bab 8

33K 2K 91
                                    

Selesai sahaja mengemas buku nota yang bersepah di atas meja,Amanda terus merebahkan badan ke atas katil.Jam di dinding dipandang sekejap.

Sudah pukul 3 pagi,dia terpaksa berjaga untuk mengulang kaji kerana tinggal  beberapa bulan lagi untuk final exam,dan tinggal beberapa bulan lagi untuk dia menamatkan pelajaran.

Belum sempat mata ditutup,telefonnya berdering dengan kuat.Amanda merengus kasar.Orang nak tidur,baru nak call.

Tanpa melihat siapa  yang berada di talian,panggilan itu diangkat dan telefon  diletakkan di tepi telinga sambil memejamkan mata.Dia sangat mengantuk.

"Aku nak kau hantar makanan dekat kondo aku.NOW."Tanpa memberi salam Tengku Aaron terus menerjah.

"Awak tak  tengok ke dah pukul berapa?Esok saya ada kelas lah.Saya nak tidur."Amanda mengetapkan gigi.Geram dengan lelaki ini,langsung tidak melihat waktu.Agak-agak lah kalau nak buli pun.

"Tak kira,aku nak kau hantar sekarang.Kalau tak,mati kau esok."Ugut Tengku Aaron.Belum sempat dia membalas,lelaki itu sudah menamatkan panggilan.

"Kurang ajar punya jantan,aku potong telur baru tahu."Amanda hanya berani mengata di belakang sahaja.Tidak berani untuk mengata depan-depan.

Amanda mendecit,geram dengan sikap lelaki ini.Suka memaksa.Tanpa membuang masa beg duit dan telefon disambar lalu melangkah keluar.Dia hanya memakai hoodie dan seluar tidur.Nak tak nak dia harus menurut kata-kata lelaki itu.Kan tak pasal-pasal kejadian kelmarin berulang semula.Mujur kondo milik Tengku Aaron tidak jauh mana.

***********************
Amanda sudah berada di hadapan pintu kondo milik Tengku Aaron.Semasa perjalanan ke sini,dia sempat singgah dia 7E yang berada di tepi bangunan itu.Dia hanya membeli roti dan sekotak air susu.

Loceng ditekan beberapa kali,tetapi susuk tubuh  lelaki itu masih belum kelihatan.Semakin lama,semakin kuat dia menekan butang loceng.

Klik.Pintu dibuka dari arah dalam.Kelihatan Tengku Aaron melangkah keluar dengan hanya memakai seluar pendek dan baju singlet hitam.Amanda meneguk air liur,seksa matanya melihat tubuh sado milik Tengku Aaron.

"Kau memang tak  reti nak sabar ke?."Bentak Tengku Aaron sambil berpeluk tubuh.Berkerut dahi gadis itu....Aiii,dia yang lambat  aku yang kena marah.

"Nah,roti dan air susu."Plastik yang berisi makanan itu dihulurkan kepada Tengku Aaron.

Plastik itu diambil kasar oleh Tengku Aaron sekali  dengan pakej jelingan yang tajam.

"Dah saya nak balik dulu,esok ada kelas.."Belum sempat dia membuka langkah untuk pergi.Penutup hoodienya ditarik dari arah belakang.Secara automatik badan Amanda sudah melekap dengan tubuh lelaki itu.

"Kau nak pergi mana?Sebelum balik kau perlu teman aku siapkan tugasan dulu."Tengku Aaron memberi arahan.Terbeliak mata Amanda.Sah lelaki ini memang gila.

"Awak dah gila ke?saya ni perempuan tak elok masuk rumah lelaki."Dia membalas dengan kasar.Wajah kacak Tengku Aaron dipandang sekilas.

"Ada aku kisah."Terus tubuh langsing Amanda diangkat dan dimasukkan ke dalam kondo mewah itu.Menjerit-jerit  Amanda apabila diperlakukan begitu.

"Arhh,awak lepas lah.Tolong lah jangan buat saya macam ni."Rayu Amanda menahan tangisan.Dia takut duduk berdua-duaan dengan lelaki ini.

Tengku Aaron terus melemparkan tugasan di atas meja dengan kasar.

"Tolong buat tugasan tu sampai sampai habis."Arah Tengku Aaron.

"Taknak."Amanda membalas sambil berpeluk tubuh.Tadi cakap suruh teman,ni mintak tolong siapakan  pula.

Melihat air muka Tengku Aaron yang sudah berubah.Terus tugasan itu disambar,dia duduk bersila di atas karpet yang berdekatan sofa dengan sofa.Dia hadapannya ada sebuah meja kaca.

"Mana pen?Pen pun tak ada,baik tak payah belajar."Kata Amanda dengan sinis.Tergaman Tengku Aaron mendengar kata-kata gadis itu.Memang kurang ajar.

"Nah."Sebatang pen dilemparkan tepat terkena dahi Amanda"Lain kali mintak elok-elok,kan tak pasal-pasal malam ni aku terkam kau."Perkataan terkam ditekankan sedikit.

Tengku Aaron menahan daripada ketawa selepas melihat Amanda yang tergopoh-gopoh menyiapkan tugasan miliknya.Tahu takut.

Tengku Aaron pula terlalu  fokus memandang wajah Amanda,sangat cantik.Tambahan pula Amanda yang memakai hoodie oversaiz.Nampak comel.Kepala terus digelengkan kerana merasakan dia sudah terlalai melihat wajah gadis itu.

Apa yang dah jadi dengan kau Aaron?Kau tak boleh jatuh cinta dengan perempuan ni,bukan taste kau.Monolog hati kecilnya.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now