bab 64

44.1K 2.4K 710
                                    

Bergegas Aiman Muiz berlari menuju ke arah wad yang dihuni adiknya,terkejut juga dia apabila mendapat panggilan daripada Puan Sri Zaitun yang mengatakan adiknya sudah mahu bersalin.

"Assalamualaikum Puan Sri,saya abang Amanda.Boleh saya tahu dekat mana adik saya?"Salam diberi serta badan ditundukkan sedikit.Tanda menghormati

"Walaikumassalam,Ya Allah sampai pun kamu."Puan Sri Zaitun bangkit dari kerusi"Amanda ditahan di wad dulu,doktor cakap dia tak boleh bersalin lagi sebab jalan  tak buka lagi."Terang Puan Sri Zaitun.Jatuh kesian dia melihat Amanda yang terpaksa menahan sakit contractions.

Dan ketika itu dia melangkah keluar dari wad tersebut dan mengambil keputusan untuk  duduk di luar ini sahaja sekaligus menunggu abang Amanda datang

"Allah.Kalau macam tu boleh saya masuk me dalam?."Tanya Aiman Muiz risau,sekarang ini dia sudah tidak senang duduk.

"Boleh pergi lah,aunty pun sedang tunggu suami aunty.Dia pergi ambil anak lelaki aunty dekat airport."Terang Puan Sri Zaitun tentang keberadaan suaminya sekarang.Baru je tadi dia dapat call yang anak tunggalnya sudah selamat mendarat

Aiman Muiz hanya mengangguk kepala dan terus menerjah wad Amanda.Manakala Puan Sri Zaitun hanya menunggu kepulangan anak lelaki dan suaminya,dia ada berpesan kepada suaminya supaya jangan pulang ke Villa terlebih dahulu kerana mereka harus menunggu Amanda selamat bersalin.

***********************
Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan.Sudah banyak posisi yang Amanda ambil tetapi masih lagi belum boleh meredakan sakit di bawah ari-ari.Air matanya laju mengalir,dia takut jika umurnya tidak panjang.Dia takut untuk meninggalkan anaknya seorang diri di muka bumi ini.Di dalam kepalanya sudah terlampau banyak perkara yang sedang difikirkan

Kedengaran pintu wad dibuka,lantas Amanda mengelap air mata yang mengalir.Dia tidak mahu orang lain melihatnya menangis.

"Adik."Seru Aiman Muiz dengan perlahan,jatuh air mata lelaki itu melihat keadaan adiknya yang sedang menahan kesakitan.Amanda terus mengangkat kepala melihat siapa yang memanggil namanya.

"Abang."Aiman Muiz terus mendekati ke arah katil lalu tubuh adiknya dipeluk erat dan pada masa yang sama Amanda juga turut melepaskan tangisan di dalam pelukan abangnya.

"Abang...adik sakit,sakit sangat.Adik takut,adik takut mati."Rintih Amanda kesakitan dan itu membuatkan pelukan itu semakin dieratkan oleh Aiman Muiz.

"Jangan cakap macam tu adik...jangan tinggalkan abang...cukup lah mama,papa dan abang iman je yang tinggalkan abang.Adik jangan tinggalkan abang,adik mesti kuat."Pinta Aiman Muiz bersungguh-sungguh dia tidak sanggup untuk kehilangan ahli keluargnya sekali lagi.

Pelukan dileraikan oleh Amanda.

"Abang jika umur adik tak panjang,adik hanya minta satu je.Adik harap abang boleh jagakan anak adik.Dia dah tiada sesiapa dalam dunia ini.Papa dia dah buang dia,adik harap abang jangan tinggalkan anak adik sorang-sorang ye."Mohon Amanda sambil tersenyum nipis.Abangnya sahaja harapannya sekarang ini,lagipun dia sudah tiada sesiapa lagi.

"Ya Allah jangan cakap macam ni adik...Abang percaya yang adik akan selamat melahirkan anak adik.Jangan sesekali putus asa adik dan jangan tinggalkan abang."Kepala Amanda diusap sayang,air mata lelaki itu masih mengalir

"Dah jangan cakap macam ni lagi,doktor cakap jalan adik tak buka lagi kan?Sebelum tu adik tidur ye,abang akan temankan adik."Pujuk Aiman Muiz dengan lembut,dia tidak mahu mendengar adiknya bercakap perkara yang merepek lagi.

Amanda hanya mengangguk kepala lalu memeluk erat tubuh abang kembarnya.Bagi wanita lain mesti saat ini yang dipeluk oleh mereka ialah suami mereka,tetapi tidak bagi Amanda.Tubuh yang dipeluk sekarang ialah ahli keluarganya sendiri.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now