bab 31

33.8K 1.6K 188
                                    

Puan Sri  Zaitun mendekati suaminya yang fokus bermain telefon.Entah apa yang orang tua tu tengok.

"Abang."Tempat kosong disebelah suaminya diambil.

"Hm."Tan Sri Tengku Malik masih fokus melihat video hanafi yang sedang viral di tiktok.Kau memang nak kena hanafi!!!

Wanita itu memanjangkan  sedikit leher untuk melihat apa yang ditonton oleh suaminya.

Membulat matanya apabila melihat suaminya sedang mencari biodata tentang hanafi di google,tanpa membuang masa terus  tangannya membelek-belek kepala suaminya

"Awak ni dah kenapa?."Soal Tan Sri Malik lalu menepis tangan isterinya yang sedang membelek kepalanya.Pening

Puan Sri Zaitun melepaskan nafas yang lega"Nasib awak tak sikat rambut tepi macam hanafi."Katanya dengan bersahaja

"Awak tak tengok ke rambut saya ni?Penuh lagi tau lagipun saya tak minat sikat tepi."Katanya sambil menujuk rambutnya yang masih penuh,memang  rambut Tan Sri Tengku Malik masih penuh tetapi sudah menampakkan sedikit uban

"Awak panggil saya tadi kenapa?."

Puan Sri Zaintun melepaskan nafas yang lelah"Abang tak rasa pelik ke,Kenapa anak kita tu tiba-tiba call mintak restu?Selama  ni tak ada pun mintak restu segala."Soal wanita itu kepada suaminya,hampir setiap malam  dia berfikir tentang perkara itu.

Dia cukup kenal dengan perangai anak tunggalnya itu.Jika hendak membuat sesuatu perkara,Tengku Aaron akan lakukan begitu sahaja tanpa meminta segala restu dari mereka,anak lelaki itu langsung  tidak mendengar  cakap mereka.

"Nak pelik kenapa,baguslah dia dah belajar mintak restu.Kan tak mintak restu awak sibuk marah dia.Saya tahu Danish  takkan buat perkara yang bukan-bukan."Balas Tan Sri Tengku Malik sambil memandang semula telefon tersebut

"Saya rasa dia kahwin dekat sana."Tersentak Tan Sri Tengku  Malik mendengar kata-kata daripada isterinya,telefon itu diletakkan di tepi terlebih dahulu.Kepala digelengkan,overthinking  sangat isteri dia ini.

"Ishh,takde lah sampai macam tu."Bahu isterinya dipaut."Danish takkan buat perkara macam tu.Awak sebagai ibu harus  percaya dengan anak kita,danish tu anak yang baik cuma dia nakal je."Sambungnya lagi untuk
menyakinkan wanita itu.

Puan Sri  Zaitun hanya mendiamkan diri sahaja,langsung tidak membalas apa-apa.Naluri  ibunya kuat yang mengatakan anaknya itu ada berbuat perkara di belakang mereka.

"Apa yang kamu dah buat Danish?."Gumannya sendiri.Dia berharap anaknya tidak berbuat perkara yang tidak senonoh.

**************************
Aiman Muiz menatap bingkai gambar yang berada di dalam ruangan bilik tidur  tersebut,gambar mereka bertiga semasa kecil.Aiman Muslim,abang kembarnya yang sulung,Amanda Medina adik kembarnya yang bongsu.Mereka bertiga ialah kembar tiga.

Abang kembarnya sudah lama meninggal dunia kerana lemas sungai.Kejadian itu berlaku kerana  Aiman Muslim  ingin menyelamatkan adik kembarnya,Amanda Medina yang hampir mati lemas.Tetapi malangnya dirinya sendiri yang menjadi korban

Semenjak kejadian itu,semua ahli keluarganya membenci Amanda,mereka mengatakan Amanda ialah  pembawa nasib yang malang

"Abang aku rindu kau.Kenapa kau yang perlu mati bang?Kenapa budak sial tu tak mati?."Ujarnya sambil mengempalkan penumbuk,sekarang dirinya sedang dikuasai oleh dendam.

"Aiman."Namanya dipanggil diseru lalu dia terus menoleh ke belakang.Kelihatan mamanya sedang mendekati ke arahnya,bingkai  gambar itu disimpan semula ke dalam laci.

"Aiman,buat apa tu?."Soal Datin siti lalu melabuhkan punggung di sebelah anak terunanya itu

"Takde apa-apa pun,mama ."Dia membalas dengan nada yang perlahan

Datin Siti yang mendiamkan diri,dia tahu anaknya itu sedang merindukan abang kembarnya.Hakikatnya dia juga sangat merindukan anak sulungnya itu.Walaupun sudah lama Aiman Muslim meninggal dunia,tetapi perasaan rindu kepada anaknya tidak langsung hilang.

"Bukannya budak sial tu dah balik ke dari belajar?.Setahu Aiman dia belajar sambil 3 tahun je."Soal Aiman Muiz yang cuba mengalihkan topik,mendengarkan soalan tersebut Datin Siti terus mencebikkan bibir.

"Entah lah budak sial tu.Malas mama nak ambil tahu pasal dia.Entah-entah dah mampus,takpun dah mengandung anak luar nikah."Dengan lancang dia membalas,dia tidak pernah suka dengan anak perempuannya itu semenjak kejadian meragut nyawa anak sulungnya

"Kalau dia balik dekat sini dengan perut memboyot.Tahu lah Aiman nak buat apa."Sinis Aiman Muiz berkata,di dalam kepalanya sudah penuh dengan rancangan jahatnya

"Dahlah mama tak suka  bercakap pasal budak sial tu.Jom kita pergi makan,mama dah siapkan makanan kegemaran Aiman."Ajak Datin Siti,entah kenapa malam ini mereka bercakap tentang Amanda.

Sudah lama mereka sekeluarga tidak
bercakap tentang gadis itu kerana mereka sudah melupakan gadis itu sepenuhnya.Lantak lah nak hidup ke nak mati

Aiman Muiz hanya memandang susuk tubuh wanita itu yang melangkah keluar.Bingkai gambar itu diambil semula dan dipeluk dengan erat.Tanpa sedar,setitik airmatanya jatuh.

Perangai Aiman Muslim jauh berbeza dengan Aiman Muiz.Aiman Muslim lebih menyayangi Amanda berbanding abang keduanya.

Aiman Muiz tidak menyambung belajar kerana dia malas,lagipun sudah tentu syarikat milik keluarga akan diserahkan juga kepadanya suatu hari nanti.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now