bab 21

30.3K 1.6K 348
                                    

Selepas kejadian Tengku Aaron melamar Amanda,mereka berdua tidak lagi rapat seperti dulu.Amanda pula setiap kali berjumpa Tengku Aaron,dia akan melarikan diri.Malu mungkin.

Gadis itu sekarang berada di library.Tekun dia membaca setiap nota yang diberikan oleh lucturer .Tinggal seminggu lagi,sebelum final exam berlangsung.

SKREKK.Kerusi kosong yang berada di depannya ditarik oleh seseorang lantas dia mengangkat kepalanya.Kelvin memberikan satu senyuman manis kepada gadis itu lalu lmelabuhkan punggung,mengambil tempat di atas kerusi itu.

"Hye,fokus sangat baca nota.Sampai I berdiri depan you pun,you tak sedar."Tegur Kelvin dengan ramah.Dia pun datang sini kerana ingin study,beg sandang belakang dilepaskan dan diletakkan di atas meja.

Amanda mengaru keningnya yang tidak gatal."heheheh,sorry tak perasan.Yelah exam kan tinggal lagi seminggu .So saya kena fokus study."Balas Amanda dengan perlahan supaya tidak menganggu orang lain yang juga berada di dalam ruangan ini.

"Betul jugak...Er,Amanda I nak tanya satu soalan boleh?."Soal Kelvin dengan berhati-hati,kalau boleh tidak mahu menyakitkan hati gadis ini.

"Boleh,tanya jelah."Tangan masih lagi ligat menyalin nota dan matanya langsung tidak memandang lelaki itu.

"You terima ke lamaran Aaron tu?"Soal Kelvin,dia  baru sahaja mendapat tahu tentang lamaran itu kerana Adrian memberitahunya pagi tadi.Dia tumpang gembira atas kebahagian Tengku Aaron.Walhal,Kelvin masih lagi tidak mengetahui tentang perkara sebenar.

Tangan Amanda yang sedang menyalin nota berhenti.Pen diletakkan lalu mengangkat kepala.Dia melihat tepat ke arah Kelvin.

"Er....saya tak fikir lagi tentang  lamaran tu.Aaron cakap biar saya fokus exam dulu.Lepas habis exam,baru saya bagi jawapan tentang lamaran tu."Balasnya dengan bermacam-macam perasaan.Kadang-kadang happy,kadang-kadang takut bila difikirkan semula tentang perkara itu.

"Hm,saya harap awak terima lamaran tu.Saya pun gembira melihat perubahan Aaron selepas  kenal dengan awak .Dia semakin berubah.Dulu dia suka pergi ke kelab.Sekarang  dia jarang pergi ke kelab.Kalau pergi pun sebab nak jaga hati kawan."Terang Kelvin tentang perubahan Tengku Aaron.

Amanda hanya mendiamkan diri,dia tumpang gembira dengan perubahan lelaki itu.Sekurang-kurangannya lelaki itu ada niat untuk berubah.

***********************
Tengku Aaron,Adrian,Ben dan Ezra sedang berada di markas mereka.Kelvin pula masih lagi berada di library bersama Amanda.

"Bro,Kau rasa Amanda terima tak lamaran kau?."Soal Adrian sambil menguyah pizza.

"Entah."Balas Tengku Aaron dengan santai sambil berpeluk tubuh.Kaki dilunjurkan di atas meja.

"Aish,tak boleh macam tu Bro .Kau kena buat dia terima lamaran tu."Bangkang Ben bersungguh-sungguh.Tidak tahu apa salah Amanda kepada dirinya sampai begitu sekali sikapnya terhadap gadis polos itu.

"Sebelum tu aku nak tanya dengan korang.Kenapa korang bagi aku cabaran macam tu?."Mata Tengku Aaron memandang ke arah kawan-kawannya.Tersentak mereka apabila diajukan soalan sebegitu,pizza diletakkan semula di kotak.

"Alah,Kitorang  pun tahu  perangai kau macam mana.Yelah asyik tengok kau mainkan hati perempuan yang hot je.Nak jugak tengok kau permainkan hati perempuan nerd macam Amanda tu."Terang Ezra kepada Tengku Aaron.Memang itu niat mereka,saja nak bergurau.

Ben dan Adrian terus menggangguk kepala.Tanda setuju.

"Kalau kau berjaya dalam misi ni,memang kau lelaki sejati ."Ben pula menambah saja untuk memanaskan lagi tentang topik ini.

Bukannya dia tidak tahu ketuanya ini sejenis pantang dicabar.

"Hm betul jugak.Aku pun bosan asyik perempuan hot je.Takpe,aku tahu macam mana nak buat perempuan tu terima lamaran aku."Balas Tengku Aaron dengan sinis,langsung tiada hati perut.Dia tekad untuk menerima cabaran dari kawan-kawanya.Memang dirinya pantang dicabar.

Ezra,Adrian dan Ben sudah menepuk tangan kerana misi mereka berjaya.Sesekali mainkan hati perempuan macam tu apa salahnya.






Takut pulak baca komen korang yang  maki Tengku Aaron😂😂

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now