bab 72

37.4K 2.1K 136
                                    

2 hari kemudian

Sejak dari pukul 3.00 petang lagi kembar ini
tidak berhenti menangis,disuakan susu mereka menolak.Amanda pun sudah buntu mencari cara untuk menenangkan mereka berdua,sekarang dia sedang berada di ruang tamu sambil memangku kedua anak lelakinya.

"Ya Allah nak buat macam mana lagi ini?"Soalnya lemah,semakin lama semakin kuat tangisan mereka.Begitu juga Amanda yang turut mengalirkan air mata,bukan kerana dirinya sakit tetapi kerana tidak sanggup melihat anaknya sedang menahan kesakitan.

Ingin sekali dia membawa mereka ke klinik tetapi memikirkan keadaan yang juga tidak sihat,niat itu dibatalkan.Takut nanti terjadi perkara yang tidak dijangka.

Dari hari pertama abangnya pergi outstation kembar itu tidak berhenti menangis,Amanda ingatkan sehari dua deman mereka akan reda tetapi perkara itu tidak seperti yang dijangkakan.

Ting tong.

Dalam masa yang sama,loceng rumahnya berbunyi tetapi diendahkan oleh Amanda.Sekarang dia sedang sibuk meredakan tangisan anaknya.

Melihat mata kembar itu semakin layu,dia meletakkan mereka di atas sofa dengan perlahan.Punggung kecil itu ditepuk dengan perlahan.Kedudukan coolfaver yang melekat  di atas dahi si comel itu diperbetulkan.

Semakin lama,semakin kuat kedengaran loceng berbunyi.Amanda merengus geram,bising betul.Dia risau jika si kembar ini  tersentak dari lena.Lalu dia melangkah mendekati ke arah pintu lalu dibuka.

Kelihatan susuk tubuh Tengku Aaron yang sedang berada di luar pagar,suis pagar ditekan bagi membolehkan lelaki itu melangkah masuk.

Tengku Aaron terus berlari mendekati ke arah Amanda,jelas sekali riak wajah lelaki itu begitu cemas.Semasa dia berada di office dia mendapat panggilan daripada Aiman Muiz,lelaki itu mengatakan bahawa Amanda dan anak-anak mereka sedang deman dan Aiman Muiz terpaksa meninggalkan mereka kerana mempunyai urusan kerja.

Aiman Muiz baru sahaja memberitahunya kerana dari pertama dia sampai di negeri sabah memang dia sibuk sampaikan tidak sempat untuk menelefon Tengku Aaron.

"Apa buat apa dekat sini?."Soal Amanda lemah.Dia menyandarkan tubuh di sisi pintu,wajah kacak Tengku Aaron ditatap lama.

"Aiman call saya dia cakap yang korang bertiga deman.Betul ke?."Dia memandang coolfaver yang melekat di atas dahi Amanda.Comel pulak.

"Deman saya tak teruk mana cuma deman twins yang teruk.Risau saya."Balas Amanda perlahan.Tidak guna jika dia bersikap keras kepala pada waktu ini kerana Tengku Aaron juga mempunyai hak ke atas si kembar itu.

"Kalau macam tu,jom saya bawak korang pergi klinik."

"Eh tak payah..Menyusahkan awak pulak nanti."

"No excuse sayang..Cepat kita pergi klinik,kalau tak suka saya sekurang-kurangnya tolonglah kesiankan anak-anak kita.Mereka kecil lagi,kesian diorang."Pujuk Tengku Aaron  lembut.Keras betul kepala bekas isterinya ini.Nasib sayang.

"Hm yelah...Saya pergi ambil mereka sekejap."Akhirnya Amanda bersetuju dengan cadangan Tengku Aaron.Nak tunggu dia pergi klinik,memang taklah.

Sejurus itu dia melangkah masuk dan mendekati ke arah sofa.Kelihatan kedua anak lelakinya sedang menghisap ibu jari.

Entah bila masa diorang bangun,tadi tidur

"Kita pergi klinik ye sayang,papa dah ada datang"Kata Amanda separuh berbisik.Kemudian dia mengangkat tubuh kecil Tengku Alan Darwish dan berjalan menuju ke arah pintu.

"Awak pegang Darwish dulu,saya nak ambil Danial pulak."Tengku Aaron menyambut huluran Amanda.Sebaik sahaja kulit Tengku Alan Darwish bersentuh dengan kulitnya boleh terasa haba panas si kecil itu.

My Husband BadboyOù les histoires vivent. Découvrez maintenant