bab 30

37.3K 1.7K 147
                                    

Kereta porscye milik Tengku Aaron sudah berhenti tepat di hadapan sebuah Villa yang cukup mewah.Villa tersebut sudah lama dibeli olehnya,kata Tengku Aaron  untuk kegunaan masa hadapan.Kemudian lelaki itu mengalihkan pandangan di sebelah,dia hanya memerhati wajah cantik isterinya yang sudah terlena,pipi  Amanda diusap lembut.

Perlahan-lahan kelopak mata Amanda terbuka apabila terasa pipinya diusap.Kepala diangkatkan sedikit dan dia melihat wajahnya dan wajah suaminya sedang berada di jarak yang sangat dekat.Walaupun mereka sudah halal,Amanda tetap berasa berdebar

"Lena betul sayang tidur."Tegur Tengku Aaron"Jom,kita dah sampai."Lelaki itu terus melangkah keluar dan Amanda jugak turut mengekori langkah suaminya ,pintu kereta ditutup.Terganga besar gadis itu apabila  melihat pemandangan yang berada di hadapanya,sebuah Villa yang cukup mewah

"Awak,Villa siapa ni?."Soal Amanda sambil anak matanya masih liar memandang setiap sudut Villa itu dari arah luar.Tengku  Aaron bergerak ke arah isterinya lalu pinggang  ramping itu dipaut.

"Villa ini milik aku,dah lama aku beli tapi  jarang balik dekat sini.Seminggu sekali aku akan upah orang bersihkan Villa ni."Terang Tengku Aaron kepada isterinya.Memang dia jarang pula ke sini kerana dia lebih gemar tinggal di kondo bersamaa kawan-kawannya

"Sekarang awak dah tak payah upah pembantu,sebab saya dah ada."Kata Amanda yang sedikit mendogak untuk melihat wajah suaminya.Tengku Aaron sangat tinggi

Tengku Aaron hanya tersenyum tanpa membalas"Dah jom masuk, aku nak tunjuk bilik kita."Tangan Tengku Aaron masih lagi tidak lepas daripada memeluk pinggang isterinya,mereka berjalan seiringi lalu melangkah masuk ke dalam Villa tersebut.

Beg pakaian sudah dibawa oleh Tengku Aaron,sebelum mereka bertolak ke sini.Amanda sempat singgah di bilik sewanya untuk mengambil kesemua barangan  miliknya kerana dia sudah lagi tidak  tinggal di situ kerana tempatnya sekarang ialah di sisi suaminya.

Terpukau Amanda melihat pemandangan Villa itu dari dalam,lagi mewah daripada pemandangan luar.Design villa itu sangat elegan tambahan pula dinding di warnakan dengan warna hitam.Begitu juga perabot yang berwarna hitam,memang suaminya minat warna hitam ke?

Lif yang berada berdekatan dengan tangga  dituju,butang tingkat 3 ditekan.

TING.Pasangan itu melangkah keluar  dari pintu lif.Amanda hanya mengikuti setiap langkah Tengku  Aaron yang sedang berjalan menuju ke arah biliknya utama.

Pintu bilik dibuka dan"Wah,cantiknya awak."Kata Amanda dengan teruja lalu membuka langkah memasuki ruang itu.Bilik itu sangat luas,sangat jauh berbeza dengan bilik sewanya dahulu.Ruang  wardrobe yang berada di sebelah kanan,katil yang bersaiz king berada di tengah.Sofa pula berada di hujung sudut

"Now,bilik ni dah jadi bilik kita."Tengku Aaron memeluk isterinya dari arah belakang.Dagu ditongkatkan di atas bahu kanan.Entah kenapa dia suka melihat wajah isterinya gembira

Pipi isterinya dicium lembut,pelukan dieratkan.Amanda  memusingkan badan ke arah depan lalu memeluk tubuh  tegap suaminya dengan erat"Terima kasih awak,saya terharu sangat-sangat."Katanya dengan ikhlas

Tengku Aaron membalas pelukan tersebut.

Jejaka itu menarik tangan isterinya untuk mendekati ke arah katil,mereka berdua melabuhkan punggung di atas tilam yang empuk itu.Pin tudung tersebut dicabut dengan  perlahan-lahan,Amanda  langsung tidak menghalang setiap tindakan suaminya

Tudung tersebut sudah terlepas sekaligus menampakkan rambut isterinya,Tengku Aaron mencium setiap helaian rambut itu.Wangi

"Kau cantik,cantik sangat."Puji Tengku Aaron sambil mengusap rambut ikal mayang itu.Dia  akui Amanda sangat cantik,tipu lah jika dia tidak terpukau sewaktu melihat penampilan Amanda memakai tudung.Tambahan pula gadis itu memakai baju kurung,tidak kurang seperti  wanita melayu terakhir.

"Awak pun apa kurangnya.Handsome jugak,saya suka tengok awak pakai baju melayu.Nampak kacak."Amanda membalas pujian suaminya sambil mengusap jawline tajam milik suaminya.Ini kali pertama dia melihat Tengku Aaron memakai pakaian yang berwarna.

Selama ini lelaki itu hanya tahu memakai pakaian yang berwarna hitam sahaja.Masing-masing saling menatap sehingga Amanda bersuara

Gadis itu bangkit dan berkata"Saya nak pergi ganti baju dahulu."Belum sempat Amanda berjalan mendekati ke arah ruang wardrobe,tangannya sudah ditarik sehingga dia terlantar di atas katil.

Membulat matanya apabila Tengku Aaron sedang menidih tubuh badannya,dia langsung tidak boleh bergerak.Anak  mata mereka saling menatap,ibu jari milik Tengku Aaron mengusap lembut bibir merah Amanda lalu disambar dengan lembut.Terbeliak matanya apabila  bibirnya sudah diragut

"Eh a...wak...apa..ni?"soal Amanda tergagap-gagap selepas Tengku Aaron melepaskan pautan tersebut.Dia mengambil nafas yang baharu,jantungnya  berdegup dengan pantas,sepantas kilat dia menahan dada Tengku Aaron dari terus merapat dengan dadanya.

Tengku Aaron langsung tidak
membalas pertanyaan daripada isterinya malahan dia hanya memberikan pandangan yang redup kepada Amanda.Sekali lagi bibir merah itu ditindih

"Please be mine tonight,sayang."Bisik Tengku Aaron di tepi telinga Amanda,suara lelaki itu  seakan-akan merayu.Sungguh dia tidak tahan dengan isterinya.Aura isterinya terlalu kuat tambahan pula mereka sudah halal

Amanda menelan air liur,dia bukan tidak bersedia cuma dia sedikit gementar.

Akhirnya Amanda tersenyum dan menganggukkan kepala,dia mengantungkan kedua belah tangannya di leher suaminya.

Setelah diberikan keizinan,Tengku Aaron tersenyum dan terus menyambar bibir mungil itu dengan rakus.Amanda hanya memejamkan mata menikmati,ciuman tersebut turut dibalas dengan lembut.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now