Bab 80

41.9K 1.9K 98
                                    

Amanda memandang pantulan dirinya di cermin,di tubuhnya sudah tersarung dengan sehelai baju pengantin yang sangat cantik.Wajahnya pula sudah dihias oleh jurusolek yang diupah oleh Tengku Aaron.

"Cantiknya puan tak payah make-up tebal-tebal sebab kulit puan dah nuteral beauty."Puji jurusolek wanita itu sambil meletakkan semula barang-barang make-upnya di dalam beg yang agak besar.

Amanda hanya tersenyum nipis"Saya berdebar lah nak naik atas pentas nanti,lagipun ini kali kedua kami berkahwin nanti apa orang cakap."Ujarnya sambil mengenggam erat tangannya sendiri,terketar-ketar tangannya dek kerana berasa takut.

"Puan jangan macam ni,saya pasti semua orang takkan berani mengata puan tapi diorang akan puji puan sebab cantik sangat.Takde apa-apalah lagipun Tengku Aaron kan ada."Balas jurusolek itu cuba untuk menenangkan hati pengantin baru ini.Amanda hanya tersenyum nipis,perlahan-lahan debaran di dada menghilang.

"Saya mintak diri dulu puan lagipun banyak lagi pengantin yang saya perlu make-up."Pinta wanita itu berundur diri lalu melangkah keluar dari bilik persalinan tersebut meninggalkan Amanda seorang diri

Sementara menunggu dirinya dijemput,Amanda memandang pemandangan kota itu dari pantulan tingkap hotel,persandingan mereka diadakan di hotel 5 bintang dan dilakukan pada waktu malam.Kata Tengku Aaron menambahkan lagi suasana romantik

TOK...TOK...TOK

Amanda terus berpaling ke arah belakang apabila kedengaran pintu biliknya diketuk,kelihatan Tengku Aaron melangkah masuk sambil mendukung kedua anak mereka

Tengku Aaron sangat kacak memakai tuxedo berwarna hitam,begitu juga Tengku Alan Darwish dan Tengku Alan Danial yang memakai tuxedo seperti papanya.

"Wow..cantiknya mama."Puji Tengku Aaron sambil mengagah kedua anak lelakinya.Terkekek kembar itu tersengih,puting di dalam mulut langsung tidak dilepaskan

Sempat dia membalas dengan senyuman sebelum mengambil putera keduanya dan dibawa ke dalam pelukan

"Handsomenya anak mama ni..macam papa."Dia juga tidak kalah dalam memuji suaminya,tubuh Tengku Aaron ditilik atas bawah.

"Sumpah sayang cantik sangat macam hari pertama kita nikah dulu."Pinggang isterinya ditarik sehingga tubuh langsing itu melekat di tubuhnya.Wajah Amanda dicium sehingga puas,langsung Amanda tidak menolak

"Dan abang pun apa kurangnya handsome jugak sampaikan buat Amanda cair."Ujarnya sambil memandang anak mata suaminya sebelum mencium bibir suaminya sekilas.

Tengku Aaron sudah tersengih malu"Jom kita keluar,orang ramai dah tunggu dekat dewan."Amanda hanya mengangguk kepala lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.Masing-masing saling mendukung kembar itu

******************************

Orang ramai mula  bertepuk tangan selepas melihat kehadiran keluarga itu,keluarga yang sangat bahagia dan goodlooking.

Tengku Aaron dan Amanda hanya mampu memberikan senyuman manis kepada tetamu yang hadir,pasangan kembar itu pula melambai-lambai tangan ke arah tetamu yang hadir,semua camera tertumpu ke arah keluarga itu.

Keluarga itu sedang berjalan di atas pentas yang dibaluti dengan red carpet,mereka sedang menuju ke arah pelamin yang cukup mewah itu.

Kawan-kawan Tengku Aaron turut tidak kalah dengan senyuman,masing-masing cukup gembira kerana dapat melihat kawannya bersatu kembali dengan bidadarinya.Jika dahulu selepas kehilangan Amanda,agak sukar untuk melihat Tengku Aaron tersenyum,namun sekarang tidak lagi

Puan Sri Zaitun mengelap air mata yang jatuh,dia gembira kerana dapat melihat Amanda menjadi menantunya untuk kali kedua.Doanya sudah termakbul

Begitu juga dengan Aiman Muiz yang cukup gembira kerana dapat melihat adiknya merasa kebahagian yang sudah lama hilang.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now