bab 10

36K 2K 197
                                    

Amanda menghentakkan kaki dengan kuat.Kalau bukan sebab Tengku Aaron dia takkan tidur di dalam kelas.

FLASHBACK.
"Saya dah siapkan tugasan awak ni,sekarang saya nak balik.Saya nak tidur."Belum sempat dia berdiri.Tangannya sudah ditarik oleh Tengku Aaron.

"Siapa suruh kau balik?banyak lagi tugasan yang perlu kau buat."Ujar Tengku Aaron lalu menghulurkan 3 kertas.

"Awak tak tengok ke dah pukul berapa ni?dah 4 pagi Tengku Aaron.Agak-agak lah,esok saya ada kelas.Aduh,penat lah macam ni.Awak ni tak fikir langsung pasal saya.Kalau saya tertidur dalam kelas macam ni....."Belum sempat dia  menyambung bebelan.Pipi kanannya terasa basah.

Membulat matanya melihat bibir Tengku Aaron berada di pipinya.Ciuman dileraikan.Tengku Aaron tersenyum sinis melihat gadis itu sudah mendiamkan diri.

"Dah habis hm?."Amanda masih lagi terkaku.Pipi kanannya dipegang.Ciuman dari Tengku Aaron masih lagi dirasa.

"Kau dah kenapa muka merah-merah?Ke kau nak aku cium dekat lain?."Amanda terus mengelengkan kepala.

"Dah tu,cepat lah buat!."Bentak Tengku Aaron.Tergopoh-gopoh gadis itu menyiapkan tugasan itu.

Tanpa menyedari,Tengku Aaron tersenyum kecil dan memegang dada kanannya.Kenapa bila berhadapan dengan Amanda.Dia berasa lain.

Akhirnya Amanda pulang pada pukul 5 pagi selepas menyelesaikan tugasan tersebut.
END FLASBACK

Amanda terus menuju ke arah library.Dah kena halau dari kelas,nak buat apa je.Dia bukan sejenis yang suka ponteng kelas.

Melihat library yang agak tidak sibuk cuma ada beberapa orang pelajar sahaja.Terus  dia mengambil tempat di meja yang paling hujung.Paling jauh dari orang.Buku yang dibawa diletakkan di atas meja,helaian nota hanya dipandang kosong.

"Kenapa rasa malas je nak study?."Katanya lalu menutup semula helaian tersebut.Iphone miliknya diambil dan dibuka.Berkerut dahinya apabila melihat pesanan yang dihantar oleh Tengku Aaron.

TENGKU AARON(Bos Devil)
Woi,nerd.Kau dekat mana?
Woi pendek
Woi,kenapa kau tak balas?Kau dekat mana?
Sayang,kau dekat mana?Aku rindu ni.

Membahang wajahnya apabila  melihat pesanan yang terakhir dari Tengku Aaron.Pipinya sudah bertukar merah.Belum sempat untuk membalas pesanan itu,Tengku Aaron sudah menelefon.

"Hello."

"Kau dah kenapa susah sangat nak balas chat aku.Kau dah mati ke?Ke kau dah mampus.Kau pergi mana?aku cari kau merata-rata,kau tak ada.Kau pergi mana ha?!."Segera telefon dijauhkan dari telinga.Boleh pekak mendengar jerkahan lelaki itu.

"Aishh,saya ada dekat library ni.Awak ni dah kenapa macam mak-mak pulak.Nak marah apa semua."Amanda membalas dengan perlahan kerana dia sekarang berada di dalam library

"Aku lapar,aku nak makan.Nanti aku ada perlawanan basketball.Aku nak kau datang.Jangan lupa bawak makanan.Dan aku tidak terima perkataan KAU TAK BOLEH DATANG."Perkataan dibelakang ditekankan dengan keras.

"Aishh,ye saya datang.Dahlah penat saya dengan awak.Tak habis-habis nak buli saya."Panggilan itu segera ditamatkan.Entah kenapa,jika  lelaki itu membulinya,dia boleh melawan setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.Tapi jika pelajar lain yang membulinya,dia hanya mampu mendiamkan diri.

Amanda masih lagi memandang pesanan yang terakhir dari Tengku Aaron."Dia kata aku sayang?Rasa macam tak percaya lah pulak."Amanda menutup wajahnya sambil menghentakkan kaki.Malu.Tambahan pula dia mengingati semula kejadian malam semalam.Semua pelajar yang berada di dalam library tersebut memandang pelik ke arahnya.Gila ke?

Gambar Tengku Aaron yang berada di dalam telefonya ditatap lama.Dia sudah lama meminati badboy itu,sejak dari sem satu.Sebab itulah dia mempunyai banyak gambar Tengku Aaron.

"Aishh,berangan lebih je kau Amanda.Kau kena sedar yang dia takkan balas cinta kau."Gadis itu membuang keluhan,jika membandingkan dia dengan jejaka itu.Ibarat langit dan Bumi.

TING.Satu pesanan masuk.

TENGKU AARON(Boss Devil)

Lambat lagi ke sayang?

Terbuntang matanya apabila mendapat pesanan sebegitu,aish iman tak kuat.Amanda menutup wajahnya sekali lagi dan menjerit kesukaan.Dia bangkit lalu melangkah keluar dari library tersebut.Senyuman masih lagi tidak pudar di wajahnya.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now