bab 7

33.8K 1.9K 141
                                    

Selepas kejadian tersebut,terus dia mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sewanya.Gila kau nak pergi kelas dengan baju yang dah terkena telur.

Dia melihat pantulan dirinya di cermin bilik air.Air matanya segera  bergenang di kelopak mata,sudah  beberapa kali dia menangis kerana mengingati kejadian yang memalukan itu.

"Kenapa hidup aku macam ni?ada family dibenci.Lepastu selalu kena buli."Desis hatinya.Penat.Ye,dia penat kerana diperlakukan seperti itu.Dia juga mahu merasai kehidupan yang normal seperti orang lain.

Malas untuk berfikir panjang,lantas dia membuang pakaian untuk membersihkan diri.Sudah berbau badannya kerana kesan lemparan telur sudah kering,rambutnya juga sudah menjadi keras.Dia pulang ke bilik sewanya dengan berjalan kaki,nak naik kenderaan awam tak boleh.Lihat saja penampilan dirinya,memang tak lah orang nak bagi dia menaiki kenderaan awam.

********************

Amanda melangkah keluar dari bilik air lalu mendekati ke arah almari pakaian.Dia hanya memakai tuala paras dada,semasa hendak membuka pintu almari,telefonnya berbunyi.TING,menandakan satu pesanan masuk.Lantas iphone x miliknya diambil.

Unknowon number
-Pagi esok kalau kau tak ada depan mata aku,siap kau.

Berkerut dahinya apabila mendapat pesanan ringkas itu daripada nombor asing.Laju dia membalas.

Amanda
-Maaf ni siapa ya?

Dia membalas menggunakan bahasa melayu kerana penghantar mesej itu juga menggunakan bahasa yang sama

Unknown number
-Boss baru kau.

Tanpa membalas pesanan itu,dia sungguh mengeluh.Sudah tahu siapa yang menghantar  pesanan itu.Siapa lagi kalau bukan Tengku Aaron.

"Memang nasib kau Amanda,nak tak nak kau kena terim."Gadis itu membuang satu keluhan yang lemah"Takpa kau boleh bertahan,lagipun cuma tinggal  satu tahun lagi.Lepastu kau akan bebas dari mamat tu."Ujarnya sendiri,cuba untuk memberi kata-kata semangat untuk dirinya.

Telefon itu dilemparkan di atas katil,lantas bergerak semula ke arah almari mencari pakaian untuk dipakai.Gadis itu membuang keluhan,tak pasal-pasal hari ini dia ponteng kelas,tambahan pula Exam semakin dekat.Ini semua salah Tengku Aaron.

***********************
"Arhh,tak guna punya perempuan.Boleh dia bluetick je chat aku."Bentak Tengku Aaron,iphone 12 pro itu dilempar di atas meja dengan kasar.Menahan marah.

Berkerut dahi mereka melihat amukan daripada ketuanya.Tak balas chat je pun tapi mengamuk macam hilang anak.

"Kau dah kenapa mengamuk macam tu sekali?Mesti kau dah jatuh cinta dengan dia kan."Ejek Adrian sambil meneguk air pepsi.

"Aku jatuh cinta.HAHAHAHAHAH.Taste aku tinggi Bro,bukan macam perempuan NERD tu."Tengku Aaron membalas dengan sinis,perkataan NERD ditekankan

"Kalau jatuh cinta cakap jelah Bro,boleh angkat jadi isteri."Kelvin juga menambah,kening dijongketkan.

"No,aku takkan jatuh cinta dengan dia."Tengku Aaron membangkang dengan keras.Dia benci melihat wajah polos gadis  itu.Tetapi dia akui wajah Amanda sangat cantik,sejuk mata memandang.Mereka berempat hanya mendiamkan diri,malas untuk melawan Tengku Aaron.Bukan diorang boleh menang pun.

"Korang nak tengok tak video Amanda tadi?."Soal Ezra.Video itu sudah tersebar di group universiti mereka.Siapa lagi yang sebarkan kalau bukan dia.

"Nak...Nakk..Mana video tu?."Balas Ben dengan riak teruja.Langsung tiada belas kasihan kepada gadis itu.Ezra langsung menujukkan video tersebut kepada kawan-kawannya.

Gamat kondo mewah Tengku Aaron dengan suara ketawa 5 jejaka tersebut."Hahahahah,kau tengok muka dia.Hahahahah kesian pulak aku tengok."Kata Adrian dengan ketawa yang masih bersisi.

"Padan muka perempuan tu,siapa suruh dia cari pasal dengan aku."Tutur Tengku Aaron,sebatang rokok diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.Pemetik api diambil dan dinyalakan di hujung rokok.Berkepuk-kepuk asap memenuhi ruang tamu tersebut.Walaupun dia seorang perokok tetapi dia memang menitik beratkan tentang kesihatan,buktinya bibir Tengku Aaron merah sahaja bukan seperti bibir perokok lain.

"Kalau macam tu,kita kena kacau dia lagi lah .Best lah pulak."Kata Ben dengan riak yang nakal.Ezra dan Ben terus mengangguk kepala,tanda setuju

Kelvin pula hanya mendiamkan diri sahaja,tak angguk tak geleng.Hati kecilnya jatuh kesian melihat gadis itu selalu dibuli.Dari awal sem sampai sekarang,ada sahaja orang yang akan membulinya.Pernah suatu saat dia melihat Amanda menangis seorang diri di belakang blok universiti.Mungkin penat kerana selalu dibuli.

"Dah jom,pergi racing."Ajak Tengku Aaron  lalu bangkit dan mengambil helmet miliknya.4 jejaka itu terus mengekori ketuanya.Memang itu aktiviti mereka,tidak kira siang atau malam.
Tetapi mereka racing  di tempat yang betul.Tengku Aaron yang  menyewa tempat mewah itu,tambahan pulak 5 jejaka tersebut ialah daripada golongan VVIP.Boleh keluar dan masuk sesuka hati.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now