bab 67

45.3K 2.4K 266
                                    

Mata dicelikkan perlahan-lahan selepas mendengar pintu bilik itu dibuka oleh seseorang dari arah luar.Berkerut dahinya apabila melihat Tengku Aaron yang melangkah masuk sambil membawa dulang.

Dia bangun lalu menyandarkan tubuh di kepala katil.

"Mana mummy?."Soalnya dengan dingin,bantal dinaikkan sedikit.Membetulkan kedudukan dirinya.

Namun Tengku Aaron hanya tersenyum nipis,dulang tersebut di letakkan di atas meja terlebih dahulu.Pintu dibiarkan terbuka luas

"Mummy pergi melawat kawan dia dekat hospital.So dia mintak tolong saya hantarkan makanan untuk awak."Balas Tengku Aaron lalu mengambil pinggan dan dihulurkan kepada Amanda.

"Nah..makan lah ."Tanpa membalas Amanda terus mengambil huluran tersebut dengan kasar.Sempat dia memberikan jelingan kepada Tengku Aaron

"Mummy kata,awak tak sentuh makanan lagi."Sambung Tengku Aaron,dia masih fokus memandang wajah cantik Amanda.Walaupun masih dalam tempoh berpantang,wajah wanita ini masih lagi mempunyai seri.

Namun Amanda hanya berdeham sahaja,sebenarnya dia tidak selesa dengan Tengku Aaron tambahan pula mereka duduk berdua-duaan macam ini

"Eh..anak papa dah bangun dah..."Kata Tengku Aaron selepas menyedari kedua anaknya sudah membuka mata.Tanpa menunggu lama dia terus mengambil tempat di hujung katil.

Kedua kembar itu baru sahaja bangun dari tidur,tidak berkelip mereka memandang wajah papanya.

"Anak papa lapar ye?Sekejap tau mama tengah makan tu."Katanya sambil bermain dengan tangan kecil anak sulung mereka.

Kadang-kadang tangan kecil itu bawa ke mulut,sekejap cium Sekejap digemam.Dia suka bau tubuh anaknya.Wangi

Amanda terus menghabiskan makanan dengan cepat,dia ingin menyusu kedua anakya.Takut juga nanti anaknya akan menangis kerana lapar.

Selepas makanan dihabiskan,pinggan yang kosong itu diletakkan semula di atas dulang,gelas yang berisi air kosong itu diteguk sehingga tinggal separuh.

"Dah,awak boleh keluar.Saya nak bagi anak-anak saya minum susu pulak."Usir Amanda sambil membetulkan kedudukan.Rambut yang sedikit jatuh diselitkan di tepi telinga

"Apa pulak anak-anak awak,anak-anak kita lah"Amanda melepaskan satu  keluhan,malas betul dia untuk melawan kata-kata Tengku Aaron.

"Awak boleh keluar tak?!Saya nak bagi diorang minum susu ni,kalau awak tak keluar sampai bila-bila diorang tak boleh menyusu "Amanda mengetap gigi,menahan marah.Dia menahan sedikit suara untuk tidak mengejutkan anak-anak mereka

Tidak lama kemudian,Tengku Aaron hanya tersenyum nipis..Kenapa susah sangat Amanda nak terima dia semula?Kemudian dia bergerak ke arah meja untuk mengambil dulang.

"Satu lagi,jangan masuk lagi bilik ni.Saya tak selesa,ingat kita berdua dah tak ada hubungan."Terhenti langkah Tengku Aaron dengan segera dia menoleh ke belakang

"Awak masih lagi tak boleh terima saya?"

"Tak!Saya masih tak boleh terima awak dan takkan terima awak sampai bila-bila.Saya benci tengok muka awak."Kata-kata itu seperti pisau yang tajam tersusuk masuk ke dalam hati Tengku Aaron

Sunyi bilik itu selepas Amanda menghabiskan kata-kata.Tengku Aaron menahan air mata dari mengalir.Amanda pula hanya mengekalkan wajah dingin

"Hm..takpe saya faham.Tapi awak kena ingat yang saya akan tunggu awak sampai bila-bila.Hanya awak yang akan menjadi bidadari untuk saya dan saya takkan pernah jemu untuk menunggu awak."Ucapnya lalu melangkah keluar.Dia tidak mahu memaksa Amanda menerimanya semula tambahan pula bekas isterinya masih lagi dalam tempoh berpantang.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now