bab 76

37.9K 2.1K 332
                                    

BUK..BUK...BUK

Punch bag yang elok tergantung itu ditumbuk berkali-kali.Tumbukan itu seperti tumbukan melepaskan segala rasa yang terpendam di dalam diri,sakit apabila teringat kata-kata Amanda.Wanita itu sudah tawar hati dengannya.

Peluh yang mengalir ditubuh dihiraukan sebegitu sahaja,dia masih lagi belum puas menumbuk punch bag tersebut

"Arhhhhhh."Kali ini satu tumbukan yang agak kuat dilepaskan sehingga tali punch bag itu terputus kemudian Tengku Aaron jatuh terduduk di lantai.Tangisan dilepaskan

"Bro kau okey tak?."Soal Adrian selepas mendekati ke arah lelaki itu,dari tadi lagi mereka hanya memerhati tindak tanduk Tengku Aaron tetapi mereka tidak berani untuk menegur kerana takut lelaki itu akan mengamuk.

"Kenapa Amanda masih lagi tak dapat terima aku,dah macam-macam cara aku buat tapi dia langsung tak pandang.Tak layak ke orang macam aku dapat peluang kedua?."Tanpa menatap wajah kawan-kawannya,Tengku Aaron menyoal dengan sayu.Macam mana lagi dia mahu beritahu kepada Amanda yang dia sudah menyesal

Terdiam mereka apabila diajukan soalan sebegitu.Ezra,Ben dan Adrian meraup wajah sungguh mereka kesal dengan cabaran bodoh  mereka.Jika mereka tidak mencadangkan cabaran itu,pasti Tengku Aaron tidak seperti ini

"Bro,aku tahu kau susah nak terima perkara ini.Tapi aku yakin yang Amanda masih lagi sayangkan kau tetapi dia takut untuk kembali kepada kau.Apa yang kau rasa sekarang masih lagi tidak dapat dibandingkan dengan apa yang Amanda lalui selama ini dan cuma aku boleh cakap yang kau kena berusaha lebih keras untuk mengambil semula hati perempuan yang pernah kau lukai."Nasihat Kelvin sambil  itu dia mengusap bahu Tengku Aaron

"Tapi aku dah penat dengan semua ini kadang-kadang aku rasa nak berputus asa dari mengejar Amanda.Mungkin aku dan Amanda dah tak ada jodoh."Ujar Tengku Aaron,kali dia betul-betul pasrah dan redha jika Amanda tidak mahu lagi kembali kepadanya.Wanita itu berhak mencari kebahagian dengan orang lain

"No Bro!kau tak boleh berputus asa.Kau nak tengok ke Amanda bahagia dengan jantan lain,ada anak dengan jantan lain.Kau nak ke?"Soal Adrian dengan cukup sinis,bukan niatnya untuk menyakitkan hati Tengku Aaron tapi dia mahu lelaki  ini sedar yang bahawa dia langsung tidak boleh berputus asa dan dia tidak mahu Tengku Aaron berhenti setengah jalan

Tengku Aaron mengelengkan kepala,dia tidak sanggup melihat Amanda berbahagia dengan lelaki lain,dia tidak sanggup melihat Amanda mengandungkan anak lelaki lain.

Amanda hanya untuk dirinya sahaja dan hanya benih Tengku Aaron yang layak dikandung oleh wanita itu!!!

"So kau kena buktikan yang kau betul-betul berubah,buktikan kali ini kau betul-betul sayangkan dia.Aku yakin lambat-laun hati Amanda akan lembut dan akan terima kau semula."Ezra yang dari tadi senyap,bersuara.

Tengku Aaron hanya diam mendengar,di dalam fikirannya sekarang ialah adakah dia patut terus berusaha atau berputus asa?

********************

Beberapa bulan kemudian

Amanda sedang termenung di gazebo,sudah lama dia tidak mendengar tentang khabar Tengku Aaron.Memang setiap minggu lelaki itu akan menjenguk twins tetapi setiap kali Tengku Aaron datang,lelaki itu pasti akan mengelak dari berjumpa dengannya.Naik hairan dia

Dia membuang keluhan,satu perasaan yang hadir di kala ini.Sedih,Ye itulah yang dirasakan saat ini,sedih kerana Tengku Aaron langsung tidak menegurnya.Jika dahulu pasti bekas suaminya akan selalu menyakatnya,kini tidak lagi.

Ting..tong.Tersetak Amanda apabila mendengar bunyi loceng rumah,tanpa berlengah terus dia berdiri dan membuka langkah ke arah pintu pagar.

Dari celahan pintu pagar sahaja dia sudah dapat melihat Tengku Aaron sedang mendukung twins.Hari ini hari minggu,jadi Tengku Aaron akan membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now