bab 27

29.7K 1.5K 159
                                    

Tengku Aaron sedang termenung sambil melihat pemandangan langit yang dipenuhi bintang.Dia masih lagi berfikir cara untuk memberitahu kepada kedua ibu bapanya tentang perkahwinannya yang akan diadakan beberapa hari lagi.

Ye,dia harus mencari alasan yang muhasabah,Iphone miliknya dicapai lalu nombor  telefon daddynya ditekan.

"Hello Danish."Suara Daddynya sudah kedengaran,keluarganya  lebih gemar memanggil dirinya Danish.Kawan-kawannya sahaja yang memanggil Aaron.

"Hello daddy er...mummy ada tak?."Soal Tengku Aaron dengan gugup,dia cuba untuk menghilangkan debaran di dada.

"Mummy ada je .Kenapa Danish tanya?."Tan  Sri Tengku Malik sudah pelik dengan perangai anak tunggalnya ini.Biasa kalau telefon,tak pernah cakap perlahan macam ni.

"Danish nak mintak restu Mummy dan Daddy,Danish harap  Mummy dan Daddy restu semua perkara yang Danish buat."Ujarnya dengan lancar.

"Pelik betul kamu ni,tiba-tiba call mintak restu.Ada apa-apa ke?."

"No!Alah Danish saja je nak mintak restu,Danish kan anak yang baik.So setiap perkara yang danish lakukan harus ada restu dari mummy dan daddy."Tengku Aaron tersenyum sinis,pandai pulak dia buat ayat.

"Mummy dah restu semua perkara yang Danish buat.Mummy tahu anak Mummy  ini pandai membuat sesuatu keputusan."Panggilan sudah bertukar kepada Puan Sri Zaitun.

"Mummy rindu sangat dengan anak lelaki mummy ni,Danish cepat balik ye."Suara Puan Sri  Zaitun berubah menjadi sayu,bertahun-tahun dia tidak melihat wajah anak lelakinya itu.Sudahlah dia mempunyai anak seorang sahaja

"Danish pun rindu dengan Mummy dan Daddy.Mummy sabar ye,tak lama pun 9 bulan je lagi.Selesai je uruskan dekat sini,Danish akan pulang.Thanks Mummy daddy kerana  restukan setiap perbuataan Danish."Perkataan hujung diperlahankan.

"Sama-sama Sayang."Tan Sri Tengku Malik dan Puan Sri Zaitun menjawab serentak,langsung tidak mensyaki perbuatan Tengku Aaron,lalu panggilan itu ditamatkan dengan segera.Nanti banyak pulak diorang tanya

Tengku Aaron sudah melepaskan nafas yang lega,dia sudah mendapat restu dengan cara yang tidak betul.Biarlah asalkan dia dapat restu,jejak itu terdiam sebentar kerana mengingati nasihat daripada Kelvin.

"Jaga Amanda,tapi boleh ke aku jaga dia?"Soalnya sendiri."Arhhh ingat Aaron kau kahwin dengan dia sebab cabaran je.Kau jangan jatuh cinta dengan dia.Cukup 3 bulan kau kena ceraikan dia."Katanya kepada dirinya sendiri dengan cukup yakin.

*******************************
Beberapa minggu kemudian.

Amanda melihat pantulan dirinya di hadapan cermin,baju yang tersarung di tubuhnya sangat sesuai dengannya.Tudung putih sudah terletak elok di kepalanya,walaupun dia tidak bertudung tetapi dia masih pandai mengayakan pelbagai jenis  tudung.Dada kanannya  dipegang,apa yang dirasa saat ini ialah berdebar.Tinggal beberapa minit lagi statusnya akan bertukar menjadi isteri orang.

Ting.Telefonya berbunyi menandakan pesanan masuk,lantas dia mencapai telefon itu.Gadis itu mendapat pesanan daripada Ben,lelaki  itu mengatakan yang dia sudah menunggu di tingkat bawah.

Tanpa membuang masa,Amanda segera keluar dari bilik sewanya dan menuju ke tingkat bawah.Dia hanya menyarungkan sepasang heels yang agak sederhana tinggi

Terganga besar Ben melihat penampilan  Amanda yang sangat luar biasa,gadis itu sangat cantik memakai pakaian pengantin.Tambahan pula dia pertama kali melihat Amanda bertudung.Wajah gadis itu sangat cantik walaupun di make up dengan kadar yang sederhana sahaja

"Wow,Cantiknya awak Amanda."Puji Ben dengan ikhlas,tidak berkelip dia melihat gadis itu.Amanda sudah tersipu malu.

"Ishh takde lah.Biasa-biasa  je."Nafi Amanda,perempuan memang macam tu kan.Bila orang puji tak mengaku pulak,bila orang kata tak cantik mengamuk pulak.Macan awak semua

"Awak kahwin  dengan saya jelah.Tinggal Aaron sorang-sorang."Gurau Ben sambil tergelak.Hari ini dia memakai kurta yang berwarna biru laut dan seluar jeans,belum pernah dia memakai seperti itu.

"Eh tak boleh,saya nak kahwin dengan Aaron je."Tercetus ketawa yang besar dari Ben selepas melihat wajah  Amanda yang bertukar menjadi cuak.Gadis ini betul-betul polos

"Hahahahaha,saya gurau jelah.Dah jomlah,yang lain dah tunggu dekat masjid."Tanpa melengahkan masa,mereka  berdua segera melangkah masuk ke dalam  kereta Porsche GT3 RS yang berwarna hitam

"Wah,cantiknya kereta ini.Kereta awak ke?."Soal Amanda sambil memerhati setiap sudut kereta ini.Macam mafia lah pulak,hahahahh

"Tak,ini  kereta Aaron."Balas Ben yang sedang memakai seat belt.Jika tentang kereta,mereka hanya meminjam kereta daripada Tengku Aaron kerana kereta milik mereka berada di Malaysia.Hanya Tengku Aaron yang mempunyai kereta di negara ini,lebih daripada tiga buah.

Amanda hanya  menganggukkan kepala,kaya betul bakal suami dia.Lantas Ben menekan minyak dan kereta itu sudah meninggalkan kawasan tersebut.Sekarang destinasi yang dituju ialah Masjid.




Dah nak kahwin guys

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now