bab 55

40.2K 1.8K 109
                                    

Amanda melihat pantulan dirinya di hadapan cermin.Baju khas untuk pekerja cafe sudah tersarung di badannya,Puan Sri Zaitun yang memberi baju ini.Wanita itu memberikan baju yang bersaiz besar bagi membolehkan Amanda memakai kerana perutnya semakin membentuk

Rambut juga sudah siap disanggul tinggi.Minyak wangi diambil dan disemburkan di seluruh badannya.Beg galas dicapai lalu  terus dia melangkah keluar dari ruangan tersebut

"Mummy Amanda dah siap."Dia menegur Puan Sri zaitun yang sekarang berada  di ruang tamu,pasti wanita ini sudah lama menunggunya

Wanita itu segera menoleh dan tersenyum manis.

"Wah cantik betul anak mummy."Puji Puan Sri Zaitun kepada Amanda."Dah jom kita pergi cafe,dah lambat ni."Amanda hanya mengangguk lalu mengaturkan langkah ke arah pintu utama

Kasut hitam yang berada di dalam rak dikeluarkan lalu disarungkan,nasib dia sudah memakai stoking.Tujuannya hanya untuk mengelakkan kakinya melecit.

"Jom pak mat hantarkan kami ke cafe."Arah Puan Sri Zaitun sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Tidak menunggu lama,Lelaki tua itu juga turut  melangkah masuk ke dalam Villfire hitam tersebut ,lalu dengan perlahan-lahan kereta mewah itu bergerak meluncur keluar dari perkarangan tersebut

"Mulai hari ini saya tugaskan pak mat hantar dan ambil Amanda dari cafe.Bolehkan pak mat?."Tanya Puan Sri Zaitun.

"Ishh,apa cakap macam tu Puan Sri.Memang lah boleh,dah memang tugas saya."Balas Pak Mat yang langsung tidak keberatan.Sudah lama dia berkerja dengan pasangan ini,dia akui yang keluarga ini langsung tidak sombong dan tidak memandang darjat seseorang.Pak Mat berasa sangat bersyukur kerana dapat berkenalan dengan majikan seperti ini.

Perjalanan ke cafe memakan masa beberapa minit sahaja.Kereta itu sudah selamat berhenti di hadapan cafe yang berwarna coklat jika kelihatan dari luar."Jom Amanda,kita keluar."Ajak Puan Sri Zaitun,Amanda pula hanya mengikuti arah wanita itu

Sebaik sahaja dia melangkah keluar,kepala diangkat untuk melihat  signboard cafe tesebut.

Danish cafe.

Nama itu tentera di papan singboard tersebut.Pasti cafe ni anak Puan Sri punya.Kata Amanda sendiri.

"Cafe ini diberi nama danish kerana cafe ini dibuka selepas kelahiran anak mummy.Lagipun pula Danish satu-satunya anak kami."Terang Puan Sri Zaitun selepas menyedari tindakan  Amanda yang hanya memandang signboard tersebut.

"Oooo."Hanya itu yang dibalas oleh Amanda.Betul lah aku cakap,cafe ni atas nama anak dia yang punya.Sayang betul wanita ini kepada anaknya

"Dah jom,kita masuk.Yang lain dah tunggu."

TING.Pintu cafe tersebut berbunyi apabila Puan Sri Zaitun menolak,itu menandakan seseorang mula melangkah masuk .Sebaik sahaja dia melangkah masuk,dia melihat hanya 6 orang pekerja sahaja yang berada di hadapan kuanter.3 perempuan 3 lelaki.

"Puan Sri."Tegur salah seorang gadis lalu menyalam tangan Puan Sri Zaitun.Diikuti juga dengan yang lain

"Siapa yang dekat sebelah Puan Sri tu?Cantik."Tanya salah seorang jejaka.Boleh tahan Handsome

Puan Sri Zaitun hanya tersenyum mendengar"Memang ini niat saya datang dekat sini kerana ingin memperkenalkan pekerja  baru.Kenalkan Amanda Medina dan dia ialah anak saya.Jangan macam-macam."Sempat pula Puan Sri Zaitun memberi amaran.

"alahh,baru nak try."Gurau jejaka yang kedua.3 gadis itu sudah memutarkan mata ke atas.Mungkin sudah tahu dengan sikap  lelaki ini.Buaya

"Hai saya nana."Gadis itu memperkenalkan diri sambil berjabat tangan dengan Amanda.

"Hai saya Ros."Gadis yang kedua pula memperkenalkan diri."Dan saya Alia."Gadis yang bersalam dengan Puan Sri Zaitun tadi juga memperkenalkan diri.

"Kalau yang tinggi itu nama dia Rizwan,kalau yang buaya tu nama dia firdaus.Dan yang pakai cap tu nama dia Amar."Alia memperkenalkan ketiga jejaka tersebut.

3 jejaka itu hanya tersenyum memandang Amanda

"Amanda Medina ,panggil saya Amanda je."Kata Amanda dengan ramah.Dia juga memberikan satu senyuman yang manis

"Saya nak awak semua ajarkan Amanda tentang selok belok cafe ni,dan satu lagi jangan bagi dia buat kerja yang berat-berat kerana Amanda sekarang sedang mengandung."Terkejut mereka  mendengar dan sekarang anak mata mereka  tertumpu ke arah perut Amanda yang semakin membesar.

Amanda mencengkam sisi baju sambil menundukkan kepala.Pasti yang lain sudah berfikir yang buruk tentangnya.

"Dah semua pergi buat kerja,saya kena keluar dulu pergi jumpa client."Pamit Puan Sri Zaitun.6 orang pekerja itu hanya mengangukkan sahaja

Amanda pula hanya memandang setiap langkah wanita itu yang mula melangkah keluar.

"Jom Amanda,saya ajarkan awak tentang selok belok cafe ni."Amanda hanya mengikut langkah Ros yang sedang menuju ke arah kuanter.Jujur dia kata yang dia sangat  kekok untuk menyesuaikan diri dengan gadis-gadis disini.Mungkin kerana semasa di universiti dia tidak mempunyai kawan.

"Sekarang tugas awak jaga kuanter je okey?Semua kerja yang lain biar kitorang yang uruskan."Kata Ros sebelum menerangkan tentang cara-cara berada di kuanter

Kadang-kadang screen komputer itu ditekan-tekan,Amanda pula hanya mengangukkan kepala tanda faham

*********************************
Aiman Muiz mengaturkan langkah menuju ke arah dapur,sekarang sudah masuk pukul 12.00 tengah hari dan dia baru sahaja bangun.

Penutup saji buka,perutnya meminta untuk diisi tetapi sebaik sahaja saji dibuka yang dia lihat ialah kosong.Tiada  makanan pun terhidang

"Mama!!!."Laung lelaki itu dengan lantang

Datin Siti yang sedang berada di belakang rumah tergopoh-gopoh berlari selepas mendengar jerkahan anak lelakinya

"Ye Aiman nak apa?."

"Mana makanannya mama?!Aiman lapar tahu tak?!!Bangun je dari tidur  tengok-tengok tak ada makanan!!."Tudung saji itu dilemparkan di lantai sehingga pecah

Terkejut Datin Siti melihat perubahan anaknya,macam tak percaya"Hei!yang kamu nak marah kenapa?Kamu tu yang bangun lewat lepas tu nak marah mama!!jangan jadi anak derhaka ye."

"Tulah,dulu gatal nak halau Amanda sekarang tengok kita yang susah.Kalau dulu bangun-bangun je makanan dah ada depan mata."Sindir  Aiman Muiz

Manakala Datin Siti hanya menjuih bibir,tak habis-habis tentang budak sial tu.Memang semenjak  Amanda keluar dari rumah ini semua kerja rumah dia yang terpaksa buat.Habis hancur kuku dia

"Dahlah malas lah nak duduk rumah kalau macam ni,lebih baik keluar."Lelaki itu mengangkat kaki meninggalkan mamanya seorang diri

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now