bab 58

38.6K 1.9K 383
                                    

Beberapa bulan kemudian

Amanda melabuhkan punggung di atas kerusi cafe.Dia mengalihkan pandangan ke arah luar,kadang-kadang dia melepaskan keluhan.Nasib hari ini pelanggang tidak ramai mana seperti selalu,perutnya yang semakin memboyot diusap lembut.

Masa berlalu dengan sangat pantas,sedar tak sedar sudah masuk 9 bulan kandungannya.

Allhamdulillah,walaupun hidupnya diuji sebegitu tetapi Allah masih sayangkan dirinya dan anaknya.Buktinya Allah hantarkan orang yang baik-baik untuknya.Puan Sri Zaitun dan Tan Sri Tengku Malik melayan dirinya dengan sangat baik,setiap kali Amanda mengidamkan sesuatu pasti mereka akan mencari sampai dapat

Tambahan pula semua pakaian dan perkara untuk baby sudahpun dibeli oleh Puan Sri Zaitun,setiap minggu pasti wanita itu akan shooping barangan baby.

Jarang sangat dia mengikut wanita itu bershooping kerana dia sudah tidak larat untuk berjalan lama-lama.Kakinya mudah rasa sakit

"Ha,kau mengelamun apa?."Tersentak Amanda selepas disergah oleh Nana,dia menoleh ke arah gadis itu.

Gadis itu pula hanya tersengih sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan Amanda.

"Ishhh kau ni,terkejut aku.Kalau anak aku yang terkejut macam mana?."Gurau Amanda,lengan gadis itu ditepuk.Tidak kuat mana

Terkekeh-kekeh gadis itu ketawa."Ishhh,aku gurau jelah.Ni aku tanya kau ni,kau termenungkan apa?."

Amanda membuang keluhan,satu lagi perkara yang melekat di fikirannya"Semalam aku pergi check up,lepastu aku ada tertengok satu pasangan ni.Diorang pun pergi check up jugak,seronok sangat aku tengok suami dia temankan isteri dia pergi check up."Cerita Amanda dengan suara yang cukup sayu.

"Selama ni aku berharap sangat yang suami aku pun ada di sisi aku untuk temankan aku pergi check up.Tapi aku tahu itu semua mimpi dan perkara itu tidak akan pernah terjadi."Kali ini Amanda sudah menangis.Rasa sebak di dada apabila teringat tentang perkara ini,selama tempoh dia mengandung dia hanya pergi check up seorang diri sahaja.Ada juga doktor bertanya tentang suaminya tetapi Amanda hanya memberitahu yang suaminya berkerja jauh.Jarang balik

Manakala Nana sudah mengigit bibir,rasa serba salah kerana menyoal sebegitu kepada Amanda,kerana dia sudah tahu tentang kisah hidup ibu muda ini . Amanda yang menceritakan semuanya itu kepada dirinya sahaja

Bahu wanita muda itu dipaut.

"Sabar Amanda,kau kena percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kau kena percaya yang Allah turunkan ujian itu kerana dia tahu setiap kemampuan umatnya.Dah tak payahlah sedih,walaupun kau hilang suami tapi kau masih ada anak kau."Nasihat Nana dengan lembut

"Terima kasih nana,kau selalu ada time aku sedih.Kau selalu dengar luahan hati aku,aku terharu sangat.Sebelum ni aku langsung tak
pernah ada kawan.Tiada tempat untuk aku mengadu."Luah Amanda.Sisa air matanya dilap menggunakan tisu

"Dah..dah kitorang dekat sini semua kawan-kawan kau.Insyallah kitorang akan ada time kau sedih dan susah."Ujar Nana ikhlas.Belakang tubuh Amanda digosok-gosok cuba untuk menenangkan.

"Aku nak pergi sambung buat kerja ni,kau macam mana?nak rehat dulu ke?."Nana bertanya

"Kau pergi lah dulu,aku nak berehat sekejap.Lenguh lah pulak."Balas Amanda sambil membuat muka comel.Saja nak bodek

Gadis itu hanya mengangguk kepala lalu bangun dan kembali menyambung kerjanya.

Dia hanya menghantar pemergian gadis itu dengan ekoran mata sahaja,tidak lama
kemudian dia memegang perutnya.Entah kenapa dari pagi tadi lagi dia berasa perutnya sakit.Terlalu sakit tetapi dia menggangap sakit itu sekejap sahaja.

Langit yang semakin membiru dipandang melalui cermin cafe dari arah dalam.

Mesti awak dah bahagiakan Aaron?Desis hatinya sambil tersenyum nipis.

*********************

"Mummy tengok perut Amanda semakin besarlah,rasa bimbang pulak bila tengok Amanda buat kerja dekat cafe."Tegur Puan Sri Zaitun sambil memandang tepat ke arah perut wanita itu

Mereka berdua sekarang berada di ruangan dapur,sedang bersiap menyediakan makan malam.

"Tulah mummy Amanda pun perasan tapi doktor tak cakap apa-apa pun.Cuma dia cakap baby okey je,sihat."Dia pun pelik melihat perutnya yang semakin besar,sangat berbeza dengan ibu mengandung yang lain.Semasa kandungannya mencecah 7 bulan tetapi perutnya sudah menampakkan seperti 9 bulan.

Dan sekarang 9 bulan,lagilah besar.Ramai juga yang menegur tentang perutnya

"Mummy rasa Amanda perlu stop kerja dekat cafe,bimbang pulak mummy rasa.Mummy taknak apa-apa yang terjadi."Kata Puan Sri Zaitun,sudah lama dia mahu menegur perkara ini tetapi terbatal kerana dia melihat Amanda begitu suka dengan pekerjaan itu sekarang

Terdiam Amanda dibuatnya,pergerakan tangannya juga turut terhengi.Jika difikirkan semula memang dia mahu berhenti kerja tetapi dia sayang untuk meninggalkan kawan-kawan sekerjanya

Namun apabila memikirkan keadaannya yang semakin sarat,nak jalan pun tak ralat.Nak tak nak dia perlu berhenti kerja.Itupun untuk langkah berjaga-jaga

"Hm,baiklah mummy.Amanda ikut cakap mummy."Melebar senyuman Puan Sri Zaitun,gembira betul dia kerana Amanda sentiasa mendengar cakapnya

"Okey,tentang perkara ni Amanda jangan risau.Nanti mummy bagitahu dengan diorang."Diorang yang dimaksudkan oleh Puan Sri Zaitun ialah perkerja di cafe itu

"Amanda,masih lagi tak dapat tahu tentang keluarga Amanda?"Soal Wanita itu lagi tentang keberadaan keluarga Amanda.

"Tak lagi mummy,Amanda tak dapat langsung berita tentang diorang.Pernah juga Amanda pergi rumah mama dan papa tapi setiap kali pergi mesti rumah tu kosong."Ujar Amanda sedih,walaupun keluarganya sudah membencinya tetapi Amanda tetap sayangkan mereka

"Hm,mungkin diorang pergi jalan-jalan kot.Tapi Amanda jangan putus asa okey?nanti Amanda boleh cari diorang semula."Wanita itu cuba memberi kata-kata semangat kerana dia tidak mahu Amanda berasa sedih.

"Lupa pulak mummy nak cakap,esok anak mummy dah nak balik."Kata Puan Sri Zaitun dengan nada yang ceria.Tidak sabar betul dia mahu berjumpa dengan anak tunggalnya.Sudah bertahun-tahun dia tidak berjumpa dengan anak tunggalnya.

"Oooo,Amanda pun nak jugak tengok muka anak mummy.Mana tahu boleh buat suami."Gurau Amanda sambil ketawa

Yelah selama dia tinggal di sini.Belum pernah dia melihat gambar anak tunggal Puan Sri Zaitun.Puas dia mencari tetapi tidak jumpa juga,dia mencari pun kerana ingin tahu

Pecah ketawa Puan Sri Zaitun mendengar."Mestilah boleh,apa pulak tak boleh.Mummy berharap sangat Amanda menjadi menantu mummy.Tapi kalau tak ada jodoh,nak buat macam mana."Amanda hanya tersenyum nipis,dia jadi menantu Puan Sri Zaitun.Belum pernah lagi dia memikirkan tentang perkara itu

"Dah cepat masak ...nanti daddy balik nak makan pulak."Puan Sri Zaitun terus menukar topik perbualan,kerana dia perasan yang air mhma Amanda sudah berubah.

"Hm yelah mummy."Balas Amanda lalu menyambung perkara yang tergendala.











KESAYANGAN KORANG DAH NAK BALIK TU HAHAHHAAHAH

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now