bab 71

36.8K 2K 228
                                    

Sudah 2 hari Tengku Aaron deman dan selama dua hari itu jugalah dia tidak keluar dari  bilik.Mungkin dulu sewaktu dia sakit  ada bidadari yang menjaganya tetapi sekarang tidak lagi.

Puan Sri Zaitun melangkah masuk ke dalam bilik anak tunggalnya sambil membawa semangkuk bubur dan sepapan penadol.Dulang itu diletakkan di atas meja lalu dia mendekati ke arah Tengku Aaron.

"Danish..bangun.Danish kena makan ubat dulu."Tubuh anak tunggalnya ditepuk-tepuk dan akibat tepukan wanita itu kelopak mata Tengku Aaron terbuka perlahan-lahan biarpun badannya masih lagi tidak bertenaga.

Puan Sri Zaitun mencapai mangkuk bubur dan dikacau perlahan-lahan,sementara itu Tengku Aaron sedang menyandarkan tubuh di kepala katil.

"Nah makan sikit."Puan Sri Zaitun terus menyuakan satu sudu bubur.Lelaki itu membuka mulut dan menelan makanan itu dengan payah.Ingin sekali dia memuntahkan semula bubur itu tetapi tidak sampai hati pula apabila teringat penat lelah mummynya

Selepas suapan ketiga,Tengku Aaron meletakkan tangan di hapadan wajah mummynya tanda menghalangkan wanita itu menyuap lagi

"Stop,Danish dah taknak.Tak sedap."Kata Tengku Aaron dengan perlahan.Wanita itu hanya tergelak kecil.

"Biasalah tu orang deman,semua makanan dia kata tak sedap."Mangkuk diletakkan semula di atas dulang lalu mengambil 2 biji penadol"Makan penadol ini,nanti sebab sihat."

Tanpa membantah penadol itu terus ditelan dan gelas yang berisi air kosong diteguk sehingga habis.Dia kembali menyandarkan tubuhnya semula,dia tak larat.

"Macam mana boleh deman ini?Danish ada pergi mana ke sampai boleh berjangkit ini?"Soal Puan Sri Zaitun.

"Danish tak pergi mana pun mummy,mungkin deman rindu Amanda dan anak-anak kot."Balas Tengku Aaron dengan perlahan sambil itu dia tersenyum pahit.

Terdiam wanita itu mendengar kata-kata anaknya,bukan Tengku Aaron sahaja yang merindukan mereka tetapi Puan Sri Zaitun juga rindu kepada Amanda dan cucunya.Baginya masa hujung minggu itu tidak cukup untuknya meluangkan masa bersama si kembar itu

"Mummy..."Seru Tengku Aaron perlahan,Puan Sri Zaitun terus mengangkat kepala.

"Danish jahat sangat ke sampaikan Amanda tak boleh langsung pandang muka Danish.Dia layan danish macam orang yang paling dia benci.Dia selalu kata Danish ini jahat,jahat sangat ke Danish?Danish tak mintak banyak pun,cuma Danish mintak yang Amanda kembali semula kepada Danish.Danish rindukan Amanda,setiap hari hati ini merintih memanggil nama Amanda."Puan Sri Zaitun tidak dapat menahan tangisan selepas melihat air mata Tengku Aaron yang turut tumpah.

"Betul ke Amanda dah tawar hati dengan Danish?Danish dah tak ada peluang kedua ke mummy?"Wanita itu memegang tangan anak lelakinya.

"Hati manusia kita tak boleh nak paksa,lagi-lagi hati seperti Amanda.Dulu dia sangat percaya Danish tapi apa yang Danish buat?Susah untuk dia percaya semula kepada Danish.Tapi mummy percaya yang dia masih sayangkan Danish.Jodoh dan maut semua di tangan Tuhan,kita kena percayakan takdir Allah.Andai kata,Danish dan Amanda dah tak ada jodoh,Danish kena terima tapi mummy selalu doakan jodoh kamu berdua panjang,mummy nak tengok anak mummy ini bahagia macam dahulu.Bagi Amanda masa Okey?"Tengku Aaron mengangguk kepala.

Betul cakap mummynya dia tidak boleh selalu memaksa Amanda.Hati manusia tidak boleh dipaksa.

Dia merebahkan kepala di atas peha mummynya,wanita itu hanya tersenyum manis melihat sifat manja Tengku Aaron.

"Jika ditakdirkan Danish dan Amanda tak ada jodoh,Danish tak nak cari penganti Amanda?"Soal Puan Sri Zaitun sambil mengusap rambut lelaki itu.

Saja je dia tanya macam tu

"No!Danish takkan cari orang penganti Amanda,tiada sesiapa yang boleh menggantikan Amanda dalam hidup Danish.Walaupun kami tak ada jodoh sekali pun,Danish tetap akan menunggu sampai akhir hayat Danish."Kata Tengku Aaron dengan tegas.

"Apa keistimewaan Amanda dalam hidup Danish?"Soal Puan Sri Zaitun lagi.Sengaja

"Amanda perempuan terlalu baik yang pernah hadir dalam hidup Danish,dia tak macam perempuan lain.Amanda pandai jaga diri,cantik,baik,lemah lembut cuma Danish je yang bodoh sebab pernah sia-siakan perempuan sebaik itu.Amanda tak pernah memandang serong dengan kehidupan Danish yang dulu malahan dia yang selalu mengajar Danish tentang agama walaupun kadang-kadang Danish tak kisah tentang itu.Semasa kami masih lagi menjadi suami isteri,Amanda tak pernah kisahkan kebahagian dia tetapi dia kisahkan kebahagian Danish suami dia.She My Angel,My precious wife.I love her so much."Luah Tengku Aaron.Dadanya berasa sakit kerana masih lagi menahan tangisan.

Terdiam Puan Sri Zaitun,begitu besar kasih sayang Amanda kepada Tengku Aaron dahulu.Tapi sayang wanita sebaik itu langsung tidak dihargai,dia tahu ego anaknya ini sangat tinggi.

"Danish cerita lah macam mana Danish berjumpa dengan Amanda sampai alam perkahwinan korang.Mummy nak tahu."Ujar wanita itu ceria,dia tidak mahu lagi anaknya tenggelam dalam kesedihan.

Kemudian Tengku Aaron terus bercerita dengan semangat,jelas terpancar kebahagian di wajahnya setiap kali nama Amanda disebut.

***************************
Aiman Muiz membuka pintu bilik Amanda dengan perlahan,dia melangkah masuk dan mendekati ke arah katil.Dahi adiknya dan kedua anak saudaranya disentuh,panas.Si Ibu dan kembar ini sedang deman.

Dia membuang keluhan yang lemah,runsing dia memikirkan perkara ini kerana dia tidak boleh menjaga mereka.

Dia perlu outstation di Sabah selama seminggu tapi takkan dia nak tinggalkan mereka bertiga begitu sahaja.

Amanda membuka kelopak mata perlahan apabila merasakan tidurnya diganggu.Sejurus matanya terbuka luas dia melihat abangnya sudah berada di sebelahnya lantas dia bangun dan bersandarkan di kepala katil.

"Abang dah nak bertolak ke?"Soalnya dengan suara serak-serak basah,dia sudah tahu tentang abangnya yang perlu pergi outstation kerana Aiman Muiz sudah memberitahunya semalam.

"Iye,abang dah nak pergi tapi takkan tinggalkan adik dengan twins dekat rumah ini.Abang risau lah."Katanya resah,wajah pucat Amanda dipandangan kemudian kepala adiknya diusap sayang

"Alah..takpe lah.Bukan Amanda tak biasa tinggal sorang-sorang."

"Tapi Amanda dan anak-anak deman,bukannya abang tak tahu kalau bayi deman macam mana.Pasti meragam je,kalau satu bayi takpe lah jugak ini sampai dua,abang yakin yang Amanda tak larat nak jaga mereka dengan diri sendiri pun Amanda tak larat."

Terdiam Amanda dibuatnya tetapi ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh abangnya.Bayi yang sedang tidak sihat memang kuat meragam,baru semalam mereka menangis tak berhenti-henti.

Namun Amanda langsung tidak mengejutkan Aiman Muiz semalam kerana dia tidak mahu menyusahkan abangnya yang penat pulang kerja.

"Abang rasa adik patut tinggal dengan keluarga Aaron selama seminggu ini.Sekurang-kurangnya keselamatan korang selamat."Cadang Aiman Muiz.

"No!adik tak nak duduk dengan diorang.Adik boleh jaga anak-anak adik sendiri,abang jangan risau.Deman Amanda pun dah nak kebas."Nafi Amanda,padahal demannya semakin melarat.

Aiman Muiz membuang keluhan,keras betul
kepala adiknya,belum sempat dia membalas telefonnya berdering.Segera panggilan itu dijawab.

"Ye ke?Okey kejap-kejap.Aku otw"Katanya  kalut.Pandangan dihalakan ke arah adiknya semula

"Flight abang dah lambat,so sekarang abang kena pergi.Adik jaga diri baik-baik,kalau terjadi apa-apa call abang terus."Pesan Aiman Muiz sebelum mencium dahi adiknya.

"Okey Abang take care."Kata Amanda sambil itu anak matanya menghantar pemergian abangnya.Selepas susuk tubuh itu menghilang dia merebahkan semula tubuhnya ke atas tilam.

Dia memegang dahi anak-anaknya,semakin panas.Ya Allah kau kuatkan hamba mu ini untuk menjaga dua malaikat kecil ini.Doanya di dalam hati.







Keras betul kepala Amanda ni ye????

My Husband BadboyOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz