bab 78

40.6K 2.2K 575
                                    

Amanda hanya mengekori setiap langkah abangnya yang mula melangkah masuk ke dalam masjid tersebut,Tengku Alan Darwish didukung oleh Amanda manakala  Tengku Alan Danial didukung oleh abangnya.

Jelas kelihatan wajah wanita itu begitu murung kerana hari ini dia terpaksa  melihat Tengku Aaron berkahwin untuk kali kedua tetapi bukan dengannya.

Jujur dia mengatakan yang dia masih belum sanggup untuk melihat Tengku Aaron berbahagia dengan wanita lain.Tetapi dalam masa yang sama salahnya jugak kerana langsung tidak memberikan lelaki itu peluang kedua.

"Adik jom masuk,semua orang dah ada tu."Tegur Aiman Muiz kepada Amanda yang asyik mengelamun,jatuh kesian dia melihat keadaan Amanda yang lebih banyak termenung dari berbual

Dia juga tahu tentang perkara ini tetapi dia tidak boleh melarang lelaki itu kerana Tengku Aaron sudah bertemu dengan jodoh sebenarnya.

"Abang pergi dekat bahagian lelaki dulu."Ujar  Aiman Muiz sambil menyerahkan anak saudaranya kepada adiknya,lantas dia bergerak ke arah bahagian lelaki.

"Amanda."Wanita itu terus menoleh ke arah kanan selepas namanya diseru,kelihatan Puan Sri Zaitun mendekati ke arahnya.

"Mummy sihat?."Soal Amanda dengan senyuman manis.Sudah lama dia tidak bertemu dengan bekas mertuanya.

"Sihat alhamdulillah,Amanda pula sihat?."

"Sihat je mummy."Puan Sri Zaitun hanya menganggukkan kepala lalu mengambil cucunya dan dibawa ke riba.Lama betul dia tidak jumpa dengan cucunya ini,maklumlah dia sibuk membuat hantaran perkahwinan Tengku Aaron.

"Seronok lah mummy dapat menantu baru."Usik Amanda dengan senyuman yang dibuat-buat.

Namun Puan Sri Zaitun hanya tersenyum nipis"Kalau boleh mummy nak hanya Amanda yang  menjadi menantu dalam keluarga kami tetapi mummy tak boleh halang dengan keputusan Danish.Sejujurnya Mummy kecewa dengan perbuataan Danish dulu,kalau dia tak buat perangai mesti Amanda dah jadi sebahagian daripada keluarga ini."Luah wanita,tubuh belakang anaknya ditatap lama.Itu kali pertama dia melihat Tengku Aaron memakai baju melayu berwarna putih

"Mummy jangan cakap macam tu,Amanda tahu lambat-laun mummy akan boleh terima isteri baru Aaron.Mungkin jodoh Amanda dan Aaron sampai di sini sahaja,takpe Amanda dah redha.Bukan semua cinta akan bersatu sampai ke akhir,Aaron pun dah bahagia dengan pasangan dia yang baru.Mummy janganlah sedih."Tangan Puan Sri Zaitun digenggam erat,cuba untuk menenangkan wanita itu walhal dirinya sendiri yang tidak senang.

Belum sempat Puan Sri Zaitu menyambung,satu suara sudah mencelah"Mummy!"

Terkejut dua wanita itu apabila disergah secara tiba-tiba oleh Tengku Aaron.Lelaki itu segera duduk berlutut di hadapan mummy

"Kenapa ni Danish?Ada masalah ke?."

"Kita ada masalah besar mummy,pihak perempuan tak datang lagi!Danish dah cuba call tapi tiada sesiapa yang angkat!"Terkejut Amanda mendengar kata-kata Tengku Aaron tapi yang peliknya wajah jejaka itu tenang sahaja.Tak risau langsung

"Habis tu macam mana ni Danish?Takkan nak batalkan majlis ni,malu mummy dan daddy nanti."Kali ini Puan Sri Zaitun pula memainkan peranan.

Kemudian pandangan Puan Sri Zaitun dan Tengku Aaron terus tertumpu ke arah Amanda bersama senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Amanda boleh tolong Mummy untuk kali ini?."Tangan Amanda digenggam erat,nak tergelak dia melihat wajah terpinga-pinga Amanda

"Tolong apa tu mummy?."

"Tolong jadi isteri kepada Danish untuk kali ini,Mummy merayu sangat-sangat.Mummy tahu Amanda masih sayangkan Danish,tak salahkan Amanda bagi Danish peluang yang terakhir?."Wajah Puan Sri Zaitun berubah menjadi sayu.

My Husband BadboyTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon