bab 73

37.8K 2.1K 83
                                    

Kereta milik Tengku Aaron laju meluncur masuk ke dalam perkarangan Villa mewah tersebut selepas itu kereta diletakkan di garaj yang berada tidak jauh dari halaman utama.

"Jom,kita dah sampai."Tengku Aaron melepaskan seltbelt lalu beg pakaian milik Amanda dan twins yang berada di seat belakang dicapai.Selepas pulang dari klinik mereka sempat singgah di rumah Amanda untuk mengambil barang keperluan wanita itu  dan anak-anaknya

Terutama sekali botol susu dan pakaian mereka

"Mummy dah tahu ke yang saya nak tinggal dekat sini?."Soal Amanda dengan nada yang cukup perlahan.Kadang-kadang dia mencari
kelibat wanita itu tetapi tiada namun Tengku Aaron hanya tersenyum manis.

"Dah,saya dah call mummy masa dekat klinik tadi.Mummy pun setuju dengan cadangan saya,dia pun risaukan awak dengan baby."Balas Tengku Aaron sambil itu dia membuka langkah mendekati ke arah pintu Villa.

Amanda hanya meng'O'kan sahaja,dia juga turut mengikuti langkah lelaki itu.Tidak lama kemudian mereka sudah sampai di hadapan pintu.Belum sempat Tengku Aaron memegang tombol pintu,pintu tersebut sudah dibuka dari arah dalam.

"Ya Allah Amanda..Sampai pun,mummy risau betul selepas Danish call tadi.Dia cakap Amanda dengan anak-anak deman,nak tercabut jantung mummy dengar."Lantas tubuh Amanda ditarik ke dalam pelukan sampaikan kembar tersempit di tengah.

Tengku Aaron hanya mengeleng melihat perangai wanita itu.Over betul.

"Amanda okey je mummy,cuma deman biasa je.Tak payah risau lah."Balas Amanda sambil tersenyum.Puan Sri Zaitun hanya mengangguk kepala selepas melepaskan pelukan tersebut

"Dah jom masuk,panas ni.Kesian cucu mummy."Tanpa membantah mereka berdua terus melangkah masuk dan bergerak ke arah ruang tamu.Punggung dilabuhkan di atas sofa

"Kesiannya dengan cucu nenek ni.Dua-dua deman."Kata Puan Sri Zaitun sambil mengusap pipi Tengku Alan Darwish selepas bayi itu diambil dari pangkuan Amanda

"Mereka tak banyak ragam ke masa deman ini Amanda?."Soal Puan Sri Zaitun,anak mata bekas menantunya ditatap sekilas.

"Banyak jugak ragam diorang,malam-malam mesti menangis.Bila Amanda bagi susu diorang taknak,kadang-kadang sampai pukul 5 pagi diorang menangis."

"Lepastu Amanda buat apa?"

"Amanda bacakan zikir untuk diorang,Allhamdulillah selepas itu diorang dah boleh tidur."Jatuh kesian Puan Sri Zaitun melihat kesungguhan single mom itu untuk menjaga kedua anaknya,dia tahu bukan senang untuk menjaga bayi yang masih kecil.

"Kesian Amanda kan,dahlah mengandung sorang-sorang.Jaga anak pun sorang-sorang,mesti Amanda penat kan?"Tengku Aaron hanya menundukkan kepala,dia tahu ayat itu disindirkan kepadanya.

"Penat lah jugak mummy tapi selepas lihat wajah Darwish dan Danial hilang rasa penat tu.Betul lah apa orang lain cakap kalau melihat wajah anak boleh hilangkan penat lelah."Puan Sri Zaitun hanya mengangguk tanda setuju.

"Dah..jom kita pergi masuk bilik,kesian pulak mummy tengok cucu mummy dah tertidur ini."Kata wanita itu,inilah satu tabiat dirinya.Jika bersembang memang tak ingat dunia.

Amanda hanya mengekori langkah Puan Sri Zaitun dari arah belakang.Sekarang mereka  menuju ke arah bilik bawah.Dia menggunakan bilik yang sama ketika dia berpantang dahulu

Tengku Aaron juga tidak ketinggalan,ada je dekat belakang tu.

"Amanda rehat lah dulu,kesian mummy tengok Amanda dah berpeluh dahi.Panas."Ujar wanita itu sambil membetulkan kedudukan kedua cucunya yang berada di atas katil.

"Hm..yelah mummy."Amanda juga turut merebahkan badan,dia mengambil tempat paling hujung di sebelah kanan.

Dalam masa yang sama Tengku Aaron pula sedang memperkemaskan kedudukan di sebelah Tengku Alan Danial.Bantal diletakkan seperti menjadi dinding pertahanan.Takut nanti terjadi apa-apa.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now