bab 28

30K 1.6K 237
                                    

Pening mereka bertiga melihat Tengku Aaron yang berjalan sekejap ke kanan sekejap ke kiri.Lelaki itu rusing kerana Ben belum sampai dari tadi.

"Kau boleh duduk diam tak?pening aku tengok,nanti  sampai lah tu."Tegur Ezra geram,Tengku Aaron hanya mengabaikan teguran Ezra.Dirinya masih lagi tidak senang duduk tambahan pula debaran  di dada bercampur dengan perasaan gelisah.Kelibat bakal isterinya dan kawannya masih belum kelihatan.

Ke diorang pergi menikah dekat tempat lagi.Fikir Tengku Aaron sendiri

Tidak lama kemudian satu buah kereta porse hitam memasuki kawasan masjid di ibu kota itu,Tengku Aaron sudah menghembuskan nafas lega.

"Adrian,kau cakap dengan tok kadi yang pengantin perempuan dah sampai."Arah Kelvin,tanpa membuang masa Adrian terus malangkah masuk ke dalam masjid untuk memberitahu para saksi dan tok kadi.

"Kau pergi mana yang lama sangat?Ketua kau dah macam hilang anak kau tahu tak?."Kepala Ben diketuk kuat oleh Ezra

"Heheheh,aku sakit perut tadi.Singgah tandas sekejap.Lepastu aku beli makanan sebab aku lapar."Balas Ben sambil melepaskan sedawa,Tengku Aaron dan yang lain sudah menepuk dahi mendengar alasan daripada lelaki ini.

"Korang,jom masuk.Semua saksi dah sedia."Beritahu Adrian yang segak memakai kurta berwarna hitam,lengan baju di naikkan sedikit.

Tengku Aaron berjalan menghampiri Amanda,dia perasan gadis itu hanya mendiamkan diri.Berdebar mungkin.

"Hye,kenapa diam je?Kau jangan lah takut.Semuanya akan okeylah."Kata Tengku Aaron dengan lembut.Amanda mengangkat kepala memandang ke arah lelaki itu

Gadis itu menarik nafas yang panjang.Dia memberikan satu senyuman manis kepada bakal suaminya.

"Woi cepat lah."Laung Ben dari jauh,lelaki itu terlalu teruja macam dia pulak nak kahwin.Tanpa membuang masa Amanda dan Tengku Aaron terus membuka langkah lalu melangkah masuk ke dalam masjid.

Tengku Aaron mengambil tempat di hadapan tok kadi,gadis itu pula mengambil tempat di belakang.Amanda diwalikan oleh wali hakim,puas Tengku Aaron mencari cara untuk bernikah bersama Amanda dan akhirnya dia menjumpai cara selepas pergi bertanya di pejabat agama yang berada di negara itu.

Dia bernasib baik kerana tok kadi itu ialah rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di negara asing ini.

Kawan-kawannya sudah berada di belakang Tengku Aaron.Kelvin ditugaskan sebagai photographer yang merakam detik-detik bersejarah itu,Tangan Tengku Aaron dan tok kadi sudah bersatu.Debaran makin dirasa

"Tengku Aaron Danish Bin Tengku Malik aku nikahkan engkau dengan Amanda Medina Binti Azman dengan mas kahwin RM 3 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Amanda Medina Binti Azman dengan mas kahwin RM 3 ribu ringgit tunai."

"Para saksi sah?."

"Sah!!."Dan akhirnya dengan satu lafaz sahaja Amanda sudah menjadi isteri kepada Tengku Aaron.

"Alhamdulillah."Mereka di situ terus menadahkan tangan  untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi.Sebelum Tengku Aaron menyarungkan cincin kepada isterinya,dia menunaikan solat terlebih dahulu.

Air mata Amanda mengalir jua,sepatutnya di hari perkhahwinannya dia diwalikan oleh bapanya.Tetapi dia tetap bersyukur kerana semua perkara berjalan dengan lancar,sekarang dia sudah menjadi milik Tengku Aaron.

Dia mengangkat kepalanya  apabila berasa  seseorang berada  di hadapannya.

"Assalamualaikum sweetheart,jangan lah nangis.Aku kan dah janji yang aku akan jaga kau."Dia mengusap sisa air mata isterinya yang mengalir.Lelaki itu mencuit sedikit hidung isterinya sambil memberikan satu senyuman manis.

Cincin berlian yang berada di dalam kotak diambil,tangan kanan isterinya pula dicapai .Cincin itu disarungkan di jari runcing Amanda.

Kemudian Amanda mengambil tangan suaminya dicium dengan lembut,dia memejamkan mata disaat Tengku Aaron mencium kepalanya yang berlapik tudung.

"Kecekak..Kecekak."Suara Ezra,Ben dan Adrian kedengaran,dua lelaki itu sudah tersenyum gembira sambil menepuk tangan

"Dah tepi lah kau,aku nak ambik gambar ni."Kelvin menolak tubuh badan kawannya dengan begitu sahaja,lalu mata kamera  itu dihalakan kepada pasangan itu.Beberapa keping gambar diambil.

"Dah jom kita pergi cari tempat untuk ambil gambar diorang."Kata Ezra lalu melangkah keluar yang diikuti oleh Ben dan Adrian.Mereka melangkah keluar dari masjid dan bergerak ke arah BMW M4 milik Tengku Aaron,Kelvin juga ikut melangkah keluar.

Manakala pasangan pengantin itu menuju ke arah porshe hitam milik Tengku Aaron yang dibawa oleh Ben sebentar tadi.Tengku Aaron mengambil jari-jemari isterinya dan disaut kemas dalam genggamanya.

"Akhirnya kau menjadi milik aku jugak,milik Tengku Aaron yang sebenar."Kata-kata itu dibisikkan di telinga isterinya,wajah Amanda sudah bertukar menjadi merah.Malu bercampur dengan segan.

Lantas Amanda memeluk lengan suaminya dan kepala dilentokkan.Tangan berurat Tengku Aaron diusap lembut.

Tanpa dia sedari,disitu permulaan kehidupannya yang dipenuhi dengan derita.





Lepas ni nak buat diorang sweet sampai bergula rumah korang

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now