bab 60

46.5K 2.2K 334
                                    

Anak mata Tengku Aaron hanya memandang setiap sudut ruangan tersebut.Mata dipejam rapat,terlalu banyak kenangan bersama bekas isterinya.Hatinya kuat mengatakan yang Amanda sekarang berada di tanah air,tempat kelahiran mereka.

"Tunggu aku sayang,aku akan pastikan kita berdua akan bersatu kembali."Kata Tengku Aaron dengan sayu,setitik air mata jatuh.Lalu dia bangkit dan menuju ke arah ruang wardrobe.

Luggage hitam miliknya yang berada di atas rak dicapai lalu pakaian miliknya dimasukkan ke dalam luggage tersebut.Tidak lupa juga dress milik Amanda,setiap malam pasti dia akan memeluk dress itu kerana itu  sahaja cara untuk melepaskan rindu selain menatap gambar bekas isterinya

Saat ingin mencapai gambar perkahwinan miliknya,satu kotak yang agak kecil jatuh lalu terkena di atas kepalanya.

"Aduh,sakitnya."Tengku Aaron mengaduh kesakitan,kepalanya digosok-gosok.Gambar perkahwinannya disimpan di dalam luggage.Anak matanya terpandang ke arah kotak yang sudah berada di lantai.Isi di dalam kotak tersebut juga sudah berterabur.

Laju sahaja kakinya menuju ke arah kotak tersebut.Kotak itu dicapai lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerana ingin melihat isi di dalam kotak tersebut.

Degupan jantungnya berdegup pantas apabila melihat kotak berwarna biru laut itu.Penutup dibuka perlahan-lahan sehingga dia terlihat isi di dalam kotak itu.Ada sehelai baju bayi yang  mempunyai tulisan HAI PAPA.Kelihatan  baju itu masih lagi baharu dan langsung tidak lusuh.

"Siapa punya ni?."Monolog hati Tengku Aaron,setahu dia sewaktu dia membeli villa ini tiada orang lagi yang menyewa villa ini.Takkan hantu kot

Degupan jantung semakin laju apabila melihat pregnancy test juga berada di dalam kotak itu dan yang paling mengejutkan result barangan  itu ialah POSITIF.Jangan cakap yang itu  kepunyaan Amanda.

Entah di mana kesilapannya sehingga kotak yang dipegang oleh Tengku Aaron terjatuh di atas lantai,mungkin kerana terkejut apabila melihat result tersebut.Jika itu kepunyaan Amanda,itu bermakna dia menceraikan Amanda sewaktu mengandung.Tengku Aaron jatuh melorot.

"Apa aku dah buat ni?"Wajah diraup dengan kasar.Perlahan-lahan air mata lelaki itu jatuh lagi.Dia ingin mengambil semula kotak itu untuk memastikan semula tetapi disaat kotak itu diangkat.Satu pucuk surat jatuh di atas ribanya.

Terketar-ketar tangan Tengku Aaron mengambil surat itu dan dibuka perlahan-lahan.

Kepada husband saya yang tercinta,mesti awak  baca surat ini time kita dah berjauhan.Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin mengucapkan terima kasih untuk segalanya.Terima kasih kerana pernah mencipta kenangan yang sangat indah disaat kita bersama,saya happy sangat jika saya bersama dengan awak.Sejujurnya,saya tak pernah rasa sebahagia ini sebelum berjumpa dengan awak tetapi  dengan kehadiran awak ibarat satu sinar harapan yang hadir kepada saya.Awak ialah lelaki yang terbaik pernah saya kenal,tetapi sayangkan jodoh kita tak panjang.Saya agak kecewa dengan awak kerana awak dah pernah janji yang takkan ceraikan saya,tapi mana janji awak:(.Saya faham mungkin Allah hadirkan  awak  di dalam hidup saya untuk sementara.Saya redha jika perkara ini yang berlaku kepada saya,Sebenarnya saya nak bagitahu awak tentang kandungan ini tapi tak sangka pulak yang awak dahulu  yang bagi kejutan kepada saya.Awak jangan risau,saya akan jaga anak kita sebaik mungkin.Mungkin disaat awak pergi tinggalkan saya ,Allah hadirkan malaikat kecil ini untuk menemani hidup saya.Saya cuma mampu doakan supaya awak dapat berjumpa dengan seseorang yang lebih baik,seseorang yang boleh bahagiakan awak dan jika awak sudah berjumpa dengan wanita itu.Saya cuma mampu berpesan jangan  sesekali sakiti dia seperti mana awak buat dekat saya.TAKE CARE SAYANG.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now