bab 26

30.6K 1.5K 182
                                    

"Selamat pengantin baru..selamat berbahagia."Riuh markas itu dengan suara nyanyi Ezra dan Ben.Adrian pula elok menari gelek.Tengku Aaron dan Kelvin hanya mampu mengelengkan kepala.Bantal kecil diambil dan terus dilemparkan tepat terkena di punggung Adrian.Benci dia melihat punggung lelaki itu yang tidak berisi mana.

Adrian menberikan jelingan yang tajam kepada Tengku Aaron.Dengki lah tu dengan punggung dia yang seksi ni.

"Tahniah Bro.Dah nak jadi suami dah kau."Kelvin berkata kepada Tengku Aaron sambil bersalam gaya lelaki.

"Thanks Bro."Balas Tengku Aaron dengan senyuman,bahu mereka dilagakan.

"Bila majlis akad nikah kau?.Tanya Adrian yang sudah  mengambil tempat disebelah Kelvin.

"Minggu depan."Jawab Tengku Aaron sepatah,begitu santai dia menjawab

"APA!!!?."Terkejut bukan main mereka  berempat mendengar balasan daripada ketua mereka.Apa ke bengong sangat Tengku Aaron ni.

"Jadi kau nak menikah dekat sini,kau taknak balik Malaysia?"Tanya Ben pula sambil berpeluk tubuh

"Yep,kau tahukan aku kena stay dekat sini lama lagi.So aku malas nak tunggu lama-lama,aku ambil keputusan untuk menikah  dekat sini,satu lagi benda baik tak elok  lambat-lambatkan."Ujar Kata Tengku Aaron sambil menangkat kening

"Kau dah beritahu mummy dan daddy kau?."Soal Ezra kerana hal ini Tengku Aaron yang selesaikan.Dia hanya memberi cabaran sahaja

"Dah."Nafi Tengku Aaron,sebenarnya dia malas untuk memberitahu kedua ibu bapanya kerana dia tahu mummy dan daddynya tidak akan memberi restu kepadanya.

"Semua benda kau dah settle ke.?"

"Dah,semua aku dah settle,cuma tunggu aku lafazkan akad nikah je."Mereka berempat hanya mengangguk kepala,diorang pun tidak tahu bila masa Tengku Aaron selesaikan semua perkara itu

"Aku harap kau dapat bahagiakan  Amanda,aku percaya dengan kau.Cuma yang aku nak pesan,jangan sesekali sia-siakan dia.Amanda adalah anugerah yang diturunkan untuk kau."Nasihat Kelvin sambil menepuk-nepuk bahu Tengku Aaron,nasihat sebagai kawan

Tanpa dia sedar,Tengku Aaron,Ezra,Ben dan adrian sudah tersenyum sinis dalam diam.

*************************
"Amanda...oooooo Amanda."Ben menjerit di hadapan pintu bilik sewa gadis itu.Dia datang ke sini kerana ingin memberikan baju pengantin yang dibelikan oleh Tengku Aaron

Amanda yang sedang membasuh pakaian,mendengar  namanya diseru.Tergopoh -gopoh dia berlari  mendekati ke arah pintu masuk.

"Eh Ben,buat apa dekat sini.?"Soalnya apabila pintu sudah dibuka,agak pelik  apabila lelaki itu berada di sini.Setahunya Tengku Aaron sahaja yang tahu tentang tempat tinggalnya.

"Nah,baju untuk awak pakai minggu depan."Dia menghulurkan beg pakaian yang berwarna pink muda itu sambil tersenyum manis

Amanda terus mengambil huluran tersebut tanpa teragak-agak"Oo,terima kasih."Beg pakaian itu dibawa ke sisi badan.

"Sama-sama.Tak sabar nak tengok awak pakai baju tu,mesti cantik ."Kata Ben dengan teruja,sejujurnya dia tidak sabar ingin melihat pasangan ini bernikah.

"Hahahaha ada-ada jelah awak ni."Kata Amanda sambil tergelak kecil

"Sebelum saya lupa,minggu depan awak tunggu je dekat sini,nanti saya yang akan jemput awak.Aaron yang arahkan."Amanda hanya mengangguk kepala,tanda faham

"Saya pergi dulu."Ben meminta diri lalu membuka langkah ke arah tangga.Amanda pula terus menutup pintu dan mendekati ke arah katil.Beg pakaian itu diletakkan di atas meja belajar.

Beg pakaian itu dibuka,hatinya berdebar-debar.Tangan dimasukkan  ke dalam dan sehelai kain dicapai dan dikeluarkan.

Terganga Amanda melihat satu sehelai baju pengantin yang berwarna putih.Walaupun simple tetapi sangat cantik,tidak ketinggalan juga satu helai tudung yang berwarna putih.

"Pandai dia pilih baju."Guman Amanda sendiri.Selepas puas menilik,baju  dan tudung itu disimpan di dalam almari pakaian.

RING..RING..RINGG.Telefon Amanda mendering,Amanda tersenyum kecil kerana sudah dapat mengagak siapa yang menelefon dirinya.Telefon itu dicapai dan butang hijau ditekan.

"Kau dah dapat baju dan tudung  yang aku bagi?."Soal Tengku Aaron tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Dah dapat dah,thanks awak.Cantik baju dan tudung tu."

"Hm,sama-sama."Berkerut dahi Amanda mendengar suara Tengku Aaron seperti kepenatan.

"Kenapa dengan suara awak tu macam penat je?"Soal Amanda risau.

"Penat lah kena selesaikan semua benda dalam masa yang singkat.Tapi kau jangan risau semua benda dah siap."Terang Tengku Aaron dengan tenang,dia tidak mahu Amanda berasa serba salah tentang perkara ini

"Aku tak sabar jadi suami kau.I can't wait sweetheart."Sambungnya dengan romantik,Amanda yang berada di sana sudah tersenyum malu.

"Saya pun tak sabar nak jadi isteri awak.Awak tu jaga kesihatan.Kan tak pasal-pasal awak pengsan masa hari akad nikah."Usik Amanda kepada bakal suaminya.

"Ishhh yelah,aku tahu nak jaga diri aku.Kau jangan risau.Hm takpe lah ,aku nak rehat sekejap.Bye sweetheart."Panggilan terus ditamatkan dan diletakkan di sebelah.Matanya perlahan-lahan tertutup.

Amanda dari tadi lagi tidak berhenti tersenyum.Dia akui jika sikap romantik Tengku Aaron muncul dia akan kalah.

My Husband BadboyDär berättelser lever. Upptäck nu