74

3.1K 186 102
                                    

Zafriel Adrian resah. Jam di tangan tidak habis-habis dikerling dari tadi. Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.10 pagi. Ah, dah sepuluh minit aku lambat ni! Masaklah aku! Dahlah lambat, resepi baru pun aku tak cipta lagi!

Motor Ninja yanh dimiliki dari zaman sekolah itu dipecut tetapi masih dikawal had laju.

Tak lama kemudian sampailah Zafriel Adrian di hadapan Restoran Dapur Cinta Manisah. Pelik kan nama restoran itu? Restoran itu merupakan tempat dia mencari makan sejak awal dia melangkah keluar dari UniTAR, tempat dia menuntut ijazah dalam bidang masakan. Restoran itu diuruskan oleh sepasang suami isteri yang boleh dianggap sebagai abang dan kakak. Sebab itu ada perkataan cinta pada nama restoran itu. Nama Manisah itu pula diambil dari nama pengurus restoran itu yang merupakan isteri kepada pemilik restoran.

Dah tutup cerita pasal restoran.

Helmet full-face ditanggalkan. Laju Zafriel Adrian melangkah ke restoran itu. Pintu utama restoran itu dibuka. Langkah diatur ke dapur masakan. Alana yang sedang mengambil pesanan pelanggan dikerling sekilas. Nasibnya baik kerana pelanggan masih belum ramai memandangkan baru 15 minit restoran dibuka.

Pintu dapur dikuak perlahan. Matanya terbuntang melihat Manisah sedang mencari-cari kelibat seseorang.

"Zafriel mana Zafriel? Tak sampai lagi ke budak tu?" Soal Manisah pada seorang kru restoran.

Aiman menggeleng tidak tahu. Zafriel Adrian lantas menyusup masuk ke dalam dapur. Perlahan-lahan dia berjalan ke ruang loker pekerja restoran ingin mengambil sut chefnya. Namun usahanya gagal apabila Razif, si budak jujur bersuara, "Tu abang Zafriel!"

Zafriel Adrian membuntangkan matanya. Bagus kau, Razif! Dia menoleh ke belakang dengan senyuman lebar yang penuh plastik. "Selamat pagi, Puan Manisah!"

Manisah menyekak kedua-dua belah pinggangnya. "Lambat kamu sampai? Alasannya?"

Zafriel Adrian menghela nafas perlahan. "Maaf, puan. Saya terbangun lambat tadi. Hari inikan cuti umum. Adik saya tak sekolah. Dia tak kejutkan saya suruh hantar ke sekolah memandangkan dia memang cuti. Maafkan saya, puan. Saya janji saya takkan lambat ke kerja lagi." Kedua-dua belah tapak tangan dirapatkan. Mampus wei, kalau kena buang kerja. Mana aku nak cari makan lepas ni?

Manisah menggeleng kecil. "Nasib baik ini kali pertama kamu lambat. Jadi, saya lepaskan kamu. Lain kali kalau kamu buat lagi, tunggulah hukuman dari saya." Dia memberi amaran sebelum berlalu dari situ.

Zafriel Adrian menghela nafas lega. Nasibnya baik!

_________________________

Zafriel Adrian menongkat dagu memandang pelanggan yang sedang makan dari tingkap kecil yang menjadi tempat tukang masak memberi makanan yang telah siap dimasak kepada para pelayan untuk dihantar ke meja pelanggan.

Sedang dia leka merenung, Atiqa, gadis tomboi menyergah, "Oit! Termenung jauh nampak?"

Zafriel Adrian tersentak. Dia menoleh ke kanan tempat gadis itu berada. Dia mengeluh. "Resepi baru tak siap lagilah, Atiq! Tak ada idea."

Kening Atiqa terjungkit sebelah. "Aik? Selalunya kalau bos belum mintak resepi baru kau dah ada idea. Mencurah-curah macam air terjun. Sekarang takde pulak?"

"Itulah... kepala aku serabut fikir pasal resepi ni."

"Orang mana pulak kali ni?"

Biasanya kalau orang kenamaan seperti kerabat diraja, anak menteri dan orang-orang lain berjawatan tinggi mahu datang berkunjung ke restoran, pastinya Encik Bakri mengarahkan Zafriel Adrian mencipta resepi baharu yang istimewa khas buat orang-orang kenamaan itu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz