Bab 11

33.6K 2K 85
                                    

Amanda baru sahaja selesai membeli sebuku roti dan sebotol air mineral di kafe untuk dibawa ke gelanggang basketball.Dia berjalan keluar dari kafe tersebut lalu menuju ke arah dewan gelanggang.Belum sempat untuk melangkah masuk,tubuhnya ditarik kasar dan ditolak sehingga terjatuh di lantai.

"Arhhh."Amanda menyeringai kesakitan.Punggung dan tubuh belakangnya terasa sangat sakit,mungkin kerana terhentak di lantai mozek ini.

Segera dia mengangkat kepala dan melihat sekumpulan gadis sedang berada di hadapannya.Kepala ditundukkan semula  selepas melihat wajah Bella yang bengis itu.

Siapa je tak kenal dengan Bella.Scandal Tengku Aaron yang ke 50.Bella dan anak jerungnya sudah tersenyum mengejek melihat Amanda yang sudah ketakutan itu.

"I warning you,stay away from Tengku Aaron or you dead!."Bella memberikan amaran
kepada Amanda kerana heboh  tentang gosip Amanda yang semakin rapat dengan Tengku Aaron.Ada yang menuduh Amanda ingin merampas Tengku Aaron daripada gadis ini.

Bella terus menarik  rambut Amanda ditarik dengan kasar.Kedua tangan Amanda sudah dipegang oleh anak jerung Bella.Mengunci segala pergerakan gadis itu.1 lawan 5.

"Arhh,sakitt."Amanda menjerit kesakitan.Rambutnya ditarik sehingga kepalanya terdogak ke atas,kedua tangannya pula ditarik dengan kasar.

"Stop,please stop."Rayu Amanda sambil  menahan tangisan.Suasana di luar gelanggang sangat sunyi dan tiada orang yang lalu lalang.Mungkin semua orang sudah berada di dalam dewan.

"I warning you again,stay away from Tengku Aaron!."Selesai berkata,air mineral yang dibeli oleh Amanda diambil dari dalam plastik.Penutup botol dibuka dan dicurahkan dari atas kepala Amanda.Roti itu pula disumbatkan ke dalam mulut Amanda dengan kasar.

"Bye bitch.PANG"Satu  tamparan yang kuat hinggap di pipi kiri Amanda.Terus mereka melarikan diri sambil tersenyum sinis.Berdesing telinga Amanda selepas mendapatkan tamparan tersebut.

Amanda menangis teresak-esak.Seluruh anggota badannya terasa sangat sakit.Tambahan pula tamparan dari Bella bukannya perlahan.

Dia lihat  roti dan air mineral untuk Tengku Aaron sudah bersepah di atas lantai.Dia takut jika lelaki itu  akan marah kepadanya.

"Nak pergi beli dah tak sempat ni.Aduh nak buat macam ni?"Dia berguman sendiri sambil memegang pipinya yang sudah bengkak.

"Arh,biar jelah.Kena marah je pun."Terus beg sandangnya diambil dan melangkah masuk ke dalam gelanggang basketball.

***********************
Tengku Aaron masih lagi tidak senang duduk kerana belum melihat kelibat tubuh badan Amanda.Kawan-kawannya sudah naik pelik melihat Tengku Aaron yang kelihatan seperti  tidak senang duduk.

"Bro,kau dah kenapa?Dari tadi macam gelisah je."Adrian bertanya sambil masih sibuk  melakukan pemanasan badan.

"Kau risau team kita akan kalah ke?"Soal Ezra

"Rilex lah Bro,kita mesti menang punya.Team kita power kot.Tengok siapa kapten team ni."Ben menambah.Selain daripada ketua kumpulan superbike ,Tengku Aaron juga ketua team basketball di universiti ini.

"Aish,bukan tu lah."Tengku Aaron mengambil tempat di sebelah Ezra.

"Dah tu kenapa bro?."Soal Kelvin.Kelvin seorang yang santai bukan seperti 3 orang lagi.Perangai kalah setan.

Belum sempat dia menjawab,kedengaran satu suara lembut dari arah belakang .Segera Tengku Aaron menoleh,perasaan risau sudah bertukar menjadi gembira.Eh dah kenapa?

Tergopoh-gopoh Amanda berlari,dengan rambut yang berserabut.Lepas kena siram kan.

"Kau dah kenapa lambat ni?Satu lagi mana makanan aku ?"Suara Tengku Aaron bertukar menjadi garang.Amanda hanya mampu mendiamkan diri.

"Amanda,kenapa dengan rambut awak tu?Pergi mandi air terjun ke?Kenapa tak ajak."Tanya Adrian dengan nada yang merajuk.

Segera Tengku Aaron melihat ke arah  rambut gadis itu,kelihatan seperti rambut itu ditarik dan disiram dengan air.Pipi gadis itu pun sudah bengkak.Belum sempat dia bersuara.Wisel sudah berbunyi.

"Jom bro,pihak lawan dah masuk tu."Ajak Ben.Teamnya sudah memasuki gelanggang dengan semangat.

"Wish me goodluck BabyGirl.Dan kau masih ada hutang dengan aku."Tengku Aaron berbisik halus di tepi telinga Amanda.Rambut Amanda diselitkan sedikit di tepi telinga dan dia memberikan satu senyuman yang manis kepada gadis itu.

Tercenggang Amanda selepas mendengar bisikan halus dari lelaki itu.Bukan bisikan menakutkan tetapi bisikan yang sangat romantik.Tambahan pula buat pertama kali dia melihat Tengku Aaron senyum,arhhh cair.

Beg sukan Tengku Aaron diambil dan dibawa ke dalam pelukan.Nak jaga beg je.Dia melabuhkan punggung di atas bangku untuk menyaksikan perlawanan basketball di antara dua universiti tersebut.


Saya rasa macam cerita ni semakin lama,semakin bosan lah

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now