1

21K 597 29
                                    

Iman Nadhirah berlari anak menuju ke sekolah. Kena cepat ni, kalau tak, masak aku kena marah dengan papa!

Nampak sahaja gate sekolah yang hampir mahu ditutup, Iman Nadhirah terus pecut masuk ke dalam. Harap-harap dapatlah aku menyusup masuk!

Zafriel Adrian yang baru sahaja ingin bergerak ke tapak perhimpunan setelah menyuruh Pak Ali menutup pagar, terhenti. Aisy, balik-balik muka dia ni! Takde lah muka lain!

Iman Nadhirah berjalan menonong ke tapak perhimpunan. Wajah Zafriel Adrian langsung tidak dipandang. Bukan dia tidak tahu jejaka itu ada di situ, tapi memang dia sengaja ingin melarikan diri.

Zafriel Adrian yang melihat Iman Nadhirah, terasa bengang. "Woi, minah! Kau tak nampak ke aku tercegat kat sini?! Jangan kau sengaja naikkan darah aku di pagi yang mulia ni! Lebih baik kau datang sini, kalau tak, aku bagi lagi teruk denda pada kau!" herdiknya.

Iman Nadhirah hanya menghentikan langkah. Dia masih tidak berpusing menghadap lelaki itu. Ish, mamat ni lah kan! Suka-suki dia aje nak denda aku teruk-teruk! Ni Iman Nadhirah binti Tan Sri Nazmi lah! Siapa je berani kacau?!

Zafriel Adrian menyekak pinggang. "Minah ni memang saja nak naikkan darah aku!" gumam lelaki itu geram. "Iman Nadhirah binti Tan Sri Nazmi! Aku suruh apa tadi? Datang sini kan? Tapi kalau kau tak nak datang sini pun tak apa, aku boleh je tuliskan nama kau sendiri. Macam lah aku tak tahu nama kau!"

Iman Nadhirah merengus. Mamat ni kan, sehari tak buat hidup aku tak senang tak boleh ke?! Iman Nadhirah memusingkan badannya. Dia melangkah menghampiri Zafriel Adrian. Mulutnya terkumat-kamit. Agaknya dia merungut tak puas hati kot.

Zafriel Adrian hanya tersenyum dalam hati. Dia menyerahkan buku kedatangan lewat kepada Iman Nadhirah berserta pen.

Iman Nadhirah menulis namanya dan kelas. "Alaaa... Aku tau lah, kau sebenarnya nak mintak autograf aku kan? Cakap lah awal-awal. Mana lah aku nak tahu, kau ni fans aku," mula lah gadis lima belas tahun ni merepek.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Mintak autograf kau? Eee... Perasannya! Lain lah kalau muka kau ni cute macam artis ke apa ke... Kalau setakat nama Iman Nadhirah tu, hmm... tak payah lah!" lelaki membalas dengan 'sedas sindiran'.

Iman Nadhirah menjegilkan mata. Kurang asam punya mamat! Nama aku sedap apa?! Dia menghulurkan kembali buku kepada Zafriel Adrian. "Eleleleh, tak mengaku pulak! Tau lah malu! Dahlah, aku dah lambat pergi perhimpunan. Tata!"

Zafriel Adrian hampir ternganga. Dia menggeleng. Bab-bab merepek kerepek ni, memang semua bagi kat dia. Iman Nadhirah kan, memang kaki merepek!

___

Iman Nadhirah masuk ke dalam kelasnya, 3 Teratai. Buku teks Sejarah berserta buku notanya dibawa keluar.

"Iman..." Intan Norhafiza, kawan baik Iman Nadhirah memanggil.

"Hmm..." Iman Nadhirah hanya menggumam perlahan.

Intan bertanya, "Kenapa kau datang lambat tadi?"

Ainnur Sofiah yang tadi memerhati, mengerutkan kening. Dia memandang wajah Intan. "Kau ni Intan, macam tak kenal pulak kawan kita ni ha. Dia kan memang 'ratu datang lewat'."

Iman menjeling Intan. "Entah minah ni pun!" getusnya.

Intan hanya tersengih. Baru sahaja dia ingin mengucapkan kata maaf, Puan Jamilah sudah bersuara, "Intan Norhafeeza! Ainnur Sofiah! Pandang depan. Saya tengah mengajar, boleh pulak awak berdua bersembang ya?"

Pantas sahaja kedua-dua orang rakan Iman Nadhirah memandang ke hadapan. Mereka kembali menumpukan perhatian kepada apa yang diajar guru Sejarah itu.

Iman Nadhirah tak lupa menyalin nota penting yang diberitahu Puan Jamilah ke dalam buku notanya. Dia bukannya budak rajin belajar pun. Nak kata selalu dapat straight A pun tidak. Tapi, memandangkan tahun ni merupakan tahun dia dan rakan sebayanya mengambil ujian PT3, memang wajiblah dia belajar bersungguh-sungguh!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt