bab 33

32.6K 1.5K 550
                                    

Amanda sedang berdiri di hadapan cermin,di badannya sudah tersarung satu dress putih yang sangat cantik.Tengku Aaron yang memberikan pakaian itu,sangat sesuai untuk dirinya.Tambahan pula dia gemar memakai dress.Dia berjalan mendekati ke arah  suaminya yang sedang berdiri di hadapan meja solek yang kedua.

"Meh sini saya sikat rambut awak."Dia menarik tangan suaminya dan ditolak tubuh sasa itu sehingga terduduk di atas katil.Tengku Aaron hanya membiarkan isterinya perlakuan isterinya

Pomade diambil sedikit dan diletakkan di atas rambut perang milik suaminya.Perlahan-lahan Amanda menyikat rambut suaminya,kedudukan Tengku Aaron sekarang ialah berada di hadapan perut Amanda.Lelaki itu hanya tersenyum,dia suka dimanjakan seperti itu.

Pinggang ramping isterinya sudah dirangkul kemas oleh Tengku Aaron.Wajah disembamkan di perut isterinya.3 minit mereka berada di dalam keadaan begitu.

"Dah siap."Kata Amanda dengan teruja,sikat dan pomade suaminya diletakkan semula di atas meja solek.Tengku Aaron mendekati ke arah cermin untuk melihat gaya rambut yang digayakan oleh isterinya

"Wow pandai sayang buat gaya rambut macam ni."Amanda memilih gaya rambut seperti artis kpop.Berkerut dahi wanita itu mendengar panggilan dari suaminya.

"Awak panggil saya apa?."Soal Amanda sambil mengerutkan kening.Dia tak salah dengar kan?

"Sayang.Saya panggil awak sayang."Dia menarik tubuh isterinya mendekati ke arahnya."Start now,saya nak kita tukar nama panggilan,lagipun kita dah jadi suami isteri.Tak elok cakap kasar-kasar."Sambungnya lalu pipi Amanda dicium lama.

Amanda segera menundukkan kepala,agak segan dengan sikap romantik suaminya yang tidak kira masa.Tengku Aaron mengangkat dagu isterinya.

"Say something sayang."

"Err,saya malu lah dengan sikap awak yang romantik ni."Katanya dengan jujur,suaranya perlahan sahaja.Tengku Aaron hanya ketawa kecil,comel betul  isterinya.

"Hye,sayang jangan lah malu.Saya ni dah jadi suami awak dah pun,nak malu apanya?Saya tahu sayang tak selesa kan?Kalau sayang rasa,sayang taknak tukar nama panggilan takpe,saya tak paksa.Cuma satu perkara yang  sayang kena tahu.Saya terlalu cintakan awak dan saya dah lama jatuh cinta dengan awak.Bertuah saya dapat memiliki awak sebagai teman hidup saya."Luah Tengku Aaron sambil mengenggam kedua tangan isterinya,dahi isterinya dicium ikhlas.

Amanda terharu mendengarkan luahan suaminya,begitu juga dengannya yang sudah lama jatuh cinta kepada suaminya.Dia akui dia agak kekok kerana belum pernah dia memanggil lelaki dengan panggilan seperti itu.Sudah tiba masanya dia memanggil suaminya dengan panggilan itu.

"Saya akan panggil awak dengan panggilan itu.Tak adil kalau awak je yang panggil saya macam tu."Katanya dengan lembut dan ikhlas .Tengku Aaron terus memeluk isterinya dengan erat dan Amanda membalas pelukan tersebut

"Awak nak suruh saya tukarkan panggilan apa?."

"Apa-apa je pun boleh."

"Kalau saya panggil awak hubby boleh?."Soal Amanda dengan malu,sudah lama dia ingin menggunakan perkataan itu.

Tengku Aaron hanya menganggukkan kepala"Boleh sayang."

"Dah,jom kita keluar."Ajak Tengku Aaron lalu jari jemarinya disatukan di dalam jari jemari isterinya.Mereka berdua terus melangkah keluar dari ruangan itu.

************************
Ezra,Adrian dan Ben sedang berada di kondo milik Adrian.Mereka sedang bersantai di atas sofa sambil menunggu Kelvin pulang membawa makanan.

"Weh,korang rasa Aaron lupa tak pasal challenge kita tu?."Tanya Ezra yang sedang terlantar di atas sofa

"Dia tak lupa punya.Macam kau tak kenal dengan ketua kita tu.Dia mana pernah mungkir janji."Balas Ben dengan santai sambil menguyah kacang,anak matanya masih fokus menatap screen TV.

"Kita kena ingatkan dia pasal challenge tu, Jangan bagi dia jatuh cinta dengan Amanda.Kalau tak gagal rancangan kita."Sambung Adrian bersungguh-sungguh,kedudukan diperbetulkan menghadap kawan-kawannya.

"Betul..Betul..Betul."Ben dan Ezra berkata serentak.Mereka tidak akan benarkan Tengku Aaron jatuh cinta dengan Amanda

Niat mereka hanya ingin bergurau sahaja,tak salahkan?

************************
Tengku Aaron sangat tenang memandu sambil tangan kiri isterinya digenggam erat dan tangan kanannya mengawal streng.

"Kenapa sayang diam je ni?."Soal Tengku Aaron apabila melihat kebisuan isterinya.Biasanya isterinya banyak mulut

"Takde apa-apa lah..saya sedang fokus tengok cara awak memandu.Seksi betul."Kata Amanda tanpa malu..biarlah sudah halal kan

Jejaka itu menarik handbreak apabila lampu isyarat berwarna merah,kepala ditolehnya di sebelah.

"Of course sayang..hubby tahu hubby seksi.I always sexy."Ujar Tengku Aaron dengan bangga,baju diangkat sedikit sehingga menampakkan sixpack miliknya.

"Dan hubby tahu sayang tergodakan?."Soal Tengku Aaron yang separuh berbisik di sebelah telinga isterinya.

Amanda menutup mata apabila bibir suaminya sedang merayau di sekitar lehernya,genggaman di tangan dieratkan

"Awak lampu dah hijau tu,cepat lah jalan."Tegur Amanda yang cuba untuk mengalihkan perlakuan Tengku Aaron.

"Sayang wangi sangat,hubby tak tahan."Terus minyak kereta ditekan.Amanda pula terus menudukkan kepala ke bawah wajahnya dikipas-kipas.

Walaupun di dalam kereta ini ada penghawa dingin,tetapi dia tetap berasa panas dengan perlakuan suaminya.

Tengku Aaron  membawa tangan isterinya dan dicium lama,tangan Amanda diletakkan di pahanya.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now