bab 40

35.4K 1.6K 112
                                    

Tengku Aaron memandang kertas kerja yang berada di atas meja.Perkara semalam terlintas di kepalanya,semalam dia langsung tidak pulang ke Villa kerana dia menginap di rumah Adrian.Dia pulang semula ke Villa pagi tadi itu pun hanya kerana untuk   menukar pakaian kerja.

Dan pada waktu itu dia terlihat  isterinya yang masih nyenyak tidur.Pasti semalam  Amanda  menunggu dia pulang,guman hatinya sendiri

Tengku Aaron tersentak daripada lamunan apabila kedengaran pintu pejabatnya diketuk dari luar.

TOK...TOK..TOK.Tengku Aaron hanya menganggukan kepala bermaksud mengizinkan Mawar melangkah masuk ke dalam ruang biliknya.Pintu ruangan itu diperbuat daripada kaca,jadi boleh nampak  ruangan luar.

"Maaf menggangu boss,tapi ada seorang lelaki yang hendak berjumpa dengan boss.Dia kata dia kawan kepada boss."Terang Mawar dengan senyuman yang manis

"Izinkan dia masuk."Balas Tengku Aaron kerana dia sudah mengetahui gerangan lelaki itu.Siapa lagi kalau bukan Kelvin.

"Baik boss."Tidak lama kemudian,pintu biliknya dibuka dan Kelvin mula melangkah masuk mendekati ke arah Tengku Aaron.

"Wow,cantiknya office kau.Besar pulak tu."Puji Kelvin sambil memandang setiap sudut bilik tersebut.Tengku Aaron hanya ketawa kecil sehingga menampakkan lesung pipitnya,kemudian Kelvin terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan Tengku Aaron.

"Kau betul-betul ke nak kerja dekat sini ?."Tanya Tengku Aaron,kening kanan diangkat

"Apa pulak tak betul.Betul lah,kan aku dah cakap dengan kau hari tu.Kau jangan cakap yang kau tak sudi ambil aku kerja."Wajah Kelvin sudah bertukar menjadi cemas,risau betul dia kalau tak dapat kerja

"Aku gurau jelah.Lagi satu office ini memang ada kerja kosong pun.Tapi jawatan tidak tinggi mana.Kau boleh terima tak?"Soal Tengku Aaron dengan berhati-hati.Bimbang jika Kelvin tidak akan terima.

"Aku okey jelah,bukannya kau tak tahu aku macam mana.Aku tak pandang langsung jawatan.Bagi aku semua sama je."Tengku Aaron hanya mendiamkan diri sahaja .Dia akui walaupun Kelvin seorang playboy tetapi lelaki ini tidak sombong dan selalu merendah diri.

"Kalau macam tu,kau dah boleh mula kerja esok."Ujar Tengku Aaron dengan senyuman

"Thanks Bro."Ujar Kelvin dengan satu senyuman manis,gembira betul.Walaupun keluarganya mempunyai syarikat sendiri.Tetapi dia lebih gemar berkerja bersama  orang lain.Dia tidak suka hidupnya bergantung sepenuhnya dengan hasil titik peluh keluarganya.

"Kau macam mana kehidupan selepas berkahwin?."Kelvin sekadar bertanya,teruja dia ingin mendengar.Yelah nak tahu jugak macam mana asam garam mendirikan rumah tangga

"Hm,aku bahagia sama je macam pasangan lain.Kehidupan aku menjadi lain selepas aku bersama Amanda.Aku rasa bahagia bersama dia,rasa ketenangan.Aku pun tak tahu kenapa."Balas Tengku Aaron sambil mengingati setiap moment yang indah bersama Amanda

"Itu bermakna kau dah jatuh cinta dengan isteri kau.Aku harap kau takkan sia-siakan dia.Kalau kau sia-siakan isteri kau,bagi aku kau paling bodoh sebab kau dah sia-siakan permata yang paling berharga."Gurau Kelvin sambil tergelak

Tengku Aaron pula hanya tersenyum pahit mendengarkan gurauan daripada kawannya.Gurauan itu seperti tersusuk di dadanya,sakit

*************************
Amanda hanya memandang kosong telefon bimbitnya.Dari semalam dia langsung tidak mendapat khabar dari suaminya.Amanda mengeluh panjang.

"Kalau taknak balik,cakap jelah."Gumannya sendiri.Isteri mana yang tidak berasa hati kerana ditinggalkan seorang diri di rumah.

Kedengaran deruman motorbike milik Tengku Aaron di luar rumah.Amanda pula hanya mendiamkan diri,malas untuk menyambut kepulangan suaminya.Lebih tepat dia agak terkilan kepada suaminya.

Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam Villa.Pelik kebiasaan isterinya pasti akan menyambut kepulangannya,tetapi hari ini tidak.Dari jauh dia sudah melihat isterinya sedang berada di sofa,dia berjalan lalu melabuhkan punggung di sebelah Amanda.

"Hai sayang."Kata Tengku Aaron dengan teruja.Pipi kiri Amanda dicium sekilas lalu dibelai.Berkerut dahinya kerana tidak mendapat balasan daripada isterinya

"Hye kenapa ni?."Soalnya dengan lembut..Tangan kiri isterinya dicapai dan diusap lembut,tangan kanannya pula tidak berhenti membelai pipi isterinya

"Awak tidur dekat mana semalam?."Pergerakan Tengku Aaron terus berhenti selepas ditanyakan soalan maut daripada isterinya.

"Er..hubby.."Belum sempat Tengku Aaron menghabiskan ayat.Amanda sudah memotong.

"Kalau awak taknak balik rumah,awak boleh call saya.Bagitahu dekat saya yang awak tak boleh balik.Jangan bagi harapan dekat saya.Semalaman saya tunggu awak balik,tapi awak langsung tak balik.Tolong jaga perasaan saya.Saya pun ada hati dan perasaan."Amanda berkata dengan perlahan.Tangannya yang berada di dalam gengaman suaminya ditarik dengan lembut.

Tengku Aaron sudah mengigit bibir,salah dirinya jugak kerana langsung tidak memberitahu isterinya,yelah semalam seronok sangat dengan kawan-kawanya sampai lupa tentang isterinya.

Anak matanya hanya memandang langkah isterinya yang sudah menuju ke tingkat atas.

Jejaka itu membuang keluhan yang lemah.Isterinya sudah mengajuk,dia langsung tidak pandai untuk memujuk

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now