bab 63

42.6K 2.2K 340
                                    

Amanda melangkah masuk ke dalam Villa tersebut dengan lemah.Dia masih lagi terkejut dengan berita pemergian ibu bapanya.Tombol pintu dicengkam kuat seakan-akan menahan rasa sakit di dada

Sungguh dia tidak kuat lagi untuk menghadapi dugaan yang ditimpa,lutut terasa longgor dan akhirnya dia jatuh melorot sambil menangis teresak-esak.

"Ya ALLAH Amanda!kenapa ni?Amanda dah nak bersalin ke?Amanda sakit ke?."Tergopoh-gopoh Puan Sri Zaitun berlari mendapatkan anak angkatnya,tubuh Amanda diangkat lalu dibawa ke dalam pelukan

Namun Amanda hanya mampu mengelengkan  kepala,tangisan masih lagi tidak reda.

Lengan Amanda dipegang,menyuruh untuk berdiri.Amanda bangkit dan berjalan dengan perlahan-lahan menghampiri sofa.Mereka berdua melabuhkan punggung.

"Habistu kenapa Amanda menangis?Cuba cerita dekat mummy."Soal Puan Sri Zaitun sambil mengusap belakang Amanda.

"Mama dan papa Amanda dah takde ,diorang dah meninggal kerana kemalangan."Katanya dengan sebak dan itu membuatkan air mata semakin  deras air mata mengalir.

Tergaman Puan Sri Zaitun mendengar,sempat juga dia mendoakan kepada kedua ibu bapa wanita muda ini.Begitu besar dugaan yang perlu dihadap oleh Amanda .

"Dah..jangan sedih.Amanda kena ingat setiap yang hidup pasti akan mati.Jangan meratapi orang yang dah meninggal,tak baik.Mummy percaya yang mama dan papa Amanda tetap sayangkan Amanda.Tiada ibu yang akan membenci anaknya.Amanda jangan risau,walaupun mama dan papa dah takde.Mummy dan daddy tetap akan bersama Amanda,kitorang dah anggap Amanda macam anak kandung.Amanda jangan sedih,kesian baby tengok mama dia sedih."Pujuk Puan Sri Zaitun sambil mengusap perut boyot itu.

"Mummy nak tanya,macam mana Amanda tahu yang mama dan papa Amanda meninggal?"

"Tadi dekat Mall,Amanda terserempak dengan abang kembar Amanda.Dan dia bagitahu semua yang terjadi selama Amanda tiada.Hubungan kami pun dah macam dulu."Kata Amanda sambil mengelap sisi air mata.

"See,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Hubungan Amanda dan abang Amanda pun dah elok.Bagus lah macam tu,tak elok adik beradik bermusuhan."Amanda mengangguk kepala tanda setuju.Betul lah apa yang orang cakap air dicincang takkan pernah terputus

"Amanda pergi Mall beli apa?Meh sini mummy nak tengok."Beg plastik putih itu dicapai oleh Puan Sri Zaitun lalu dibuka.Dia cuba untuk mengembalikan suasana ceria

Sebaik sahaja beg plastik itu dibuka dahinya berkerut apabila melihat beberapa pasang baju untuk bayi kembar.

"Kenapa Amanda beli baju untuk kembar?Doktor cakap Amanda dapat kembar ke?"Soal Puan Sri Zaitun.

"Tak ada lah mummy,baju ni nampak comel lah,sebab tulah Amanda beli.Lain satu bukan selalu Amanda shooping ni."

"Ye tak ye jugak,comel je baju ni"Kata Puan Sri Zaitun sambil membelek-belek pakaian itu.Rasa macam dia pulak nak dapat cucu.

"Kenapa rumah sunyi je mummy?Bukan ke anak mummy dah sampai,mana dia?."Amanda memandang sekeliling,tiada pulak anak lelaki Puan Sri Zaitun.

"Ini yang mummy geram ni,baru je tadi danish call yang flight dia ditangguhkan petang nanti,katanya ada masalah teknikal.Mungkin  malam ni dia sampai dekat sini."Ujar Puan Sri Zaitun kecewa.

"Jangan sedih mummy,nanti balik lah anak lelaki mummy tu."Bahu wanita itu diusap"Amanda pergi naik dulu lah,nak solat asar pula."Pamit Amanda,beg plastik itu diambil untuk dibawa masuk bilik.

"Hm yelah,nanti jangan lupa turun makan malam."

"Yelah mummy."Anak mata Puan Sri Zaitun hanya menghantar setiap langkah Amanda yang mula menghilang.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now