bab 6

34.1K 1.9K 51
                                    

Mata-mata milik gadis di universiti  itu memandang ke arah  Tengku Aaron dan kawan-kawannya yang sedang berjalan di tengah dataran itu sambil memasukkan tangan di dalam poket seluar.Tengku Aaron yang memakai pakaian serba hitam itu,menyerlahkan lagi auranya.

"Hai baby."Salah seorang diva di universiti itu mendekati ke arah Tengku Aaron.

"Kau nak apa perempuan?Ketua aku tak layan perempuan yang sudah ditebuk."Kasar Ben bertanya,perkataan DITEBUK ditekankan.

Sally juga warganegara Malaysia  yang menyambung pelajaran di negara asing ini.Nama sebenar ialah Sarimah tetapi dia menukar nama panggilan kerana merasakan nama itu  tidak sesuai dengan dirinya.Dia juga sudah  lama dia memendam perasaan kepada Tengku Aaron tetapi jejaka ini langsung tidak membalas perasaan itu.

"Eii suka hati I lah,yang you nak sibuk ni kenapa?."Tanya Sally dengan gedik lalu memeluk lengan sasa Tengku Aaron.Segera pelukan itu dileraikan oleh Tengku Aaron.Dia tidak suka dengan sikap gadis ini.Gadis ke?

"Mohon sedar diri ye,Aaron taknak pun dengan kau.Dahlah hodoh."Sembur Adrian.Kata-kata Adrian disambut dengan ketawa yang kuat oleh mereka.

Sally menghentakkan kaki lalu berlalu pergi.Dia tidak suka kepada kawan-kawan Tengku Aaron.Penyibuk.

5 jejaka itu sudah tersenyum sinis.Walaupun mereka playboy,tetapi taste mereka tetap mahu gadis yang pandai menjaga diri.

"Ben,kau dah buat apa yang aku suruh semalam?."Tanya Tengku Aaron mendatar.

"Siap boss.Tunggu kita semua pergi tengok je."Ben membalas.

"Jom lah,tunggu apa lagi."Ajak Ezra dengan riak yang teruja.Terus mereka berlima bergerak menuju kearah dewan kuliah.Tidak sabar untuk melihat perkara yang akan terjadi.

***********************
Amanda berjalan dengan santai.Masih awal untuk masuk ke dalam dewan.Entah kenapa hari ini,dia berasa untuk menghadiri ke kelas lebih awal dari biasa.

Pintu dewan dipandang lama.Hatinya berasa was-was sahaja."Arhh,takde apa-apa lah."Desis hati kecilnya.Pintu dewan dibuka.Dan

BUSH.Satu baldi air sudah membasahi tubuh gadis itu.Bukan itu saja,5 butir telur juga dilemparkan ke arahnya.Amanda memejamkan mata kerana merasakan satu cecair hangat yang memasuki rongga matanya.

"Hahahahahah hahaha"Gamat satu dewan itu dengan suara ketawa orang ramai.Mata dibuka dengan perlahan-lahan,dia melihat Tengku Aaron sedang santai bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

Kelopak matanya sudah bergenang  tunggu masa sahaja untuk memecahkan tangisan.Bukan itu sahaja,dia juga malu kerana semua classmatenya sedang merakam  kejadian yang berlaku terhadap dirinya.

Tengku Aaron segera bangkit dan mendekati ke arah Amanda yang masih lagi berdiri di hadapan pintu masuk.Dia sudah lama perasan gadis itu sedang menahan tangisan.Badan ditundukkan sedikit untuk menyamai ketinggian dengan gadis itu.Lalu dia berbisik di tepi telinga.

"Tu baru sikit tau,lepas ni kau akan terima yang lebih parah jika kau ingkar perintah aku.So aku nak kau jadi kuli aku.Faham?"Itu bukan pertanyaan tapi arahan.

Amanda masih lagi mendiamkan diri.Tengku Aaron segera mencengkam bahu kiri gadis itu dengan kuat.Berkerut dahi Amanda menahan kesakitan.

"Kau faham ke tak?"Dia bertanya dengan keras,cengkaman itu diperkuatkan .Laju sahaja Amanda menganggukkan kepala.Dia tahu jejaka ini boleh buat apa sahaja yang dia mahu.

"Good girl."Rambut kusut Amanda diusap-usap lembut."Dah...jom kita blah."Ujar Tengku Aaron kepada kawan-kawannya.Bahu gadis itu dirempuh dengan kasar.

Tengku Aaron dan kawan-kawannya segera melangkah keluar dari dewan itu,meninggalkan gadis itu seorang diri yang menjadi tatapan ramai.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now