bab 70

41.5K 2.1K 163
                                    

Beberapa bulan kemudian

Sudah 4 bulan Amanda meninggalkan Villa tersebut,kini dia tinggal bersama abangnya.Anak-anaknya dijaga sepenuhnya olehnya kerana dia sudah tidak lagi berkerja di cafe milik keluarga bekas mertuanya

Semakin hari semakin lincah kembar itu,tipulah jika dia kata tidak penat melayan karenah kembar,tetapi dia akur kerana dia yang membuat keputusan ini,Aiman Muiz pula sibuk menguruskan syarikat keluarga mereka.

Amanda melabuhkan punggung di atas sofa,dia melepaskan satu keluhan lemah.Penat kerana seharian mengemas satu rumah serta menjaga twins.Dia bangun dan duduk bersila di lantai di tepi anak kembarnya.Mereka sedang bergurau antara satu sama lain.

"Anak mama buat apa tu?"Pipi kembar itu dicium,dia bernasib baik kerana hari ini mereka tidak meracau seperti selalu.

Tangan Tengku Alan Darwish memegang dada mamanya,seperti sudah dapat mengagak apa yang diinginkan oleh bayi itu,lantas 2 botol susu bersaiz sederhana yang berada di atas meja dicapai.

Memang mereka masih minum susu badan tetapi susu diberikan melalui botol kerana dia tidak boleh lagi menyusu dada.Yelah semakin hari,semakin besar budak-budak itu.

Jadi setiap malam Amanda akan pam dahulu susu dan diletakkan di dalam paket untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.Jadi kalau mahu ambil sahaja dan panaskan

Terus puting botol disuakan ke dalam mulut mereka,kiri kanan tangannya memegang botol susu tersebut.Sedang ralit memberi susu,loceng rumahnya berbunyi.

Berkerut dahinya,pelik.Nak kata abangnya bukan,setahunya Aiman Muiz akan membawa kunci pendua,kerana lelaki itu sering pulang lewat.Tanpa melengahkan waktu,terus dia bangun dan menuju ke arah pintu.

Kembar ditinggalkan sebentar

Pintu dikuak dan dari jauh dia dapat melihat Tengku Aaron sedang berdiri di luar pagar lalu butang automatik ditekan.Perlahan-lahan pintu pagar itu dibuka.

"Assalamualaikum awak,anak-anak ada?"Soal Tengku Aaron yang sekarang berada di hadapan Amanda tetapi masih lagi ada jarak antara mereka

"Walaikumussalam ada.Sekejap saya pergi ambil"Amanda terus berlari masuk ke dalam rumah.Tidak sampai 5 minit dia keluar semula sambil memangku tubuh kedua anaknya.

Sebenarnya takut jugak dia apabila terpaksa memangku kedua sekali.

Melihat kesukaran Amanda terus putera sulungnya diambil dari dukungan bekas isterinya.Amanda menyarungkan selipar dan melangkah keluar,takkan nak jemput Tengku Aaron masuk.

Lelaki itu mengekori langkah Amanda yang sekarang menuju ke arah Gazebo.

"Hm..awak datang dekat sini kenapa?"Soal Amanda.Tengku Aaron hanya tersenyum nipis,nampak sangat Amanda tidak suka dengan kehadirannya.

"Saya rindukan anak-anak dan mama dia sekali."Ujarnya sambil menatap anak mata Amanda namun wanita hanya berdeham menghilangakan rasa yang tidak selesa.

"Kan hujung minggu saya selalu bawak diorang pergi rumah mummy.Tak cukup lagi ke?"

"Tak cukup dan tidak pernah cukup.Walaupun hari minggu awak datang rumah mummy tapi masih lagi tidak boleh hilangkan rasa rindu.Yang saya mahukan ialah setiap kali saya pulang ke kerja,saya dapat menatap wajah anak-anak saya dan wajah awak.Saya rindukan awak dan anak-anak.Setiap hari saya rasa sunyi,setiap malam saya rindukan tangisan anak-anak,saya rindukan suara awak.Amanda."

Luah Tengku Aaron.Separuh dirinya seperti sudah mati apabila merindukan keluarga kecilnya.Hidupnya tidak sempurna tanpa mereka.

"Awak jangan nak mengarut lah Tengku Aaron,saya tak suka"Cantas Amanda dingin.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now