bab 46

38.5K 1.9K 312
                                    

Kolar baju Tengku Aaron ditarik kasar oleh Kelvin lalu lelaki itu melemparkan tubuh sasa itu sehingga jatuh ke lantai dan

BUK...BUKK..BUKK.Wajah kacak Tengku Aaron ditumbuk bertalu-talu.Tengku Aaron juga tidak mengalah,perut Kelvin ditendang dengan kuat.Dia bangun lalu menumbuk wajah Kelvin juga ditumbak berkali-kali.

"Woi,korang dah kenapa?"Mereka bertiga berlari mendapatkan kawan-kawannya lalu terus meleraikan pergaduhan tersebut.Ezra dan Adrian memegang Tengku Aaron manakala Ben memegang Kelvin.Jika dibiarkam  lagi memang mati 2 orang itu

"Kau memang jantan paling sial yang aku pernah jumpa.Sanggup kau ceraikan isteri kau semata-mata kerana satu cabaran.Kau memang bodoh Tengku Aaron.Aku harap suatu hari nanti kau akan tahu apa erti penyesalan.Aku malas nak cakap panjang lebar dengan orang yang bodoh dan ego macam kau.Mulai hari ini,aku berhenti berkerja dengan kau dan aku takkan berkawan dengan orang macam kau lagi!"Ujar Kelvin dengan kuat,dia cuba untuk meleraikan pegangan tersebut tetapi pegangan Ben terlalu kemas

"Sanggup kau putuskan persahabatan kita
semata-mata seorang perempuan."Ujar Adrian,jelas sekali dia kecewa.Dia tidak sangka dengan ucapan Kelvin

"Ye aku sanggup.Sebab aku lagi tak sanggup untuk berkawan dengan korang yang terlalu bodoh.Sanggup ketepikan perasaan seorang wanita.Korang memang bodoh,buat cabaran yang langsung tidak mendatangkan faedah.Takpe korang jangan risau.Karma is real Bro."Sinis Kelvin berkata,pegangan Ben diretap dengan kasar lalu dia mendekati ke arah Amanda yang masih terduduk di lantai.

Kesian dia melihat wanita itu yang masih lagi menangis teresak-esak.Mungkin dia tidak percaya dengan situasi yang berlaku

"Amanda,bangun.Kemas semua pakaian kau,Aku akan bawak kau keluar dari rumah puaka ni."Arah Kelvin dengan tegas.

Amanda yang dari tadi terduduk terus bangun berdiri.Sisa air mata di sapu,dia tidak boleh menampakkan dirinya lemah,yang mudah menangis kerana lelaki seperti Tengku Aaron.

Tanpa melihat wajah bekas suaminya dia terus menuju ke arah bilik tidur,perut yang masih lagi kempis itu disentuh lembut

Sampai sahaja di ruangan bilik,semua pakaian miliknya yang berada di dalam wardrobe diambil dan dimasukkan di dalam bagasi.Dia tidak  perlu mengambil masa yang lama kerana pakaian miliknya sangat sedikit.Selebihnya pakaian-pakaian yang dipakai selama ini hanya dari pemberian Tengku Aaron.

Air matanya  masih lagi tidak berhenti mengalir."Ya Allah,kenapa engkau bagi ujian yang terlalu berat kepada hamba mu ini?Aku tak kuat Ya Allah,aku tak kuat.Aku mohon Ya Allah engkau berikan aku kekuatan untuk menempuh semua ujian ini."Rintah Amanda sambil memegang perutnya,selepas itu telapak tangan diletakkan di wajahnya,tersedu-sedu dia menangis

Hampir 3 minit berada di dalam keadaan begitu,dia bangun lalu mengambil bagasi yang tidak terlalu besar dan menuju ke arah tingkat bawah.

Sampai sahaja di bawah dia  mengaturkan langkah ke arah bekas suaminya yang sedang duduk di atas sofa.Cincin perkahwinan mereka dileraikan dari jari runcingnya dan diletakkan di atas meja

"Terima kasih untuk semua ini walaupun perkahwinan kita tidak sampai setahun.Saya bahagia,bahagia sangat.Awak layan saya dengan baik,awak suami yang baik.Langsung tidak pernah naikkan suara kepada saya,halalkan semua makan minum saya selama kita pernah kenal.Awak jangan risau semua barang yang bagi kepada saya selama ini,saya tak ambil itu  semua hak awak.Dan untuk kali terakhir  saya harap awak dapat berjumpa dengan perempuan yang sempurna,yang tulus cintakan awak.Jaga diri awak,saya akan selalu mendoakan  kebahagian awak.Saya pergi dulu.Terima kasih untuk semua."Sayu Amanda berkata sambil menatap wajah Tengku Aaron untuk kali terakhir

Tengku Aaron pula hanya mengendahkan kata-kata Amanda walaupun sebenarnya hatinya sangat sakit apabila mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Amanda.

"Kau jangan risau Aaron,aku akan uruskan penceraian korang.Jumpa di mahkamah."Kata Kelvin dengan sinis lalu mengambil bagasi milik Amanda dan melangkah keluar.

Sekarang mereka berdua sedang menuju ke arah Kereta BMW milik Kelvin lalu kereta mewah itu meluncur keluar dari perkarangan Villa mewah itu

"Korang pergi balik dulu."Arah Tengku Aaron dengan mendatar,sekarang dia tiada mood.Stress dan sakit hati

Tanpa membantah Ben,Ezra dan Adrian terus melangkah keluar,takut hendak tinggal di situ lama-lama kerana mereka tahu mood Tengku Aaron tidak berapa elok.

SUNYI.Itulah suasana di Villa itu sekarang,pandangan Tengku Aaron  tertumpu ke arah cincin yang dipulangkan oleh bekas isterinya.

"Arhh,kenapa kau nak sedih pulak ni?Kau tak cintakan dia kan.Sekarang kau dah leraikan ikatan ni.So kau dah berjaya.Ingat Tengku Aaron,kau tak cintakan dia."Guman Tengku Aaron sendiri.Kepala disandarkan di kepala sofa.Tanpa sedar setitik air mata jatuh.

******************
2 minggu sudah berlalu........

Kelvin hanya tenang memandu,sekarang mereka sedang menuju ke arah airport.Tujuannya kerana ingin menghantar Amanda,wanita itu sudah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.Kata Amanda tiada guna lagi  dia tinggal disini lagi.Penceraian dia dan Tengku Aaron pun sudah selesai.

Selepas kejadian malam itu,Amanda tinggal di rumah Kelvin.Lelaki ini yang menyuruh,manakala Kelvin tinggal di hotel sementara menunggu kes penceraian mereka diselesaikan.

"Amanda,aku harap kau terus kuat untuk teruskan hidup ni.Jangan sesekali jadi lemah hanya kerana seorang lelaki.Insyallah kau akan jumpa kebahagian suatu hari nanti."Tersentak lamunan Amanda apabila mendengar kata-kata dari Kelvin.Dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu dan hanya tersenyum nipis.

"Thanks,Kelvin sebab banyak tolong saya dari dulu sampai sekarang.Awak baik sangat,untung perempuan yang dapat awak.Dahlah handsome baik pulak tu."Puji Amanda,jika dahulu Kelvin seorang playboy sekarang tidak lagi

"Hm boleh saya mintak tolong sesuatu?."Soal Amanda dengan perlahan.

"Kalau boleh tunaikan,aku tunaikan."

"Saya nak mintak tolong awak jagakan Aaron.Jika dia ada buat perkara yang tak elok,tolong halang dia.Saya tahu Aaron baik.Baik sangat tetapi dia cuma tidak
pandai untuk membuat keputusan.Satu lagi
jika dia sudah jumpa pengganti saya.Tolong sampaikan kepada dia,cakap dekat dia yang saya selalu doakan kebahagian untuk dia .Dia layak untuk bahagia dengan orang lain."Pesan Amanda dengan air mata yang mengalir.Setiap kali teringat tentang ini pasti air matanya akan mudah jatuh

Kelvin memandang sekilas wajah wanita itu.Sungguh mulia hati Amanda,tetap mendoakan kebahagian untuk bekas suaminya walaupun dia disakiti

Amanda menyentuh perutnya yang masih lagi kempis."Sekarang kita hidup berdua je baby,takpe suatu hari nanti mama akan pastikan.Awak akan berjumpa dengan papa awak."Guman Amanda sendiri,cukup dia sendiri sahaja yang mendengar.

Kepala disandarkan di tepi tingkap lalu memejamkan mata.Kepalanya mencucuk sakit,mungkin kerana banyak kali menangis







Saya tukar tentang kenderaan  Kelvin,sebab chapter sebelum tu saya buat Kelvin naik motor.So saya tukar dia naik kereta.

Kelvin tak balik malaysia ye,Amanda sorang je.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now