bab 12

34K 2K 167
                                    

Riuh suasana di gelanggang dengan sorokan dari peminat Tengku Aaron.Mana tak riuh apabila melihat tubuh lelaki itu dipenuhi dengan peluh.Menambahkan lagi auranya tambahan pula Tengku Aaron memakai band rambut yang berwarna hitam.

"Haish,hensem jugak dia ni."Amanda berguman seorang diri.Lelaki itu yang hanya memakai baju tanpa lengan.Menampakkan bicepsnya yang seksi itu.Peluk merintik-rintik di wajah,apabila Tengku Aaron menjilat bibirnya yang seksi itu,semua pelajar perempuan menjerit seperti terkena histeria.Amanda hanya mampu menjerit di dalam hati.

PRITTT.Wisel berbunyi bermaksud sudah masuk waktu  rehat untuk semua pemain.Semua ahli kumpulan  Tengku Aaron melangkah mendekati ke arah  bangku untuk mengisi tenaga semula.

"Ha,penat aku.Hebat jugak pihak lawan tu.Ada ke patut dia tolak  aku.Memang nak kena potong telur."Ben membebel sambil bercekak pinggang,termengah -mengah dia

"Tulah,tu yang nombor 9 tu.Ada ke patut dia tepuk punggung aku.Dia cakap aku seksi.Bodoh dia ingat aqu ke gay."Adrian memuncungkan mulut menunjukkan ke arah pihak lawannya.

Mereka terus monoleh termasuk Amanda.Kelihatan pihak lawan yang bernombor 9 itu sedang mengeyitkan mata kepada Adrian.

"Eii,geli aku sial.Yang itu elok humban dalam api neraka."Ezra berkata sambil membuat gaya hendak muntah.Pecah ketawa mereka,riuh.

"Kau tak reti nak lap peluh aku ke?."Kedengaran suara Tengku Aaron di sebelahnya.Amanda menoleh dan melihat Tengku Aaron sudah berada di sebelahnya,peluh memenuhi wajahnya.Walaupun lelaki ini berpeluh tetapi  berbau wangi.Bau maskulin.

"Kain tuala ada dalam beg aku."Amanda terus membuka zip beg sukan Tengku Aaron dan mengambil satu tuala kecil berwarna biru.
Amanda masih lagi teragak-agak untuk mengelap peluh Tengku Aaron.Ramai kot dalam dewan ni,malu dia.

Dia menoleh ke arah kanan untuk melihat kawan-kawan Tengku Aaron.Mereka masih lagi berseronok membalas genyitan mata daripada lelaki tadi.

Amanda menghesotkan sedikit badan untuk mendekati Tengku Aaron.Tangan di naikkan sedikit  dan mengelap peluh lelaki itu dengan perlahan-lahan.Jantungnya berdegup dengan pantas seperti di pam laju,dup dap dup dap.Tangannya juga  berketar-ketar.

Tengku Aaron pula tetap fokus memerhati wajah gadis itu dari jarak yang dekat.Bohong lah kalau dia cakap wajah Amanda tidak cantik.

Amanda yang terlalu leka mengelap peluh,tanpa disedari mereka berdua bertentangan mata.Diam

Terasa di dalam dunia ini hanya mereka berdua yang ada.Tangan Tengku Aaron sudah mula naik dengan perlahan-lahan,ingin  mengusap pipi lembut milik gadis itu.Amanda pula bagai dipukau selepas melihat anak mata Tengku Aaron yang begitu cantik.Warna hazel.Belum sempat tangan itu menyentuh pipi Amanda.

PRITTT.Bunyi wisel yang menyedari mereka berdua. Amanda terus menolak tubuh sasa itu lalu menjauhkan diri .Wajahnya sudah menjadi merah.Malu.Dia bernasib baik kerana kawasan rehat tersebut agak jauh dari penonton.

Tengku Aaron berdeham menghilangkan rasa segan,hakikatnya jantungnya juga berdegup dengan pantas.Akibat panahan mata Amanda semua benda dia lupa termaksud lupa ingin  bertanya tentang sebab kenapa pipi Amanda boleh bengkak.

"Aku  nak pergi dah ni.Nanti balik,kau balik dengan aku."Tengku Aaron berkata sambil mengusap rambut Amanda dengan lembut.Gadis itu masih lagi mendiamkan diri,langsung tidak membalas kerana dia masih segan.

Tengku Aaron terus melangkah masuk semula ke gelanggang,permainan masih lagi diteruskan.Kumpulan  Tengku Aaron lebih mendahului daripada pihak lawan.

Jejaka itu menoleh ke arah Amanda,dia tersenyum manis lalu mengeyitkan mata.

Membulat Amanda melihat tindakan itu lalu dia menundukkan kepala.Arhhh,kenapa Tengku Aaron selalu buat dia cair.Dia melihat keadaan sekeliling,peminat Tengku Aaron langsung tidak menyedari perbuataan idola mereka.Nasib baik.

Sekali lagi Amanda memandang ke arah Tengku Aaron,kali ini lelaki itu memuncungkan bibir dan diakhiri dengan bunyi.MUAH.Hanya dia dan lelaki itu sahaja yang faham dengan bahasa isyarat itu.

Amanda terus melarikan pemandangan ke arah lain,dia malu.Malu sangat.Tengku Aaron pula hanya tergelak kecil melihat wajah gadis itu yang sudah bertukar merah.Kenapa comel sangat ni.Monolog Tengku Aaron.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now