bab 59

39.8K 2K 169
                                    

Tuala yang berada di atas kepala dilepaskan sebelum menyidai di palang dinding.Terasa segar seluruh badan selepas mandi.Entah kenapa malam dia berasa sangat panas,sebab itu Amanda mengambil keputusan untuk mandi kali kedua.

Katil yang berada di tengah ruangan tersebut dituju,lalu dia menyandarkan badan di kepala katil sambil mengusap perutnya.Kadang-kadang dia memejamkan mata apabila bawah perutnya dicucuk-cucuk dengan jari telunjuk.Aii,perutnya semakin  lama,semakin sakit

Malas untuk mengambil tahu dia terus bercakap dengan anaknya.

"Mama..tak sabar nak tunggu anak mama lahir.Mesti comel macam mama kan?"Amanda tergelak kecil,perasan betul

"Mama harap sangat anak mama boleh jadi kuat macam mama dan mama berharap jika suatu hari nanti kita dapat berjumpa semula dengan papa,anak mama takkan bencikan papa.Tapi mama tahu mesti papa dah gembira dekat luar sana.Entah-entah dia dah ada isteri baru."

"Jika masa bersalin nanti umur mama tidak  panjang,mama harap sangat kita berdua meninggal sama-sama.Cukup lah mama je yang dibuang oleh keluarga,mama taknak anak mama terkena tempias sekali."Di akhir kata,Amanda ketawa perlahan seolah-olah menutupi rasa sayu di hati

Tersenyum lebar dia selepas mendapat tendangan dari anaknya ibarat anaknya faham apa yang dikatakan olehnya

"Sekarang kita hidup berdua je sayang,keluarga mama dah buang mama.Papa pun dah buang mama.Sampai hati papa kan?Mama tak tahu apa salah mama sampai dia buat macam tu dekat mama.Apa salah mama sayang?"Cadar katil dicengkam kuat.Air mata merembes keluar membasahi wajah.

Memang ini rutin hariannya setiap  malam pasti, bercakap dengan anaknya.Bercakap sampai menangis

Tanpa disedari,semua luahan Amanda didengari oleh Puan Sri Zaitun.Wanita itu juga menangis sambil menutup mulut.Tidak mahu esakannya terkeluar.

Setiap malam pasti dia akan mendengar luahan dari ibu muda itu.Sungguh kesian dengan Amanda dan bayi yang belum lahir itu,diuji begitu sekali

"Mummy janji akan jaga Amanda macam anak mummy sendiri."Kata Puan Sri Zaitun.

*******************
"Yes,akhirnya boleh juga aku keluar dari negara ni."Kata Adrian dengan teruja.Mana tak teruja kalau dah 3 tahun tinggal disini.Nasib mereka sudah membeli tiket awal-awal

Mereka berlima sekarang berada di Villa Tengku Aaron.Semenjak  Kelvin sudah berbaik dengan mereka,mereka  mengambil keputusan untuk tinggal di Villa mewah ini.

Sekaligus boleh meneman Tengku Aaron

"Aku pun tak sabar nak balik jumpa mama aku.Mana tahu mama aku dah berubah,semakin besar ke?."Kata Ben dalam nada bergurau.Gawat ruang tamu itu dengan suara ketawa jejaka-jejaka tersebut.

"Kau kenapa Bro?dari tadi lagi aku tengok kau diam je.Ada masalah ke?."Tanya Ezra sambil menepuk bahu Tengku Aaron

Dia perasan dengan perubahan lelaki ini selepas  dia menceraikan Amanda,lelaki itu menjadi lebih serius dan diam dan Tengku Aaron  akan bercakap jika ada perkara penting sahaja.Tambahan pula lelaki ini ini  semakin kuat berkerja.Kadang-kadang sampai tak balik.

Ezra cuba berfikir positif,mungkin itu sahaja perkara yang boleh  menutup kesedihan Tengku Aaron

"Hm,entah lah.Sejak kebelakangan ini aku  rasa macam tak sedap hati je.Macam ada perkara yang akan berlaku."Ujar Tengku Aaron dengan perlahan.Hampir pecah kepala dia memikirkan tentang perkara itu.

Tidak lupa juga setiap malam pasti dia akan bermimpi tentang kehadiran pasangan kembar lelaki

Berkerut dahi mereka lalu memandang ke arah Tengku Aaron."Hm..takde apa-apa kot.Cuba kau fikir  positif jelah.Mungkin itu perasaan kau berdebar-debar,yelah dah lamakan kau tak balik Malaysia.Mungkin kau rasa nervous."Kata Kelvin,cukup sekadar untuk menenangkan hati kawannya itu.

"Korang dah kemas ke pakaian korang?Jangan lupa pulak esok flight kita awal."Kata Ben memperingati kepada kawan-kawannya.

"Jangan risau,kitorang dah siap kemas.Tak sabar kot nak balik."

"Aku naik dulu lah,nak kemas pakaian."Pamit Tengku Aaron lalu bangkit menuju ke arah bilik tidurnya.Sungguh dia tiada mood untuk berborak lebih lama.

4 jejaka tersebut  hanya memandang susuk tubuh itu yang semakin menjauh.

Ben membuang keluhan"Aku menyesal sangat sebab mulakan cabaran tu,kalau tak mesti diorang dah bahagia kan?"Ujarnya sambil menundukkan kepala

"Aku pun menyesal Bro,aku rindu sangat nak tengok Aaron bahagia.Rindu nak tengok senyum macam dulu dan senyuman itu wujud  apabila dia bersama Amanda."Kata Adrian dengan sayu.Mereka bertiga menundukkan kepala,menyesal akan perbuataan mereka.

Dan kesannya kepada Tengku Aaron bukannya mereka

"Dah korang jangan sedih,aku yakin diorang pasti akan bertemu kembali.Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.Nak menyesal pun tak guna sebab perkara dah berlaku."Nasihat Kelvin kepada kawan-kawannya.

"Aku akan pastikan suatu hari nanti pasti diorang akan bersatu semula."Kata Ben dengan yakin.

Yang lain hanya mengangguk kepala.Setuju

Semoga ada sinar kebahagian yang menanti mereka

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now