bab 41

31.7K 1.6K 254
                                    

Amanda memejamkan mata menikmati angin malam di balkoni bilik tidur.Dari tadi lagi dia  langsung tidak bercakap dengan Tengku Aaron.Tengku Aaron pula langsung tiada tanda-tanda mahu memujuknya.

Tersentak dia  apabila terasa dirinya dipeluk dari arah belakang,dari bau sahaja sudah dapat mengagak gerangan tersebut.Amanda hanya membiarkan pelukan daripada suaminya.

"Sorry sayang,hubby tak ada niat pun tak nak bagitahu yang hubby tak balik semalam.Hubby betul-betul lupa.Pagi tadi hubby balik semula dekat Villa sebab nak tukar baju untuk pergi kerja,and then hubby tengok sayang nyenyak sangat tidur.Hubby tak sampai hati nak kejutkan sayang.Hubby betul-betul mintak maaf,hubby janji hubby takkan buat macam tu dah."Kata Tengku Aaron dengan bersunguh-sunguh,pelukan tersebut di eratkan.Amanda terus memusingkan badan menghadap suaminya.

"Betul ni,taknak buat macam tu dah?."

"Iye sayang,janji."Kata Tengku Aaron sambil  mengangkat tangan seperti orang sedang bersumpah.

"Okey,sayang percayakan hubby."Tengku Aaron terus tersenyum lebar."Tapi kalau hubby ulang sekali lagi perkara macam ni,sayang takkan percayakan hubby sampai bila-bila.Ingat sayang tak suka diri sayang ditipu."Sambung Amanda dengan tegas.Memang itu dirinya jika sudah ditipu untuk kali pertama sampai bila-bila dia tidak akan percaya dengan orang itu lagi

Tengku Aaron sudah meneguk air liur mendengar kata-kata yang keluar daripada isterinya,kemudian segera dia mengubah topik perbualan.

"Hm,sayang jom masuk dalam.Dekat luar ni sejuk lah."

"Jom."Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam bilik.Tengku Aaron menutup pintu gelongsor lalu  mendekati tubuh isterinya yang sudah berada di atas katil.

"Kalau hubby tanya sayang satu soalan boleh?."Berkerut dahi Amanda mendengar soalan daripada suaminya.Sebelum ni elok je tanya,tak mintak izin pun.

"Boleh.Tanya je apa yang hubby nak tanya."Katanya sambil mengusap sixpack milik Tengku Aaron dengan lembut.Dia suka  mengusap body suaminya.Seksi

"Sayang ada parents tak?."Dia bertanya dengan perlahan kerana dia  masih belum mengetahui tentang kehidupan Amanda kerana isterinya belum belum pernah menceritakan tentang kisah hidupnya.

"Ada."Amanda membalas dengan perlahan,tangannya masih lagi mengusap sixpack Tengku Aaron

"Oooo,diorang layan sayang elok tak?."Entah kenapa soalan sebegitu keluar dari mulut Tengku Aaron.

Terus berhenti perbuataan Amanda selepas mendengarkan soalan daripada suaminya.

Dia memejamkan mata,sudah tiba masanya dia menceritakan kepada suaminya.Lagipun sebelum ini semua masalah yang dia hadapi  dia hanya memendam seorang diri sahaja

"Dah lama sayang tak dapat rasa kasih sayang daripada keluarga sendiri.Semenjak satu kejadian yang berlaku,sayang dibenci oleh keluarga sayang sendiri."Sayu Amanda berkata.Tengku Aaron sudah mengosok lehernya,berasa serba salah apabila mendengarkan suara sayu Amanda.

"Kalau sayang tak boleh cerita,sokey.Hubby tak paksa."Pipi isterinya dibelai sayang,dia tidak mahu Amanda berada di dalam kesedihan

Amanda tetap mengelengkan kepala,dia tetap berkeras untuk menyambung bercerita .

"Saya ada 2 orang abang.Kami bertiga kembar,sangat rapat.Kalau boleh putarkan masa,saya nak sangat kembali pada masa itu.Disayangi oleh keluarga,mendapat kasih sayang yang sempurna.Tapi waktu kami bertiga berumur 9 tahun,satu kejadian berlaku.Kejadian yang mengubah hidup saya."Amanda menarik nafas yang panjang.

"Satu hari,papa bawak kami satu keluarga pergi berkelah dekat pantai.Saya yang paling seronok,sampai tak sedar yang saya dah berenang dekat tengah pantai.Lagipun masa tu  saya tak pandai berenang,dan time tu abang  sulung saya yang sedar.Dia berenang ingin selamatkan saya tetapi dia sendiri tidak dapat diselamatkan."Luahnya bersama air mata yang mengalir

"Sejak hari itu,mama,papa dan abang saya yang kedua mula benci saya.Diorang cakap saya anak yang bawa sial.Setiap hari saya kena pukul.Habis je SPM  saya ambil keputusan untuk sambung belajar,saya nak lari daripada diorang.Saya penat diperlakukan begitu setiap hari."Tergaman Tengku Aaron mendengar kisah hidup isterinya.Amanda yang sudah banyak kali menderita,isterinya langsung tidak mendapat kasih sayang dari kecil

Lantas tubuh isterinya diraih dan dimasukkan ke dalam pelukan."Hubby janji yang hubby akan jaga sayang.Hubby akan hargai sayang.Hubby takkan tinggalkan sayang.Sayang akan bahagia bersama hubby."Bahu isterinya digosok lembut.

Amanda melepaskan tangisan di dalam dakapan Tengku Aaron.Sudah lama dia memendam perasaan ini dan akhirnya terluah juga

Dia yakin lelaki ini akan menjaganya dengan baik dan dia yakin dia akan bahagia bersama Tengku Aaron

Pelukan itu dieratkan,hancur luluh hatinya apabila mendengar tangisan si isterinya.Ubun-ubun Amanda dicium lama



Ringkas je,sorry.Kekurangan idea dah ni

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now