayang bencikan abang tapi semua itu tipu.Sayang cuba untuk bencikan abang tetapi tak boleh.Hati ini hanya untuk Tengku Aaron Danish seorang sahaja."

Berbunga hati Tengku Aaron mendengar,ubun-ubun isterinya dicium lama.Pasangan itu berbalas pelukan di malam yang sangat indah itu.

"I love you sayang."

"I love you too my badboy."







Cerita ni happy ending ye!!!

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now