bab 81(End)

49.6K 2.3K 327
                                    

"Sayang jom masuk bilik,anak-anak dah nak tidur tu."Terhenti percakapan Amanda dan Aiman Muiz apabila ditegur oleh lelaki itu.Bahunya disentuh lembut oleh Tengku Aaron

Kemudian kepala dialihkan untuk memandang ke arah kedua anaknya,ternyata benar memang mata mereka sudah perlahan-lahan mahu tertutup.Mungkin letih sangat

"Betul tu cakap Aaron tu dik,kesian twins abang tengok.Mengantuk sangat tu."Kali ini Aiman Muiz pula berkata.Amanda hanya tersenyum nipis dan menganggukkan kepala

"Kalau macam tu,adik naik bilik dulu.Abang macam mana?tidur sini ke balik rumah?."Soal Amanda kepada abangnya,dia bangun lalu berdiri di sebelah suaminya

"Balik rumah lagipun esok abang ada meeting penting."Terang Aiman Muiz,bukannya dia mahu menolak ajakan adiknya tetapi memang dia tidak boleh tidur di hotel mewah ini.

"Kalau macam tu,abang balik dulu.Selamat pengantin baru adik kesayangan abang."Kepala Amanda diusap sayang.

"Tulah abang,adik suruh cari isteri taknak."Sempat pula Amanda mengusik abangnya namun lelaki itu hanya tersenyum manis.

"Belum ada jodoh adik."Terkekeh pasangan itu ketawa apabila mendengar alasan daripada Aiman Muiz.Takde jodoh ke malas nak cari?

"Aku balik dulu Bro,jaga adik aku elok-elok.Jangan sakitkan hati adik aku lagi."Bahu adik iparnya ditepuk.Tahulah apa yang nak dibuat kalau Tengku Aaron membuat kesalahan lagi.

"No hal Bro,aku sayang gila kot isteri aku takkanlah nak sakitkan hati dia."Kata Tengku Aaron sebelum mencium pipi isterinya bertalu-talu.

Aiman Muiz hanya menjeling ke arah Tengku Aaron,terasa sendu di sini.

"Apa-apa jelah,okeylah aku balik dulu"Pamit jejaka itu sebelum melangkah keluar dari dewan mewah itu.Sudah lewat malam dan tetamu pun perlahan-lahan meminta diri untuk pulang.

"Kesiannya anak papa ni,mengantuk sangat."Tengku Aaron mengambil Tengku Alan Darwish dari pangkuan isterinya selepas kelibat abang iparnya sudah tidak lagi kelihatan

"Jom sayang,kita naik dekat atas."

"Sekejap abang."Terhenti pergerakan Tengku Aaron,dia mengalihkan pandangan ke arah isterinya.Kening diangkat

"Mana mummy abang?."Soal Amanda sambil  mencari kelibat ibu mertuanya.Dia belum sempat berjumpa dengan wanita itu kerana sibuk melayan tetamu yang hadir.

"Mummy dan Daddy dah balik lah sayang,diorang dah jumpa dengan abang tadi.Mummy cakap memang dia nak jumpa dengan sayang tapi tak jadi sebab sayang sibuk sangat melayan tetamu."Terang Tengku Aaron apabila teringat percakapan dia dengan Puan Sri Zaitun sebentar tadi.Tangannya menarik pinggang ramping tersebut sehingga tubuh mereka berlaga

Amanda hanya meng"O"kan sahaja,rasa serba salah pula dengan ibu mertunya tetapi nasib baik wanita itu seorang yang mudah faham dan kerana itulah dia sangat menyayangi Puan Sri Zaitun

Tanpa membuang masa pasangan itu terus melangkah keluar daripada dewan tersebut.Sekarang mereka menuju ke arah bilik hotel yang sudah disewa oleh Tengku Aaron untuk malam ini sahaja kerana suaminya malas untuk pulang ke rumahnya semula.

******************************
Tubuh montel anak-anak lelakinya diletakkan di atas katil yang bersaiz king itu,pakaian yang masih tersarung di tubuh mereka sudah dileraikan dan hanya tinggal pampers sahaja.

"Abang pergi lah mandi dulu,sayang nak tukar baju anak-anak sekejap."Kata Amanda yang masih sibuk mencari baju untuk kembar itu.Nasib dia sudah membawa beg pakaian dari rumah,taklah susah mana.

Tanpa membantah Tengku Aaron terus mengambil tuala yang disediakan lalu mengatur langkah ke arah bilik air.

Sementara menunggu suaminya selesai mandi,dia memakaikan baju tidur untuk kedua anaknya.Kalau tak pakaikan bimbang tubuh mereka sejuk terkena aircord.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now