bab 52

38.6K 1.8K 311
                                    

Puan Sri Zaitun sekarang berada di dapur bersama mak cik Timah.Mereka sedang menyediakan bahan untuk memasak makan malam.Wanita ini bukan seperti majikan lain,yang malas masak.Semua makanan di Villa ini dimasak olehnya.Mak cik timah pula hanya menolong yang ringan-ringan sahaja

"Er,Puan Sri saya nak tanya satu soalan boleh?"Tanya Mak cik Timah dengan perlahan,tangannya masih lincah memotong bawang.Dari tadi dia ingin bertanya tentang ini tapi takut pulak kalau Puan Sri Zaitun marah dia.

"Boleh je,tanya apa tu?"Soal Puan Sri Zaitun kembali,bekas garam dicapai dicubitkan sedikit lalu dimasukkan ke dalam masakan

"Er,Amanda tu mengandung ke?"Terhenti pergerakan Puan Sri Zaitun apabila mendapat soalan sebegitu senduk diletakkan semula di periuk.Badan dipusingkan ke arah belakang,anak matanya tepat memandang Mak Cik Timah

Akibat takut dengan pandangan maut Puan Sri Zaitun,Mak cik timah terus menundukkan pandangan

"Iye,Amanda mengandung."Tak salah dia memberitahu,lagipun bukannya Amanda mengandung anak haram."Tapi akak jangan fikir yang bukan-bukan.Amanda mengandung anak yang sah di sisi agama,cuma dia diceraikan oleh suaminya."Sambung Puan Sri Zaitun yang tidak mahu wanita ini bersangka buruk

Tergaman Mak cik Timah mendengar.Begitu besar ujian ibu muda itu."Ya Allah,kesiannya Amanda.Sampai hati suami dia buat macam tu,memang tak ada hati perut langsung."Kutuk wanita tua itu,bawang tumbuk-tumbuk seperti sedang membayangkan bawang itu ialah wajah bekas suami Amanda.tak guna punya jantan!

"Hm itulah,memang tak guna lelaki macam tu.Apa kurangnya Amanda pun saya tak tahu.Nak kata tak cantik,cantik.Hormat orang tua.Ishh tak faham betul dengan bekas suami dia tu."Puan Sri Zaitun melepaskan geram,jantan tu kalau potong telur pun tak menyesal.

"Sekarang Amanda dah tak ada siapa-siapa dah.Keluarga dia pun dah buang dia,sekarang dia cuma ada kita sahaja.Saya harap akak boleh layan dia dengan elok."Ujar Puan Sri Zaitun lalu membalikkan semula tubuhnya semula,kan hangus masakan dia tak makan lah jawapannya

"Yang tu jangan risau,saya memang dah berkenan dengan budak tu.Baik sangat.Apa kata Puan Sri jodohkan  dengan Danish  je."Gurau  Mak cik timah,terkekeh dia ketawa

"Hajatnya macam tu lah kak,tapi saya tak boleh buat apa-apa keputusan.Lagipun Danish pun belum balik dekat sini lagi."Bercakap tentang Danish,terbit rasa rindu kepada anak tunggalnya itu.

Mak Cik timah hanya menganggukkan kepala.

"Dah cepat masak,nanti suami saya balik makanan tak ada lagi.Merajuk pulak orang tua tu."Gurau Puan Sri Zaitun.

Mak cik timah hanya tergelak lalu menyambung memotong bawang,dari tadi potong tak siap-siap

********************
Amanda melangkah keluar dari bilik air lalu melabuhkan punggung di atas katil.Badan di sandarkan di kepala katil.

Sungguh dia cukup penat apabila terpaksa ulang-ulang dari tandas,semenjak  kandungannya semakin membesar,alahannya juga semakin menjadi-jadi.

Langsung tidak boleh duduk diam,pasti rasa mual akan datang.Minyak angin yang berada di dalam beg diambil lalu diletakkan sedikit di kepala.

"Anak mama jangan macam ni,mama tak kuat lah nak hadap sorang-sorang.Sepatutnya papa mesti ada bersama kita pada waktu macam ni,teman mama.Usap perut mama,tapi jodoh kami tak panjang."Sayu sahaja suara wanita itu

"Anak mama jangan risau,mama takkan tinggalkan sayang sorang-sorang."Sambungnya sambil mengusap perut yang semakin membentuk

Apabila mengingati nasib yang ditimpa pasti air matanya bergenang.Salahkah dia mencari secebis kebahagian?Tidak layakkah dirinya mendapat kebahagian?

"Kenapa awak buat saya macam ni Aaron,apa salah saya?Kenapa awak buat maruah saya nampak macam murah?Kenapa awak bagi saya satu harapan yang tinggi?Jika saya boleh undurkan masa,saya tak mintak banyak.Saya hanya mahu mintak semoga saya tak dipertemukan orang seperti awak.Saya mintak semoga kita tidak pernah kenal antara satu  sama lain."Rintih Amanda berseorangan

Dia akui,dia sangat lemah.Lemah jika berkait tentang Tengku Aaron.

Niat Puan Sri Zaitun ingin membuka pintu bilik Amanda terbatal  selepas mendengar esakan dari wanita itu.Terus pintu bilik itu dibuka dengan kasar,bimbang jika sesuatu terjadi kepada Amanda.

"Ya Allah,Amanda kenapa macam ni nak?"Bertambah risau dia melihat Amanda sedang menangis teresak-esak sambil memegang perutnya."Amanda sakit ke nak?Jom kita pergi hospital."Lengan Amanda dipegang dan dipaksa untuk berdiri.

Amanda memegang lengan Puan Sri Zaitun dan menggeleng.Sisa air mata disapu."Takpe mummy,amanda tak sakit pun.Amanda okey je."Katanya dengan perlahan,wanita itu bersusah payah cuba untuk mengukirkan senyuman

"Habistu kenapa Amanda menangis?"Tanya Puan Sri Zaitun dengan perlahan.Punggung dilabuhkan di sebelah Amanda.

"Tak ada apa-apa pun mummy.Biasalah sejak-sejak mengandung ni mudah sikit menangis."Nafi Amanda sambil tergelak kecil,kalau boleh dia tidak mahu Puan Sri Zaitun tahu.

Puan Sri Zaitun hanya mendiamkan diri,dia tidak mahu memaksa wanita itu bercerita tentang hal yang sebenar

"Dah jom kita pergi makan.Daddy pun dah balik cuma dia tunggu Amanda turun je."Kata Puan Sri Zaitun yang cuba mengembalikan suasana yang ceria.

"Tan Sri dah balik?Hm Amanda takut."Kepala ditundukkan semula,sungguh dia berdebar lagipun dia belum pernah berjumpa dengan suami kepada wanita ini

Puan Sri Zaitun mencapai tangan Amanda dan diusap.

"Dah tak payah takut,daddy dah tahu tentang Amanda.Daddy tak marah pun,lagi dia suka adalah."Dia sudah meminta  izin suaminya untuk mengajak Amanda tinggal bersama dan dia cukup bertuah kerana suaminya sudah memberi keizinan selepas dia menceritakan tentang kisah hidup wanita ini.

"Dah jom cepat,baby dah lapar tu.Kesian baby lapar."Tanpa sempat Amanda membalas,Puan Sri sudah memotong.

Akhirnya dia hanya ikutkan sahaja,tangannya yang ditarik oleh Puan Sri Zaitun dibiarkan sahaja

My Husband BadboyTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon