bab 62

40.2K 2.1K 207
                                    

Amanda memandang bakul yang sudah penuh berisi baju untuk anaknya.Ada juga dia memilih baju untuk kembar,entah kenapa dia membeli baju untuk pasangan kembar lelaki.Nalurinya kuat mengatakan yang dia harus mengambil baju itu.Akhirnya dia hanya mengambil 3 pasang sahaja.

Tidak banyak dia membeli,kerana Puan Sri Zaitun sudah membeli yang selebihnya.Dia hanya membeli 6 pasang baju dan sedikit barang keperluan untuk dibawa ke hospital.Amanda terus melangkah ke kuanter bayaran,bakul yang berisi barang-barang itu diserahkan kepada gadis yang menjaga kuanter tersebut.

"Semua sekali 89.00 ringgit puan."Kata gadis itu dengan lembut.Rm 100 dikeluarkan lalu diserahkan kepada gadis itu.Plastik beg yang berwarna putih itu dicapi

"Terima kasih Puan,datang lagi."Kata gadis itu sambil menghulurkan baki wang terserbut.

"Sama-sama"Amanda membalas dengan lembut sebelum melangkah keluar dari kedai baby tersebut,kakinya sudah berasa kejang kerana terlalu berjalan lama.Anak matanya memandang suasana mall itu,bermacam-macam karenah yang dapat dilihat.Ada budak yang menangis,ada keluarga sedang menikmati masa bersama.

Matanya masih lagi melilau kawasan mall itu tanpa sedar di hadapannya ada seorang lelaki yang juga berjalan tanpa melihat ke arah depan.BUK

Beg Plastik yang dipegang oleh Amanda sudah selamat terjatuh di atas lantai,kedudukan Amanda pula sedikit beranjak ke belakang

"Aduhh..sakitnya punggung aku."Lelaki itu menyeringai kesakitan kerana dia sudah selamat mendarat di lantai.Besarnya perut perempuan ni,batu ke apa.Desis hati lelaki itu.

Kalut Amanda mendekati ke arah lelaki itu,wajah masih lagi tidak dapat dilihat kerana lelaki itu memakai topi."Er...maaf encik,saya tak sengaja.Maafkan saya sekali lagi,encik okey tak?Boleh bangun tak?."Tanya Amanda dengan cemas.

Terkesima lelaki itu mendengar suara perempuan yang melanggarnya.Perempuan yang sudah lama dia mencari,terus kepala di dongak ke atas.Terbeliak mata Amanda melihat lelaki yang di langgarnya iaitu Aiman Muiz,abang kandungnya.

"Ya Allah,abang...Abang okey tak?boleh bangun tak?."Amanda hendak menunduk tetapi terhalang oleh perutnya.Aiman Muiz yang melihat kesukaran adiknya segera bangun dan mencapai beg plastik kepunyaan adiknya.

Beg plastik itu dihulurkan kepada Amanda."Amanda sihat?."Tergaman Amanda selepas mendengar soalan yang terkeluar dari abangnya.Baik semacam

"Er...sihat.Abang sihat?Mama dan papa sihat?."Tanya Amanda.

Aiman Muiz melepaskan keluhan,memang ini tujuannya mencari adiknya.Ingin memberitahu perkara yang terjadi.

"Jom,kita pergi minum dulu..Ada beberapa perkara yang abang nak bagitahu."Ujar Aiman Muiz lalu menarik tangan adiknya.Amanda cuba untuk menyembunyikan senyuman selepas melihat tangannya ditarik oleh Aiman Muiz.Sudah lama dia tidak bermanja dengan abangnya.

***********************

Amanda melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan abang kembarnya.Dia memandang wajah lelaki itu yang nampak tidak bermaya.Bibir pucat,eyebag di bawah mata kelihatan.

"Abang nak beritahu perkara apa?."Tanya Amanda anak matanya masih tepat memandang anak mata lelaki itu.

"Sebelum tu abang nak tanya Amanda...Betul ke anak yang Amanda kandung tu,anak haram."

"NO!Ini bukan anak haram,ini anak yang sah di sisi agama."Kata Amanda dengan tegas,sakit hati apabila mendengar anaknya dikutuk.

"Lepas tu mana suami Amanda?."Air wajah terus berubah lalu dia menundukkan kepala apabila mendengar soalan begitu.Air matanya diseka,kepala diangkat semula memandang ke arah abangnya.Tanpa membuang masa,dia terus  menceritakan semua tentang perjalanan hidupnya di negara asing itu.

Tergaman Aiman Muiz mendengar penjelasan adiknya.Tangan digempal dengan kuat, bekas suami adiknya ini memang perangai binatang.Sanggup dia berkahwin dengan Amanda hanya kerana satu cabaran.

"Sampai sekarang Amanda tak jumpa dia,tetapi Amanda tak berharap semua itu berlaku."Ujar dengan perlahan.Sudah tiada air mata yang mengalir,mungkin dia sudah tawar hati dengan Tengku Aaron.

Aiman Muiz menundukkan kepala kerana malu sudah menuduh adiknya tanpa asal usul periksa"Abang mintak maaf kerana selalu menuduh adik dari dulu sampai sekarang...Abang yang salah kerana tidak menerima takdir yang ditetapkan oleh Allah..abang yang tak redha dengan permergian abang iman sampai adik yang terkena tempias.Maafkan abang.."Katanya dengan sayu.Sungguh sekarang dia berasa sangat menyesal

Amanda hanya tersenyum nipis,dia langsung tidak menyimpan dendam kepada keluarga.Jika dia tetap menyimpan dendam,darah yang mengalir di dalam tubuhnya langsung tidak boleh ditukar.

Lagipun mana tahu umurnya tidak panjang.

"Takpe abang,adik dah lama maafkan abang."Bangga Aiman Muiz mendengar balasan Amanda.Adiknya memang baik hati seperti abang sulung mereka.Lagi malu dia dengan adiknya sangat mempunyai hati yang sangat mulia

"Mama dan papa sihat?"Terus mati senyuman Aiman Muiz mendengar.

Wajah cantik Amanda dipandang lama,dia harap adiknya kuat mendengarkan khabar ini"Adik"Amanda hanya berdeham"Mama dan papa dah takda dik,mama dan papa dah meninggal kerana kemalangan bulan lepas.Mama dan papa dah tinggalkan kita berdua di dunia ini."Air mata lelaki itu jatuh.

Tidak berkelip mata Amanda mendengar berita yang disampaikan oleh abangnya"Abang tipu kan?Cakap lah..Abang tipu kan?"Tangan Aiman Muiz digoncang-goncang,air matanya sudah tumpah.

Aiman Muiz mengelengkan kepala"Tak dik,abang tak tipu..Mama dan papa dah tinggalkan kita."Tersedu-sedu dia berkata.

Luruh jantung Amanda mendengar,berbulan-bulan dia tidak jumpa papa dan mamanya dan hari ini dia mendapat tahu tentang perkara ini"Tapi abang Amanda masih belum dapat jumpa mama dan papa,adik nak mintak maaf,adik berdosa dengan mama dan papa.Kenapa cepat sangat diorang pergi abang?."Soal Amanda,tipu lah jika dia cakap dia tidak sedih.Dia belum perbaiki hubungan dengan ibu bapanya,dia belum menceritakan tentang perkara yang sebenar.

Aiman Muiz bangun dan melabuhkan punggung di tepi Amanda,sisa air mata adiknya dilap lembut"Mama dah lama maafkan adik,seminggu sebelum mama meninggal.Dia ada pesan dekat abang,mama cakap jika suatu hari nanti abang dapat jumpa adik,dia suruh abang sampaikan yang mama sangat adik,sayang sangat-sangat.Mama mintak maaf dengan adik kerana mama selalu pukul adik.Dia sayangkan adik tetapi ego mama terlalu tinggi."Ujar lelaki itu tentang pesanan yang disampaikan oleh mamanya.Semakin deras air mata Amanda mengalir.

"Dah..jangan sedih.Ibu mengandung tak boleh nangis,kesian baby."Pujuk Aiman Muiz.Sehelai tisu diambil dan mengelap air mata Amanda.Kepala adiknya diusap sayang.

"Kandungan adik dah berapa bulan?."

"9 bulan,tunggu masa nak keluar je."

"Keluarga angkat adik layan adik elok tak?."Dia sudah tahu Amanda mempunyai keluarga angkat kerana Amanda sudah menceritakan segalanya.

"Baik,baik sangat.Semua barang baby mummy belikan.Kadang-kadang segan pulak dengan dia."

"Allhamdulillah,untung adik dapat jumpa orang yang baik."Amanda hanya tersenyum nipis"Ada masa datang lah rumah kita ,sedih abang terpaksa tinggal sorang-sorang"Sambung Aiman Muiz.

"Alaaa...kesian abang Amanda,kalau macam tu abang kahwin lah.Nanti ada peneman."Gurau Amanda.

"Ishhh..tak fikir lagi kahwin-kahwin ini.Abang nak fokus uruskan syarikat papa dulu."Balas Aiman Muiz,sememangnya semua harta peninggalan keluarganya sudah jatuh kepadanya.

"Yelah abang.Kalau macam tu Amanda balik dulu,dah lewat ni."Pamit Amanda sebenarnya perutnya sudah berasa tidak selesa.

"Hm,yelah..Tapi kalau dah bersalin jangan lupa call abang."

"Iye abang,Amanda tak lupa."Tangan abangnya diambil dan disalam.Aiman Muiz pula hanya mengosok kepala adiknya.

"Jom..abang temankan adik sampai pemandu adik sampai."Amanda hanya mengekori langkah abang dari arah belakang.Allhamdulillah hubungan antara  keluarga sudah selesai.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now