bab 51

39.7K 1.9K 269
                                    

Amanda membuka kelopak mata perlahan-lahan.Berkerut dahinya apabila dia memegang kepalanya dan berbalut.

"Erhhh,aku dekat mana ni?"Guman Amanda sendiri.Badan disandarkan di kepala katil dengan perlahan.Tak boleh kuat-kuat kerana   kesan pukulan mamanya masih terasa,tidak lama kemudian pintu wad dibuka

Dia melihat seorang wanita yang sudah berusia tetapi masih cantik mula melangkah masuk dengan senyuman yang manis,dia hanya menundukkan kepala sambil bermain jari-jemarinya,segan lah pulak

"Amanda."Seru Puan Sri Zaitun perlahan,dia melabuhkan punggung di hujung katil.Amanda terus mengangkat kepala dengan wajah yang terpinga-pinga,macam  mana dia boleh tahu nama aku?

"Ye saya."Balasnya dengan perlahan.Puan Sri Zaitun hanya tersenyum manis.Cantik wanita muda ini,sejuk mata memandang.

"Auntie nak mintak maaf dari pihak suami auntie  kerana terlanggar Amanda.Tapi sumpah suami auntie tak sengaja,dia tak nampak disebabkan hujan lebat.Nasib kandungan Amanda,tak jadi apa-apa.Auntie mintak maaf sayang."Tangan Amanda dicapai dan diusap lembut.

Amanda terpaku apabila mendengarkan esakan kecil dari wanita itu."Ya Allah auntie,jangan macam ni.Amanda tak marah pun,salah Amanda jugak sebab melintas tak tengok kiri kanan.Auntie jangan menangis."Puan Sri Zaitun mengelap sisi air mata,dia tergelak kecil.Macam mana boleh menangis ni

Hatinya kecilnya tersentuh dengan sikap wanita muda ini.

"Mulia sungguh hati Amanda.Dahlah cantik,baik pulak tu.Untung suami Amanda."Amanda hanya tersenyum kelat mendengar pujian wanita tua itu.Suami pun tak ada

"Auntie bila saya boleh keluar.?"

"Petang nanti,Amanda dah boleh keluar."Balas Puan Sri Zaitun."Nanti Amanda balik naik apa?Suami datang jemput ke?"Soalnya

Air mata Amanda sudah bertakung mendengarkan pertanyaan dari wanita itu.Dia cukup sensitif apabila diajukan soalan tentang suami.Tanpa semana-mana air matanya jatuh setitik demi setik

"Ya Allah,Amanda kenapa menangis ni?Auntie tersilap cakap ke?"Kalut Puan Sri Zaitun bertanya,dia bangun lalu berdiri di sebelah Amanda

"Saya dah tak ada sesiapa lagi auntie.Suami saya dah ceraikan saya.Keluarga saya dah buang saya.Saya hidup sebatang kara sahaja."Luah Amanda sambil menangis,kepala ditundukkan ke bawah

Tersentak Puan Sri Zaitun mendengarkan luahan Amanda.Begitu berat ujian wanita ini,Diceraikan sewaktu mengandung dan dibuang keluarga

"Ya Allah,begitu besar ujian Amanda.Kesian Amanda.Jangan menangis dah,perempuan mengandung tak boleh menangis.Nanti baby pun sedih.Mulai hari ini,Amanda akan tinggal bersama auntie.Jadi anak auntie."Tubuh Amanda ditarik dan dimasukkan ke dalam pelukan

Amanda membalas pelukan tersebut,dia terharu kerana disaat orang membuangnya.Masih ada lagi orang yang sudi mengambilnya."Terima kasih auntie,kerana sudi mengambil Amanda disaat orang lain mula membenci Amanda."

"Shuhh..Taknak cakap macam tu dah.Anak mummy tak boleh menangis lagi dah."Sisa Air mata Amanda disapu dengan hujung jarinya

"Mummy ?"Berkerut dahi Amanda apabila wanita tua itu membahasakan dirinya"mummy "

Puan Sri Zaitun tersenyum manis dan menganggukkan kepala"Mulai hari ini auntie nak Amanda panggil mummy kerana Amanda dah jadi anak mummy ."Ujarnya dengan senyuman,rambut panjang itu diusap lembut

Terus melebar senyuman Amanda.Sekali lagi tubuh wanita itu dipeluk erat,Puan Sri Zaitun hanya tersenyum,entah kenapa dia tertarik
dengan wanita ini.Dia rasa sayang kepada wanita muda ini.Tambahan pula dia tiada anak perempuan hanya ada anak lelaki seorang sahaja

"Dah jom kemas,nanti kita balik rumah mummy."Amanda hanya mengangguk kepala.

**********************

Keteta Villfire yang berwarna hitam itu meluncur masuk ke dalam perkarangan Villa yang cukup mewah itu.Terlopong mulut Amanda melihat Villa tersebut.Sama seperti Villa Tengku Aaron tetapi Villa Puan Sri Zaitun lebih besar.

"Jom Amanda kita masuk,jangan malu-malu."Pelawa Puan Sri Zaitun,tangan Amanda ditarik dan mereka melangkah masuk.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk,setiap sudut Villa tersebut diperhati,terlalu  luas dan terlalu mewah.Tambahan pula warna dinding Villa ini hitam keemasan.Menampakkan lebih elegen.

"Kak Timah,mari sini sekejap."Laung Puan Sri Zaitun.Amanda hanya mengendahkan sahaja,anak matanya masih fokus memerhati Villa ini

Tidak lama kemudian seorang wanita dalam lingkungan 50-an berlari keluar dari arah dapur.

"Ye Puan Sri.Kenapa?"Tanya wanita yang bernama Fatimah itu atau dipanggil Timah.

"Saya nak cakap sesuatu ni.Di sebelah saya ini nama dia Amanda dan mulai hari ini Amanda adalah ahli keluarga kita.Saya harap kak timah boleh berkenalan dengan Amanda lebih rapat."Ujar Puan Sri Zaitun dengan lembut,sememangnya dia bukan majikan yang sombong.

"Apa khabar mak cik?Saya Amanda."Tangan tua Mak Cik Timah disalam dengan hormat.Puan Sri Zaitun hanya tersenyum melihat sikap Amanda yang pandai menghormati orang tua.

"Khabar baik nak.Cantiknya Amanda"Puji Mak cik Timah ikhlas.Matanya langsung tidak lari dari memandang wajah cantik Amanda .

Amanda pula hanya tersenyum,memang dia cantik pun

"Kak Timah boleh tunjukkan bilik Amanda dekat atas yang bersebelahan bilik Danish."Arah Puan Sri Zaitun kepada wanita tua itu

Berkerut dahi Amanda apabila mendengar nama lelaki yang keluar dari mulut Puan Sri Zaitun.Auntie ada anak lain ke?

"Boleh Puan Sri.Jom Amanda kita naik atas."Bagasi milik Amanda dicapai.

"Eh,takpe mak cik Timah,beg ni biar Amanda yang bawak sendiri."Larang Amanda,bagasi yang dipegang oleh Mak Cik Timah diambil semula.Beg sendiri,sendiri bawak lah.

"Tapi kesian Amanda..."Belum sempat Mak cik Timah menyambung,Amanda sudah menyampuk."Takpe,ini beg Amanda,biar Amanda yang angkat.Alah bukan berat pun."

"Kalau macam tu,mak cik Timah tak boleh nak kata apa."Amanda tersenyum kemenangan.

"Dah jom,kita naik."Dia hanya mengekori setiap langkah wanita itu dari arah belakang.

"Kalau dapat menantu macam Amanda kan best."Monolog Puan Sri Zaitun seorang diri.Siapa je yang tidak jatuh sayang dengan sikap Amanda yang sopan dan menghormati orang tua.

Double update

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now