bab 24

29.2K 1.7K 497
                                    

Ben melihat telefon milik Tengku Aaron yang dari tadi tidak berhenti mendering.Terpampang nama Amanda di screen Iphone tersebut.Tengku Aaron pula sedang berseronok bermain Ps5 bersama Ezra.

"Bro,telefon kau dari tadi tak berhenti berbunyi.Amanda yang call,angkat lah mana tahu penting."Tegur Ben.

"Biar je dia tu."Balas Tengku Aaron,matanya masih lagi memandang screen TV.Berkerut dahi Ben mendengar balasan dari lelaki itu.

"Kau dah kenapa,merajuk dengan Amanda ke?."

"Hm."Dia hanya berdeham.Telefon miliknya berbunyi sekali lagi.Kali ini Adrian yang mengangkat panggilan itu,kerana tidak tahan dengan bunyi bising.

"Hai Amanda."Adrian berkata dengan ceria.Berkerut dahi Amanda mendengar suara yang menjawab  panggilan itu.Suara Adrian bukan suara Tengku Aaron.

"Hai Adrian,err..Aaron ada tak?"Soal Amanda dengan perlahan.Susah betul nak pujuk Tengku Aaron

"Oooo Ada,awak nak cakap dengan dia ke?."

"Boleh bagi telefon ni dekat Aaron.Saya ada sesuatu nak cakap dengan dia."Lantas Adrian berdiri dan mendekati ke arah kawannya itu.Lalu menghulurkan telefon itu kepada Tengku Aaron.

"Nah,Amanda nak cakap."Tengku Aaron mendengus kasar lalu mengambil telefon dan diletakkan di telinga kanannya.Merasa panggilan itu sudah bertukar.Amanda segera berkata.

"Awak,boleh kita jumpa kejap .Saya ada benda nak beritahu awak."Pintanya dengan bersunguh-sungguh.Dari tadi lagi dia tidak senang duduk kerana Tengku Aaron belum mendengar penjelasan yang sebenar.

"Hm,kau nak cakap?Aku busy ni."Rajuk Tengku Aaron.Dia terasa hati dengan gadis ini

Amanda mengaru lehernya,Tengku  Aaron masih lagi dingin dengannya ,pesanan yang dihantar dari petang tadi  masih lagi tidak mendapat balasan.

"Please saya nak jumpa awak sangat-sangat."Rayu Amanda dengan suara yang lembut.

"Hm,kau tunggu aku pergi ambil kau."Amanda terus  tersenyum lebar apabila mendengar balasan dari lelaki itu.Panggilan itu terus ditamatkan .

Tengku Aaron segera bangun lalu jaket  hitamnya dicapai dan disarungkan di tubuhnya.

"Bro,kau nak pergi mana?."Tegur Kelvin yang sedang menguyah makanan

"Pergi jumpa Amanda kejap."Balasnya.Mereka berempat hanya mengangguk kepala.Masing-masing masih single,so baik diamkan dirinya sahaja.

Helmet hitam dipakai dan dia menuju ke arah garaj motor.Kawasaki ninja 300 hitamnya dibonceng dan meluncur keluar dari kawasan rumahnya.

***************************
Selepas dia mendapat pesanan dari Tengku Aaron yang mengatakan lelaki itu sudah menunggunya di tingkat bawah.Bergegas dia turun dan menuju ke arah bawah.

Dari jauh Amanda sudah  melihat Tengku Aaron yang sedang bersandar di motorbike sambil menghisap rokok.Lelaki itu hanya memakai pakaian serba hitam.Jaket,baju tshirt,seluar,kasut semua hitam.

"Sorry sebab awak kena tunggu lama."Dia mengusap belakang lehernya menghilangkan perasaan kekok.

"Hm,kau nak bagitahu apa?"Soal  Tengku Aaron.Asap rokok dilepaskan melalui mulut.

"Pasal lamaran awak,saya setuju."Kata Amanda dengan ikhlas.Tengku Aaron yang sedang bersandar pada motorbike miliknya sekarang berdiri.Puting rokok dibuang begitu sahaja.

"Be....tul ke apa yang a...ku dengar ni?."Tergagap-gapah dia bertanya.Amanda tersenyum manis dan mengangguk kepala.

"Ye,betul apa yang awak dengar.Saya bersedia untuk menjadi isteri awak."Katanya dengan lembut sambil tersenyum.Tidak salah jika dia mengambil keputusan ini.

Perasaan Tengku Aaron ini sangat gembira,bahagia.Dia mengambil kedua belah tangan Amanda dan digenggam dengan kemas.

"Thank you Amanda,aku happy sebab kau boleh terima aku jadi suami kau.Aku harap kau dapat terima baik buruk aku.Aku harap kau dapat  ubah aku.Aku sayang sangat dengan kau."Terpancar seri kebahagian di wajah lelaki itu.

"Awak jangan risau,saya akan ubah awak supaya menjadi lebih baik dan saya pun sayangkan awak."Amanda yakin Tengku Aaron boleh berubah suatu hari nanti.Lelaki ini tidak lah seteruk mana cuma nakal sedikit

"Kau jangan risau,abis je exam kita bincang tentang perkara ini  lebih lanjut.Aku nak kau fokus exam dulu baru fokus pasal  kita."Ujarnya sambil mengusap rambut gadis itu

"Baik awak,hm..takpe lah saya masuk dulu.Esok nak bangun awal."Pamit Amanda

"Okey sweetheart,esok habis exam.Kita jumpa ye."Jari jemari gadis itu diusap dengan sayang .Amanda hanya mengangguk kepala dan terus berpusing ke arah belakang.Bilik sewanya yang berada di tingkat 2 dituju.

Dari jauh Tengku Aaron sudah tersenyum sinis."The game starts now ,Amanda Medina."Katanya selepas melihat bayangan gadis itu semakin menjauh.










Readers be like:

Readers be like:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Husband BadboyWhere stories live. Discover now