bab 49

36.3K 1.8K 208
                                    

MALAYSIA

Amanda mengelap peluh yang mengalir di wajahnya,dari pagi tadi lagi dia melakukan semua kerja rumah.Tambahan pula banglo keluarganya boleh tahan besar.Sudah 2 bulan  dia tinggal di sini,dan selama itulah dia diperlakukan seperti ini,tidak ubah seperti orang gaji

Wanita itu menyandarkan badan di dinding bilik air,satu keluhan yang lemah dilepaskan.Dia baru sahaja selesai membersihkan bilik air yang terakhir.

Perutnya yang semakin membentuk diusap lembut.Lambat laun pasti perkara ini akan terbongkar.Perkara minggu lepas terlintas di fikirannya

FLASHBACK

"Kenapa aku tengok badan kau semakin besar eh?perut kau pun semakin ke depan."Tersentak Amanda yang sedang membuat kerja rumah  apabila tiba-tiba ditegur oleh mamanya.

"Er....amanda makan banyak sangat kot,sebab tu semakin gemuk."Balas Amanda dengan perlahan.Sisi bajunya dicengkam kuat.Datin Siti hanya memandang pelik ke arah anak bongsunya.Macam tak logik

"Takpe kali ni,aku percaya.Tapi kalau suatu hari nanti,aku tahu kau mengandung.Siap kau.Memang anak haram ini dengan kau sekali akan aku bunuh."Ugut Datin Siti dengan tegas sebelum berlalu pergi

Badan Amanda sudah menggigil hebat.Dia takut perkara ini akan terbongkar.Setiap malam dia selalu berfikir tentang perkara ini,dia  sudah buntu memikirkan cara untuk menyembunyikan kandungan ini

End flashback.

"Amanda..oo Amanda.Kau dekat mana ha!?"Tersentak lamunan Amanda selepas mendengar jeritan mamanya.Bergegas dia berdiri dan berlari ke arah ruang tamu.

"Ke...na..pa mama?"Mencerlung mata Datin Siti melihat anak bongsunya."Eh kau pergi mana ha?kau tahu tak aku lapar?Kau pergi berehat kan?Dasar pemalas."Dahi Amanda ditunjal-tunjal,sakit hati betul dia apabila melihat tiada makanan di atas meja.

Aiman Muiz hanya tersenyum sinis melihat adiknya diperlakukan begitu.Padan muka

"Ma...afkan Amanda mama."Balas Amanda dengan perlahan,kepala ditundukkan ke bawah

"Dah kau pergi siapkan  makanan untuk kitorang.Aku bagi masa 5 minit je.Cepat pergi!"Tenking Datin Siti dengan lantang sehingga terhinggut bahu Amanda mendengar jeritan orang tua itu.

Makan mic ke orang tua ni?

Tanpa berlengah dia terus memusingkan badan,tetapi belum sempat dia membuka  langkah.Dia sudah jatuh pengsan.

Gelap,hanya itu pemandangannya sekarang

*********************
"Doktor macam mana dengan budak tu."Soal  Datin Siti kepada Doktor peribadinya.Menyusahkan betul budak tu,sempat lagi dia berkata di dalam hati

Doktor wanita itu hanya tersenyum manis."Anak puan baik-baik sahaja,mungkin dia terlalu letih dan jangan lupa pesan kepada anak puan supaya jaga kandungannya baik-baik.Kandungan itu  masih baru jadi saya takut akan gugur."Datin Siti terus berdiri selepas mendengarkan kata-kata doktor wanita itu,Aiman Muiz pula sudah terganga besar.Tak percaya

"Kan...dun...gan itu baru berapa bulan?"Tergagap-gagap dia bertanya sambil menahan marah.

"Baru masuk 2 bulan Datin."Datin Siti mengempalkan tangan.Memang budak bawak sial.Dari kecil sampai ke besar memang selalu bawak masalah

"Saya mintak diri dulu datin"Pamit doktor wanita tersebut beg yang berisi barangnya dicapai lalu dia mula melangkah keluar

"Mama,budak tu memang bawak sial ma.Patutlah beria nak balik dekat sini,rupa-rupanya bawak balik anak haram."Kata Aiman Muiz selepas melihat bayangan doktor wanita itu semakin menghilang

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now