bab 50

41.1K 1.9K 229
                                    

Amanda mengaturkan langkah  ke arah ruang tamu.Semua ahli keluarganya sudah berada di situ,elok sahaja duduk santai di atas sofa.Bagasi diletakkan di tepi sofa terlebih dahulu sebelum mendekati ke arah mamanya.

"Mama maafkan Amanda kerana gagal menjadi anak yang baik,Amanda selalu buat mama marah.Tapi Amanda nak mama tahu yang anak ini bukan anak haram.Ini anak Amanda,anak yang sah di sisi agama.Maafkan Amanda mama."Tangan tua Datin Siti dicapai tetapi segera ditepis oleh wanita tua itu.PANG

Sudah beberapa kali Amanda ditampar malam ini."Kau tak payah nak mintak maaf sangat,ikutkan hati aku dah lama aku bunuh kau dengan anak haram tu tapi aku nak kau tahu bertapa seksanya hidup dekat luar.Kalau kau mati pun aku tak kisah.Kau bernasib baik tau sebab aku tak bunuh anak haram ni."Bahu anaknya dilanggar kasar lalu dia beredar dari ruang tamu itu yang diikuti oleh Dato Azman dari arah belakang

"Kau memang layak dapat semua ini betina murah."Bisik Aiman Muiz di tepi telinga adiknya sebelum mengikuti langkah mama dan papanya.Kini yang tinggal hanya Amanda sahaja dengan sisa air matanya.

Pintu besar banglo itu dibuka lalu dia melangkah keluar.Sekali lagi banglo itu dipandang untuk kali terakhir.Kini hidup dan anaknya hanya tinggal sebatang kara.

*******************
Sudah lama dia berjalan kaki keluar dari kawasan banglo keluarganya.Kakinya sudah berasa kebas.Perutnya sudah berbunyi meminta di isi.Kilat pula menyambar-yambar di langit menandakan sebentar lagi akan  hujan.

Sungguh dia tiada tempat untuk dituju,dia mana ada kawan disini.Tambahan pula nombor telefon Kelvin hilang kerana dia sudah menukar nombor telefon sebaik sahaja sampai di Malaysia,yelah takkan nak pakai nombor telefon negara lain.

Lelaki itu ada memberi pesanan kepadanya sebelum berlepas,Kelvin berpesan supaya menelefon dirinya sebaik sahaja sampai disini.Tetapi silapnya jugak kerana tidak menyalin terlebih dahulu nombor telefon Kelvin dan tengoklah apa yang terjadi sekarang

"Aku kena cari tempat berteduh ni."Guman Amanda.Perutnya diusap-usap lembut tetapi tidak lama kemudian gerimis hujan mula jatuh dengan perlahan-lahan

Bughhh...

Hujan sudah elok jatuh membasahi muka bumi,wanita itu pula  bergegas berlari mencari tempat untuk berteduh.Bajunya yang sudah basah kuyup dihiraukan begitu sahaja.

Dari jauh dia sudah  melihat di seberang jalan sana mempunyai satu pondok bas yang kecil,cukup untuk dirinya tumpang berteduh.Tanpa melihat kiri dan kanan,Amanda melintas jalan begitu sahaja.

PINNNNN.

Bunyi kuat dari sebelah kanannya kedengaran di  cuping telinganya,Amanda segera menoleh dan melihat satu cahaya yang sangat terang mendekati ke arahnya.Belum sempat dia berlari menyelamatkan diri

BAM

***********************
"Amandaaaaa"Tengku Aaron bangkit dari tidur.Peluh membasahi wajahnya dan seluruh badannya,dadanya berombak-rombak menahan ketakutan,sungguh dia takut dengan mimpi itu

"Arhh,kenapa aku mimpi macam tu?"Keluh Tengku Aaron sambil menyerabutkan rambutnya,dia bermimpi sesuatu yang buruk terjadi kepada bekas isterinya.

Mimpi itu menunjukkan seluruh tubuh Amanda yang begitu lemah dan dipenuhi dengan darah,sudah beberapa dia bermimpi seperti itu.Buktinya baru sahaja semalam dia bermimpi Amanda didera oleh seorang wanita dan lelaki.

"Kau dekat mana Amanda?"Sudah berminggu dia mencari jejak bekas isterinya.Tetapi malang sekali,dia tidak dapat menemui.

"Arhh,Apa yang dah jadi dengan kau Aaron?Takkan kau rindukan dia?"Badan disandarkan di kepala katil.Kepala digeleng-gelengkan,tak  dia langsung tidak merindukan bekas isterinya.

Malas untuk mengambil tahu,dia membaringkan tubuhnya semula.Mata ditutup semula.Cuba untuk tidur walaupun hatinya merintih merindukan Amanda.

********************
"Ya Allah abang,Abang langgar apa tu?"Kalut Puan Sri Zaitun melangkah keluar dari kereta.Dia langsung tidak kisah tentang hujan yang semakin lebat yang penting dia ingin melihat apa yang dilanggar oleh suaminya.

Tan Sri Tengku Malik turut mengikuti langkah isterinya.

"Ya Allah bang.Abang dah langgar orang ni bang,Cepat bang kita bawak dia pergi hospital."Kalut Puan Sri Zaitun berkata tambahan pula melihat di celah peha perempuan itu.Ada darah yang  mengalir.

Tan Sri Tengku Malik juga terkejut dengan apa yang dilihat,dia tidak sangka yang dilanggar itu adalah manusia ingatkan haiwan.

Tanpa membantah dia terus mengangkat tubuh wanita itu dan diletakkan di seat belakang.Walaupun tulang belakangnya hampir patah dia tetap gagahkan diri.

"Cepat Bang,celah kaki dia berdarah bang.Saya takut terjadi apa-apa."Mengalir Air mata Puan Sri Zaitun melihat keadaan wanita ini.Entah kenapa dia risau melihat wajah cantik itu.Wajah yang begitu sadis

Minyak terus ditekan dan kereta Audi milik Tan Sri Malik meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut

Pasangan itu baru sahaja pulang dari majlis syarikat kawan mereka.Pada perjalanan pulang ke rumah,mereka harus melalui  di kawasan ini dan tidak sangka pula pada perjalanan pulang hujan turun dengan sangat lebat.

Tambahan pula penglihatan Tan Sri Tengku Malik kurang elok dan itu membuatkan dia sukar untuk memandu di dalam keadaan hujan

***********************
Puan Sri Zaitun bermudar mandi di depan wad kecemasan itu.Sudah berjam-jam doktor dia menunggu kehadiran doktor tetapi masih belum keluar.

"Tun,awak duduk lah dulu.Pening saya tengok awak.Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan."Tegur Tan Sri Tengku Malik sambil mengurut tulang  belakangnya.Masih lagi sakit

Puan Sri Zaitun merengus geram."Saya risau bang.Abang tak tengok ke celah kaki dia berdarah.Ya Allah kesiannya."

Belum sempat Tan Sri Tengku Malik membalas,pintu wad dibuka.Puan Sri Zaitun pula bergegas berlari mendekati ke arah doktor.

"Doktor,macam mana dengan budak perempuan tu?"Soalnya dengan tergesa-gesa.Doktor lelaki itu tersenyum manis.

"Puan Sri jangan risau,semuanya baik-baik sahaja.Kandungan dia pun Okey.Tak ada apa-apa yang berlaku.Mungkin dia pengsan kerana terlalu terkejut."Tersentak pasangan itu mendengarkan kata-kata doktor.

"Ka...dun..gan.?"Tergagap-gagap Puan Sri Zaitun bertanya."Iya,kandungan puan Amanda sudah mencecah 2 bulan."

"Hm..Terima kasih doktor.Boleh kami masuk melawat dia?."Kali ini Tan Sri Tengku Malik bertanya.

"Boleh,tapi Puan Amanda masih lagi tak sedarkan diri.Hm saya mintak diri dulu.Puan Sri,Tan Sri."Pamit doktor itu sambil menundukkan sedikit badan.

Mereka hanya menganggukkan kepala

"Abang dia mengandung bang,budak tu mengandung.Nasib kita cepat-cepat hantar dia pergi hospital.Kalau tak,tak tahu apa yang jadi."Kata Puan Sri Zaitun perlahan.Hatinya kuat mengatakan ibu muda itu mempunyai masalah.Tambahan pula dia melihat wanita itu membawa satu bagasi yang agak besar.

My Husband Badboyحيث تعيش القصص. اكتشف الآن